Harap admin approve.
Saya dan dia teman sekampus. Sepanjang percintaan, kami dah terlanjur beberapa kali. Kami sedar akan dosa dan bertaubat. Tetapi walau sebanyak mana pun taubat, kami tetap ulang dosa. Allahu kenapakah. Kami cuba berpuasa, cuba berjauhan, cuba utk x contact, tp bila berjumpa mesti aknada dosa yg dilakukan termasuklah berpegangan tgn. Lelaki tersebut sgt baik, sy akui. Dia berusaha mncari income smbil belajar wlaupun bru berusia 20 thn. Kami suarakan hasrat kahwin kpd kluarga ttp masing2 menolak spy habiskan belajar yg mngambil masa hampir 4 tahun lagi. Persoalannya kami tidak mampu dan sudah buntu bagaimana cara utk elak dosa dan maksiat. Ya Tuham hambamu sgt lemah. Kami berhasrat utk menikah saja di siam, spaya dosa boleh bertukar pahala. Kani juga sudah mmpertimvangkan tanggungjawab dan baik buruk jika berkahwin . Masalah yg timbul apabila perkahwinan ini tidak diketahui dan direstui keluarga. Saya tahu restu ibu bapa sgt penting tapi kalau keadaan mcm ni,apa yg patut kami lakukan.? Antara redha dan dosa, kami keliru. Kami malu kerana tetap berbuat dosa walaupun taubat sungguh2. Patutkah kami teruskan saja niat utk nikah di siam. Mohon bantu dgn pendapat.
– keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Hmm… berat ni. Kalau ikut betul, memang wajib kawen sangat dah. Since sudah terbabas beberapa kali. Tapi bila kawen di siam pulak, masalah akan lagi rumit. Hmm.. cuba berterus terang dengan family. Berdepan dengan family. Mungkin family akan lebih faham. Apa pun, carilah maksud sebenar perkahwinan dik. Semoga korang berjaya untuk hijrah.
kahwin ni bukan utk jimak je… terus terang je dgn famili…
Betul.
Restu allah lg ptg dik.. Adik bljr n bcita2 tgi, tanpa ada rahmat allah, tdk akn ke mna. Jika tdk mampu menahan nafsu maka hukum bkahwin sdh jd wajib supaya thindar drp dosa n maksiat, lgpun seblum si dia berubah perangai n fikiran, kawinlah. Munajat pd allah, solat hajat n taubat byk2 agar dimudahkn jln n urusan. Lps kawin adik kna bijak bahagi msa sb msa dpn msih pjg. Semoga allah merahmatimu slu.
A man will offer you nikah
A loser will offer you zina.
Hadam baik². Telan ayat ni. Lelaki yg baik takkan sentuh perempuan.
Nikah siam takkan selesaikan masalah bahkan tambah masalah. Sudahlah mulai hubungan dengan cara yang tidak diredhai Allah. Mahu tambah plak murka ibu bapa. Ke mana hala tujumu lepas kahwin?
Fikirkan baik². Bagitahu ibu tentang keterlanjuran kamu dan lelaki tersebut mahu brtanggungjawab. Duduk semej berbincang sesama keluarga.
Satu je. Berani buat berani tanggung kifarahnya.
Terbaca komen seseorang pasal sokongan nikah di siam untuk halalkan benda yang haram, dan disuruhnya tutup mulut jangan bagitahu ibu bapa.
Okey. Boleh nikah di siam. Tapi sanggup ke adik tanggung masalah akan datang.
Nikah di siam boleh menghalalkan hubungan antara dua pihak. Tapi camne hubungan dengan ibu bapa nanti? Camna mereka nk hadapi tohmahan masyarakat nanti? Mungkin boleh menutup aib untuk seketika. Tapi sampai bila? Ianya pasti ketahui juga ibu bapa, saudara mara dan orang luar nanti. Ini bukannya menutup aib bahkan boleh dtgkan seribu fitnah kepada orang lain. Kesian ibu bapa juga yg terpalit sama.
Antara kahwin di siam senyap² yg nantinya juga akan diketahui ibu bapa dan orang lain, ataupun berterus terang dgn mereka dan sudah pasti mereka akan menjaga aib kamu sbb kamu anak mereka, yg mana lebih elok dan kurang mudarat?
