Kak Ikin

Salam. Admin apa kabar? Sehari ke sehari rasa nak menulis di ruangan ni tapi malas plus takde masa. Sebelum ni aku pembaca sahaja. Hari ni jari jemari ni rajin ingin berkongsi sesuatu. Memandangkan sekarang cuti sem aku banyak masa. hehe. Ianya tentang seseorang-Nama dia ikin atau kak ikin (ini nama sebenar) Perghh berani aku reveal nama dia, ala bukan dia sorang nama ikin ramai takkan dia tau alah kalau dia tau pun apesalahnya bukan aku memburukkan dia kikiki lg satu sebab paa sebab aku kenal dia dia tak berapa kenal aku kott. Sebelum tu, aku suka nak perkenalkan diri sebagai Peah jelah. Umo 28 dah kahwen anak baru tiga (3 kecik2 lagi), environment keje macam neraka (busy ya amat).

Tapi bercita-cita tinggi , hidup mesti ada improvement chewahhh. (sebenarnya aku tak caya ngan laki aku dia dah pernah kantoi wasap dengan pompuan sweet2, jadi aku nak standby jaga diri sendiri..tapi keadaan taklah keruh mana sebab apa? sebab jodoh masih ada) Aku Pelajar separuh masa yg tengah struggle nak habiskan degree in account. Kuikuikui. Aku nak cerita, macam mana kak Ikin ni (berkerja, dan juga belajar sama macam aku) tapi dia punya cerita tu banyak jugaklah aku dengar dari kengkawan dan kekadang lecturer pun revel nama dia ni. Dipendekkan cerita dia ni aku dengar student fav lect sebab dia rajin. Terdetik gak dalam hati aku betul ke dia rajin biasanya student fav ni sebab dia pandai bodek. kikiki kejam suara hati aku. hahahahah (gelak jaat).

Sampai la cerita2 angin yang aku dgr tu aku hadap sendiri. Sem lepas aku sekelas ngan dia untuk dua subjek. Memang dia lain dari yang lain. Serious wehhh dia lain. Sebelum tu aku rasa umur dia dalam awal 30 an. Aku tak tau umor dia exactly berapa dan aku pun bengong tak tanya. Aku dengar dia bahasakan diri dia kak dari situ aku panggil jela dia dengan nama tu. Aku rasa dia dah kahwen.

First subjek aku sekelas dengan dia adalah subjek kira2, Lecturer masuk terus tulis kat papan putih, takde explaination tak tau hujung pangkal tetiba berderettttt formula nak kene hapal. Tetiba sample excercise memang boleh buat dalam kelas tapi bila kuar kelas aku garuk kepala ape benda sume ni. Formula apa yg berderet2 ni. Ade kene mengene ke dengan bidang akaun aku ni. Hambik kau takde istilah suap. Baca la sendiri text book tu. Ops! In case kalau tak hapal sumer formula tu, lecturer dah warning kau akan hantar kertas putih jelah masa exam nnti. Aku mula cuak, aku dahh riki2 nak drop je paper tu heavy kot. Tetiba, dia (kak Ikin) syer nota..uishh best ni aku pun bukak wahhh..segala mala semua yang lecturer tu ajar dia dah ringkaskan. Siap dengan formula yang berbelit2 tu.

Kagum siottt. Bila dia buat entahlah. Rajin betull. Aku mula tertanya2 aku ni malas ke? Asal dia advance sangat. Baik lak nak syer2 nota. Dia up kan nota tu buatkan rasa down aku hilang. Pheww tqqqqqq sesgtt. Dengan kekangan masa ia memang memudahkan. Kepada yang tak tau 3 jam klass untuk 1 pertemuan bagi student part time, Lecturer akan compress the whole chapter yang dak2 full time belajar dalam 2 atau tiga minggu kami part time belajar hanya 3 jam untuk fahamkan the whole chpter. Jadi limitasinya sangat jelas disitu.

