Kahwin ohh kahwin – https://iiumc.com/forumv2/
Aku baru je habis join kursus kahwin tadi… mula-mula aku suka-suka je nak ambil, tapi bila dah habis kursus ni, bile fikir-fikir balik rasa macam taknak kahwin pula….
Sape je yang tak seronok kalau cakap pasal kahwin…..kalau yg cakap taknak kahwin tu, korang takyah nak tipulah, sebab kahwin tu kan memang fitrah kita as teenagers…sapa je yg taknak kahwin… NIKMAT kot…
Tapi, aku tersedar sesuatu lepas kursus tu… dalam kita seronok borak-borak pasal NIKMATnya kahwin ni, kita tak sedar yg kita dah abaikan dua nikmat yg lebih besar…..iaitu nikmat ada mak dan ayah….
Mak yang lahirkan kita macam nak mati…
Ayah yang banting tulang bekerja utk sara kita, yang penatnya macam nak habis nyawa…
Kita pula sibuk cerita pasal kahwin…
Kahwin…
Kahwin…
Kahwin…
Seronok sangat ke??
Memang la seronok….
sebab korang tak nampak beratnya tanggungjawab yg perlu dipikul di sebalik NIKMAT itu…
Korang mana nampak berapa tinggi gunung kesabaran yang perlu dibina dlm perkahwinan tu…
Memang la kahwin tu dapat banyak pahala….
tapi, bukan ke perkara yg lebih besar ganjarannya tu, maka ujiannya pun lebih besar?
Apa korang dah betol2 bersedia ke untuk itu?
Tengoklah sekarang….statistik penceraian di Malaysia semakin tahun semakin meningkat….sebab apa tu?
Sebab kahwin hanya suka2….nampak yang indah2 saja….bila terserlah yg buruk, tak boleh terima…terus nak mintak cerai…
Berhentilah cakap pasal kahwin, kalau diri sendiri pun mandi seminggu tak cukup 7 kali…
Jangan berangan la nak kahwin kalau mak ayah pon kite asyik susahkan…
Sedarlah, kita ni umat islam….dari rahim kita ni lah akan lahirnya umat2 harapan Islam…. kalaulah diri tu masih tak berubah, masih teruk, nak tak kalau dapat anak yang sebijik perangai macam kita?
Na'uzubillah min zalik…
– Ana