Tanyakan pada diri.
??????. Agreed. Nikah kat siam x selesaikan pon malah mkin complicated jadi nya. Pnh ada saudara terdekat amik langkah mcm ni, ending nya bkn lah indah.
Nikah kat siam, last2 ape2 jadik, ke pangkuan keluarga jugak kamu kembali. Tak payah nak agungkan sangat lelaki yg kamu baru kenal setahun jagung tu. Bnyk dah sy tgok org2 sekeliling sy, jodoh x panjang, ke rumah mak bapak jugak dia tuju. Bukan nk doakan pengakhiran xbaik, tp kalo perkara tu sendiri xdpt redha mak ayah, nk expect cinta agung smpai syurga ke? Tu sume mimpi je…
jika diambil kira cakap2 orang..sehingga kiamat pun takkan selesai. bila kedua2 dah setuju, dikira sudah bertunang dan jalan terbaik ialah menyatukan keduanya agar tidak berterusan berlaku perbuatan tersebut.
jika dipisahkan, kemungkinan untuk melakukan perkara sama dengan orang lain adalah berkemungkinan.
putus je
dah kawin t x seindah yg difikirkan
percayalahy,,,permulaan yg baik akan berkahir dgn bai,,insya allah…bfikir guna iman dan akal yg waras..jgn gopoh gapah..cari allah dhulu…tudiaaaa
wahh
ada je kt mana2 diaaa ni
hahahahshshsh
Ya bèner ukhti
Emm, macam mana nk kahwin kalau asyik typo je
Ixora Sofea
Islam bukan sahaja berbicara ttg hak anak kepada ibu bapa malah menbicarakan hak ibu bapa kepada anak. ibu bapa bersalah sekiranya tidak memenuhi hak tersebut seperti hak untuk anak berkahwin.
okay adik, kat sini saya nampak adik dan si dia dah buat silap, tapi adik dan si dia berazam nak perbaiki kesilapan tu dengan doing the right thing. Alhamdulillah, insyaAllah that means the taqwa is still in you. Persoalan pertama, perlu ke tak nak bagi tahu parents kamu dah terlanjur? jawapannya ada di sini dalam hadis Rasulullah SAW yg soheh,
“Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan (melakukan maksiat). Dan termasuk terang-terangan adalah seseorang yang melakukan perbuatan maksiat di malam hari, kemudian di paginya ia berkata: wahai fulan, kemarin aku telah melakukan ini dan itu –padahal Allah telah menutupnya- dan di pagi harinya ia membuka tutupan Allah atas dirinya.” (HR. Bukhori Muslim)
jadi di sini kita lihat, tiada siapa perlu tahu, melainkan korang dan Allah sahaja, okay? jgn rajin sangat nak cerita kat org. Selesai. Masalah kedua, patut nikah kat siam ke tak?
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?”(An-Nahl:72)
Jadi dalam ayat ni kita lihat anjuran agama supaya manusia menghalalkan hubungan mereka. Daripada hubungan yang halal tu, akan datang lagi berbagai nikmat dan kurnia. Pada masa yg sama, perkahwinan itu sendiri adalah fitrah, where as fitrah is a good thing(nikmat), jadi jangan lah kamu kufur dengan nikmat dengan menikmatinya dengan cara yang tidak betul.
Penyelesaian? Nikahlah di siam sekiranya itu menghalalkan hubungan kamu. Sekiranya berterusan dalam keadaan begitu, kamu akan terus bergelumang dengan dosa. Niat kamu nak dapatkan restu mereka, tapi pada masa yang sama kamu hanya mengheret mereka ke kancah dosa kamu.
Sepatutnya kamu kena pergi ke jabatan Agama Islam untuk failkan permohonan wali ingkar untuk dptkan wali hakim. Tapi apakan daya sistem perundangan kita ni tiadalah sesempurna mana untuk melaksanakan hukum Allah(hukum Allah dah sememangnya sempurna, khilafnya atas kita). Saya faham sesetengah pasangan pilih untuk nikah di Siam utk mengelakkan salah faham dan pertengkaran(awkward juga nanti bila hakim tanya kat ayah kenapa tak mahu walikan kamu kan, sedangkan ayah bukan tak bagi cuma tangguhkan, tapi mereka tak tahu hal sebenar). Jadi pilihlah agensi yang boleh dipercayai. Nikah elok2 dan sila daftar nikah di Jabatan Agama Islam setelah balik ke Malaysia(jangan tangguh daftar, dan sila bajet duit untuk bayar denda).
Adik fikir mcm ni je lah, Tuhan jadikan nikah ni boleh berlangsung tanpa wali ahli keluarga, ada bersebab, Tuhan tak saja2 buat hukum mcm itu sahaja. Boleh jadi kes mcm kamu ini is one of the reason. Allah tahu bila akhir zaman, akan timbul kes kes mcm ini.
Untuk cabaran selepas nikah tu mmg banyak, tapi InsyaAllah semoga kamu dan pasangan kamu terpelihara, kamu dah lalu banyak susah dan jatuh bersama, semoga mudah buat kamu dan pasangan. Ingat janji Allah untuk org2 yang nikah.
Allahu a’lam.
good points. aku suka cara kau points out the issue and solution satu-satu. harapnya confessor terbaca.
Sy suka cara bro ni berikn pndpt dia & at the same time hujah tu dsokong dgn sumber yg reliable. Hrp confessor baca.
Anis Habibah Zulkeply kenapa tag aku
Nur Fairuz Johaniss xdela hari tu kn kau curious psl jiran kau kawin kt thailand tu dpt restu ke x. Haha
Pndapat akak, Bgtau lah dgn fmily..kahwin gantung dulu pun xpe asal kahwin.majlis blh wat kemudian.sementara si dia msh syg kamu, ingin bertanggjngjwb. Sblm kamu termengandung baik bincang baik2 dgn parents.Guna org tgh utk slow talk dgn parents.blh pegi pejbt agama & minta tlg ustaz kat sana utk convince ibu bapa. In sha Allah kalo kahwin kerana Allah, jln dimudahkn. Lps kahwin jgn lupa teruskn bertaubat nasuha.
Try bgtau family dia.. Kalau nikah siam, bkn rendah kos.. Kos nak g sana kawen, pastu nak register malaysia, kena saman lg sbb kawen sana.. X nak register sini? Nnt prob kalau da ada anak.. X dpt register atas nama bapak dia.. Bila anak da besar nak g skolah 1 hal plak.. Fikir elok2 sblm buat semua benda.. Try slow talk ngan parents dia.. Tp faham2 la camne kekecewaan parents dia nnt.. X pn try tanya jabatan agama camne kalau nak kahwin wali hakim.. Mungkin lg murah kos dn x pening kepala process dia mcm nak kawen siang.. Pesanan terakhir utk adik2 yg blm terlanjur, kalau laki tu ikhlas nak kat kita, dia akan jaga kita elok2.. Jgn la layan ssbarang permintaan yg x elok tu..
Mohon berpisah buat sementara waktu. Kalau dia serius nak ambil awak jadi isteri, dia akan tunggu. Masa berpisah tu, banyak2 kan solat dan baca Quran utk ‘bersihkan’ hati dan jiwa. Jangan cuba2 nak contact dia..sabarkan dulu. Ingatlah, maksiat dan ibadah tak boleh bercampur..kalau awak campurkan nescaya, u ll find yourself terbabas,dik. Be strong. Bila dah bersedia nak kahwin, bgtau family baik2. And masa berpisah ni boleh bagi can si lelaki tu kumpul duit utk kawin. Nanti nak pinang awak adalah something of his effort yg boleh ditunjukkan kpd keluarga. Ok laki ni mmg bertanggungjawab dan serius nak kawin.
Perkahwinan bukan pasal s** je. Banyak lagi dik yg awak kene fikir. Hiding from family will just add MORE problems to your marriage nanti. So be wise. Dengar ckp akak ni..akak dah kahwin. Kahwin comes with responsibilities and for the beginners, we do need our parents to support and GUIDE us in the times of trouble and confusion. Dont put them behind. And most importantly bila ada redha mak ayah, inshaAllah rumahtangga akan aman sentosa.