Second aku sekelas dengan dia subjek membaca (ini semua kebetulan), tetiba lecturer announce ade test, cover bukan calang2 sekali harung 6 chapter. Masak! Aku dah cuak entah apa lecturer tu membebel dalam kelas aku pun angguk kan aje. tetibe dah test. Memang la subjek kali ni lebih ringan tapi nak goreng pun fakta takkan aku tambah ajinamoto semata2 dengan air kosong. Lauknya apa!? Aku pun bacalah apa yang aku boleh baca tapi tak lepas, nota2 apa yang lecturer bagi semua aku dah print, ade istilah sains yang pelik2 mulalah aku garuk kepala, pekebenda ni semua. Aku baca slide tu tak tembus..aku cuba hafal beberapa fakta tapi banyak mana aku mampu hafal.

Tetiba dia syer nota lagi, kali ni dia summarize semua 6 topic tu perghhhh..power2. Aku print dan tenung je nota dia yang aku dah cetak tu sambil hirup nescafe yang aku bancuh untuk hilangkan ngantuk. Lahai macam ni rupanya. Dipendekkan citer test tu aku tu aku tak perform pun, sebab last minute tapi nota dia aku pegang sampai ke final and final aku boleh jawab. hahaha peah..peah teruk kau belajar. Tolong jangan kecam peah ye, kau semua tak berada ditempat aku. Belajar sambil bekerja dan sebagai housewife is a mess, kau orang jangan ingat lecturer nak kasi muka sangat.

Ya aku akui ade lecturer yang baik, tapi ade jugak lecturer yang straight forward yg integritinya tahap langit seoalah-olah dia tak pernah jadi student. Pulun kaw2. So yang subjek membaca ni aku kene yang lecturer straight teramat. Geram2 jugak tapi aku still hormat la. Dah dia tempat aku nak timba ilmu sabau jelah. Aku boleh senaraikan seribu alasan tapi aku bukan orang jenis yang suka berdolak dalih. Aku busy aku penat aku tak cukup masa aku itu aku ini. Laki aku aksident aku nak terberanak (dah kuar pun). Macam2 lagi. Tapi apa pun ini jalan yang aku pilih aku tempuh jelah cuma cerita K.Ikin ni macam penyedap journey akulah. Kekadang Allah akan tolong kita melalui jalan yang kita tak sangka-sangka. Yang penting niat kita kene lah betul nak belajar tuuu. Bukan niat nak mengabihkan borehhh jo niat sungguh-sungguh. Jalan akan terbukak ikut niat yang kau orang pilih. kuikuikui (jadi ustazah plakkk)

Aku mula rasa betul lah cerita2 yang aku dengar tentang dia ni-No.1 ye betol dia RAJIN. Satu hari aku tak puas hati aku pg la acah2 sembang pendek kak bila akk buat nota tu syer lagi ek. Dalam hati asal tak malu sangat aku ni. Asal buruk perangai sangat aku ni ahh tapi lantaklah. Boleh2. simple je dia jawab. Dari mula sem sampai final exam dia syer semua nota2 dia. Perghhh. Diam-diam aku doakan dia supaya dia boleh jawan exam macam mana dia permudahkan aku nak paham melalui nota2 dia tu aku harap dia pun dipermudahkan.

Tips untuk student part time. Work smart. Kita memang akan hadapi krisis masa. Tapi kau orang kene bijak pilih kawan. Hahaha bukan jadi parasit bergantung dengan kawan takkk. Tapi kawan2 yang kau ada tu memang penyumbang pada tahap juang yang jitu. Rentak dia belajar kau jangan ikut sebab masalah lain2, ade yang single, ada yang dah beranak ada yang takde anak semua tak sama. Satu je kau boleh absorbed iaitu semangat juang (kita mcm berperang gakla, perang usaha, tenaga, emosi dan duit (yuran 3x ganda kott)). Paling cikai kawan akan buat kan kau yang tak de semangat untuk teruskan pengajian disaat2 genting untuk teruskan langkah. Aku jenis macam tulah. Beberapa orang kawan2 aku kecungdang half way. Stress oi. Tapi bila dah abiz exam takde rasa apa enjoy macam biasa. Alah bak kata Lecturer aku kejayaan tu memang bukan mudah.

Last, part fav lect tu aku rasa kalau rajin, menyenangkan, kau akan jadi fav sesapa je. Alhamdulillah Best journey for me. Hope result yang bakal kuar ni takde fail. Hahaha (so far tak pernah fail lagi). Tqqq k.Ikinnn hehehehehehe.

– Peah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *