Salam semua. Di sini aku cuma nak bertanya pendapat kalian semua tentang isu orang yang sudah berkahwin tapi hidup seperti bujang.
Benda ni berlaku dekat orang terdekat aku. Ok aku mulakan cerita sekarang..
Si Amat ni lelaki umur 30tahun sudah berkahwin pertengahan 2024. Tapi hingga sekarang Amat masih tidak tinggal sebumbung dengan isterinya. Mereka bukan bekerja luar negeri/daerah ya.
Jarak rumah keluarga mertua Amat cuma 3-4 km cuma Amat memilih untuk tinggal berasingan dengan isterinya maksudnya Amat masih sangat selesa tinggal di rumah keluarga sendiri. Manakala isterinya tinggal di rumah keluarganya.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tak cari rumah sewa di luar? Untuk pengetahuan Amat dah beli rumah baru tidak jauh dari sini. Alasan tidak mahu tinggal di sana sebab rumah belum siap renovate. Belum siap kabinet dapur dan sebagainya.
Kenapa Amat tak nak tinggal di rumah mertua? Mertua Amat ada ajak tinggal sekali sementara rumah yang Amat beli siap sepenuhnya renovate dan lengkap perkakas tapi Amat mengelak untuk tinggal di rumah mertua.
Hanya di awal perkahwinan saja dia tidur di sana beberapa kali. Alasan yang diberi adalah rumah mertua panas sebab rumah atas tanah serta tak selesa. Padahal rumah tu luas dan ada bilik.
Alasan yang terbaru pula sebab dia kurang sihat jadi tak selesa kalau tinggal di situ. Saja nak beri alasan untuk mengelak tinggal bersama. Jelas.
Mesti korang tanya bagaimana kehidupan mereka suami isteri takkan tak berjumpa kan.
Mereka akan berjumpa hujung minggu dan tidur di rumah yang Amat beli. Itu pun bukan setiap minggu. Amat banyak habiskan masa tinggal di rumah keluarga sendiri berlagak macam orang bujang saja.
Rumah yang Amat beli tu sebenarnya dah lama siap renovate sebulan lebih yang lalu. Kalau ikutkan dah boleh tinggal di sana terus dengan isterinya tapi Amat memilih untuk terus hidup berasingan dengan isterinya.
Amat ni tak ada masalah apa-apa pun dengan si isteri seperti bergaduh ke apa cuma dia sentiasa beri alasan rumah belum siap.
Ibu si Amat ni pula jadi enabler(penyokong) Amat. Dia tak pernah nasihat Amat agar cepat berpindah dan tinggal bersama isteri. Dia hanya biarkan Amat di zon yang amat selesa (duduk bersama ahli keluarga) sedangkan isteri di abaikan.
Dia layan anak lelakinya macam orang bujang tak ada isteri. Tolong masak kan makanan, basuhkan baju dan sebagainya. Langsung si ibu ini tidak pertikai kenapa Amat masih tinggal di rumah itu tidak keluar.
Isterinya yang patut diberi perhatian dan nafkah zahir batin.
Sepatutnya sebagai orang tua si ibu ini harus mengingatkan Amat hukum hakam suami isteri berpisah rumah tanpa sebab munasabah. Melainkan Amat kena bekerja di luar kawasan dan memaksa dia berpisah lokasi. Ini jarak rumah mertua tidak jauh 3 ke 4km sahaja.
Aku sebagai pemerhati ni cuma nak tanya perbuatan ini normal ke dengan orang yang berkahwin zaman sekarang?
Sesuka hati berpisah rumah, tak jalankan tanggungjawab sepatutnya pada pasangan. Dibiarkan pasangan tinggal dengan keluarganya dia pula tinggal dengan keluarganya?
Aku ada tanya kawan aku.. dia kata pasangan sekarang lebih suka tinggal berasingan sebab nak elak pergaduhan. Dalam hatiku tanya balik. apa fungsi perkahwinan ya? Atas kertas sajalah?
Aku yakin.. mertua Amat tentu kecewa dengan sikap menantu (Amat)..
Memang orang berkahwin zaman sekarang ada perjanjian pelik macam ni ke? Benda ni ok ke something wrong?
– Hijau daun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
memang tak normal, tapi bagi saya kita ni orang luar kita diam je. rumah tangga diaorang. agaknya mereka ada perancangan sendiri sesama mereka yang tak diberitahu orang luar. doakan yang baik-baik sentiasa.
tak normal tu, malah pelik, kenapa kawin kalau tk sedia nak jadi suami…
Laki awak anak mak…dia dah tunjuk bukti dia lebih pilih mak bukan awak… #jangan putus asa
normal la tu. awal2 sebelum kawin mesti da kenal pasangan masing2. kenapa lepas kawin nk menjadikan isu? ke ni kes silap pilih pasangan? kalau begitu sendiri punya salah la.
Kenapa si isteri tidak ikut si suami pula?