Pendapat saya. Baik pergi confess kat family. Confirm dgn segera dia kawin kan kamu berdua. tak payah gi siam.
Kawin tu menyelesaikan setengah masalah yg sedia wujud. Kawin kat siam pula menambahkan masalah kepada masalah sedia ada. Cthnya, balik nanti awak tetap kena register yr marriage. Kalau xdaftar ditakdirkan ada anak, timbul masalah nak daftar anak. Kalau ditakdirkan suami meninggal macamana nak tuntut hak isteri dan anak. Kalau ditinggalkan atau di ceraikan, prosesnya macamana. Hal emosi ikut emosi, apapun undang2 kena patuh. Girl, whatever you do, make sure you know where you are heading to.
Banyak lagi nak tulis. Tu baru bahagian undang2. Kalau bahagian family pulak, kalau dah mengandung dan punyai anak bagaimana mau disorok lagi hubungan dengan keluarga. Apa mau menipu lagi? Sanggupkah? Untuk menutup satu penipuan, anda harus menipu berkali_kali. Ia memenatkan. Apa kata berterus terang.ia lebih damai
klau rapat ngan mak jujo je ngan mak, klau rapat dgn ayah jujo je kat ayah, klau asyik rahsia mana la depa nak kasi kahwin, diorang ingt biasa biasa lagi kot, bila jujo, insya Allah dipermudah kahwin tu, sbb maaf sy jujo parah jugak kes ni so mak ayah akn kahwinkan je insyaAllah,sama samalah perbaiki diri kearah redha ilahi yea.
.. Belajar ilmu Rumah tangga jaga hubungan dgn Allah.. Pnikahan anda mungkin 90% hawa nafsu semata2.. Ini bahaya .. Ingat ! Salah pilih suami bapa kp anak anda adalah kesilapan terbesar dlm sejarah kehidupan seorang wanita ..
Awak nak betulkan silap awak dgn dia, tp masalah akan bertambah bila nikah kt siam..
Dik, ingt, nikah bukan satu2 nya jalan (x makna akak halalkan apa yg korang buat), tp bertaubat dan cari jalan untuk elakkan dari jadi lg..
Kalau boleh, pujuk parents masing2 untuk terima keputusan korang, bnyk berdoa supaya dipermudahkan urusan korang
kawin je… dr terus bt dosa.. jgn fikir msyrkt.. org xthu apa.. fikir jaga hubungn dgn allah dulu.. bru ht tenang..
nikah gantung..
Selamat kan iman dulu dik
Lelaki yg baik takkan pernah sentuh perempuan yg bukan muhrimnya. Tetapi perlu juga diakui, walau sebaik mana kita sekalipun, jika syaitan punya pujukan buat kita lemah, kita akan terjerumus juga. Jadi elakkan berdua2an. Nak dating juga, bawak ayah. In Sha Allah terbatal niat jahat.
mcm tu baik rupanya… kalau mcm tu baik, abam ni tak tau la baik level mana.. 9999 kot..
aku setuju ngan pena hitam , baik ko pergi kat orang tua bincang elok2 ckp nak kahwin , sbb selalunya kahwin xde restu orng tua ni kesudahannye buruk
Mintak la kawen gantung dulu…jangan kawen kat siam weh kang tak valid baru tau.lepastu sila dalami ilmu family planning kalau tak ready ada anak.bincang dengan family,bagi family faham.mungkin mak ayah takut korang ada anak ke apa ke nanti,ganggu pelajaran korang pulak…
Bila baca confessions, senang betul nak terlanjur, salahnya dimana? Didikan ibubapa? Diri sendiri yang tak mampu menahan nafsu? Cinta apa macam ni?
Maaf ya sis . sy cuma nk bgtau . kita xakan fham sesuatu situasi sehinggalh kita sndri yg hadapinya . bukn snang nk kwal nafsu bila hati dh trlalu syg . susah sis . sbb kita syg org tuu . so kita tringin nk brada dkt dgn org tuu . nk belaian etc . sy hrap sis x hukum pndosa mcm ni . if sis sndri pn brcinta but x hanyut smpai mcm ni . tahniah . tp mcm tipu if couple x ada sentuh lgsung . tuu Islam larang brpasangan before kawin .
X hukum cuma tertanya2. Xcukup ke didikan agama selama ni? Belajar tak berkesan? Atau cinta tu melebihi kasih sayang pd ibubapa? Kalau betul sayang apa effort supaya halal? Sebab ramai je yg suka2 tak rasa bersalah.
Bertaubatlah dengan sebenar benar taubat, selalu berdoa dekat Allah supaya diampuni dosa dosa yg kita pernah buat dulu, i know org macam awak kalau menurut islam wajib kawen sbb tak boleh control nafsu tapi banyak lagi sebenarnya yang boleh awak lakukan macam selalu baca Alquran sbb Alquran ni bilq kita selalu baca, hati akan tenang dan tak kan lagi ada keinginan buat benda benda maksiat tu sbb hati kita dah terisi dgn sesuatu yang berharga, awak kalau tak nak lagi buat benda benda tu , hati kena selalu bersih jadi hati dan bibir kena selalu berzikir, awak kena selalu ingat mati , lepastu awak kena mindset dalam otak awak yg awak takkan hidup lama, Allah akan ambil nyawa awak bila bila masa dan nak ke awak mati dalam keadaan diri penuh dosa ? Sebab mati itu adalah ubat segala dosa.awak fahamkan lah ayat ni. Awak jugak boleh muhasabah diri, sentiasa cari mana silap awak sampai boleh buat benda macam ni ,lepastu awak boleh ubah cara pakaian awak one by one , jgn drastik, tak pe kalau kena take times pun, just one thing at a times lg bagus dari tak pernah nak berubah, belajar tutup aurat dgn lebih sempurna , pakai handsock , pakai stokin, pakai baju labuh macam blouse ke, i know nak berubah ni susah , lebih senang cakap dr buat tapi saya pun dalam proses menjadi lebih baik ,jadi saya tahu nak berubah tu sgt sukar tapi cuba dulu in shaa allah awak boleh , haa lagi satu kalau nak hindarkan diri dari selalu buat maksiat , awak putuskan hubungan dengan dia , awak putus dgn dia bukan sbb awak benci tapi awak syg dia,jadi suruh dia muhasabah diri dulu suruh dia dalami ilmu agama, awak dan dia sama sama berubah awak kena percaya pada ketentuan Allah, awak kena tetapkan apa matlamat yg sebenarnya awak cari di dunia ini apa arah tuju awak di akhirat , tujuan Allah jadikan kita namanya, bila awak dapat kesemua jawapan in shaa allah , Allah akan tunjukkan jalan yg lebih baik dekat Allah.just trust Allah
Hm. Pernikahan bukan jalan keluar untuk pintu maksiat.
Jika sebelum nikah pun kita dah tak dapat mengawal diri, apatah lagi selepas bernikah.
Bernikah dekat Siam? Ada pros and cons.
Masalah bila dah nikah dekat sana, lepastu si suami pula taknak daftar perkahwinan di mahkamah.
Masalah lagi bila tiba-tiba nak cerai. Sebabnya, kita tak daftar pernikahan di Malaysia. Jadinya status kita (wanita) adalah anak dara (di Malaysia). Macam mana nak failkan penceraian?
Masalah lagi satu bila dah dapat anak. Dah bersedia nak didik anak? Bukan mudah untuk mendidik. Ilmu rumahtangga juga tidak cukup, kena ada parenting skills.
Bukan nak fikir buruk ya, maaf. Sebabnya kita tak kenal sekenalnya siapa bakal suami tu. Mungkin dia akan kata, dia akan daftarkan pernikahan. Tapi, prosedurnya bukan mudah. Sanggup ke naik turun mahkamah banyak kali?
Pendapat saya, kalau mak ayah tak bagi lagi. Kita turutkan sahaja.
Tunggu sampai dah habis belajar, kita tanya lagi. Lagi satu, tolong jaga ikhtilat. Sebenarnya, langkah pertama yang kita gagal adalah ikhtilat.
Berhenti berhubung dengan lelaki tu, even dengan mana-mana lelaki (tanpa sebab). Jaga diri sebaik mungkin. Allah dah angkat martabat wanita.
Doa sungguh-sungguh. Ya, kita rasa kita nak buat baik. Nak halalkan perkara yang haram. Itu bagus. Tapi, tengok dulu cara kita. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.
Saya sendiri pun taklah baik mana. Pasal pernikahan dekat Siam tu, saya dah ada pengalaman (bukan pengalaman sendiri). Banyak buruk dari baik.
Solat taubat dan mohon doa dari Allah. Tambahkan ilmu dahulu, baru bernikah. Selagimana ada masa untuk berfikir, fikirlah semasaknya.
Bilamana kita dah ambil keputusan, dah terlambat untuk berpatah balik.
Paling penting, fikirkan diri kita. Upgrade kan diri kita. Seperti yang saya sebutkan diatas. Tolong jaga ikhtilat. Dalam masa beberapa tahun sebelum habis belajar, tambahkan ilmu supaya nanti kita bersedia untuk menempuh alam rumahtangga.
Doakan juga supaya si lelaki itu diberikan hidayah.
Kalau rasa nak tanya apa-apa, boleh inbox saya jika tidak keberatan. Semoga dipermudahkan segala urusan awak.
Kalau dia baik dia takkan sentuh awk sebelum bernikah
Jgn nikah siam.jgn blkgkn ibu bapa.
Da nikah siam,mcm2 masalh timbul.
Klu dr pmulaan pnikahn da xikot jln yg btul,mse jdi suami istri mcm2 yg xbtul akn jdi.
*bdrskn pglmn yg ada dpn mata.
Da nikah siam,bru menyesal xguna.
Pk btol2.klu satu hari nnt,laki awk tu main kayu 3,dan awk mintk dilpskn…dia xnk lpskn…awk nk ngadu kt spe?nikah xregister,mk ayh xtau..maslh byk nk cte kt spe?..pk btol2.mse bcinte mmg indah.da nikah,sume brubh.msing2 tunjuk belang.mse bcinta ni nafsu syaiton byk.yg haram slalu sedap.da halal,xsdap.perbaiki hugbn dgn Allah dlu.
Jodoh tu cerminan kita.klu kita baik,jodoh yg baik akn myusul.xkira lmbt atau cpt..
Nikah bkn nk sedap je.nikah byk tggunjwb.
Klu msih nk nikah siam.terserah..
Tp percayalah.hdup xkn tenang klu nikah tnpa pgthuan mak ayh.
Kawin tnpa restu keluarga kurang elok sis . sbb kedua ibu bapa insan pling pnting dlam hidup kita . ko and bf bincang dgn family . kata sungguh2 nk kawin . aku dOakn Allah lapangkn hati parents korang . second, ko x perlu buka aib ko and bf . means x pyah bgtau dh trlanjur tuu nk kawin . kang parents korang brgadoh sesame keluarga . masing2 nk blame anak laki salah anak prempuan salah . pdhal dua dua salah . third ko jgn dgar ckp org skeliling . if nanti Allah izinkn korangb bersatu . ada org ngumpat . lantak laa mulut org . yg pnting ko betul2 brusaha nk hndari maksiat and hidup ko dh bersih bila kawin . memg org ckp kawin bukn just about sex . yeah that’s right . the main is about responsibilities . tp aku tgk bf ko brtanggungjwab je . dia nk kawin dgn ko . prbetulkn keadaan . korang2 msing sedar kesalahan . and nk dekatkn dri dgn Allah . tuu dh ckup bgus ada prasaan mcm tuu . dr korang lalai sronok brzina and x ada rase apa2 . smoga Allah prmudahkn urusan korang . berdoa laa sis . Allah sentiasa melihat Dan mendengar.
Daripada Anas r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepadaKu dan memohon kepadaKu, maka akan aku ampuni Engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sampai ke awan di langit kemudian Engkau minta ampun kepadaKu nescaya akan Aku ampuni Engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika Engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian Engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan“
(Riwayat Tarmizi dan dia berkata : Hadithnya hasan shahih)
jangan putus asa dalam memohon ampun kepada Allah..setiap ujianNya ada hikmah yg tersendiri..kita sbg hamba JGN PUTUS ASA..keampunan Allah lebih besar rahmatnya berbanding dosa yg kita lakukan. :)