Kakak dan kerinting

Salam semua. Kakak tibe2 teringat lagi 1 kisah yg pernah terjadi kat kakak dulu.

Masa ni Uni tengah cuti. Kakak ikut kwn kakak tido rumah pakcik dia kat Shah Alam. Kitorg sampai rumah tu dah malam jugak. Dalam kul 11 lebih. Sebab dah malam. Esok plak Isnin orang nak gi keje semua, masuk tu xde nak pasang2 lampu sgt. Kami tido kat bilik sepupu dia (kakak taktau umur berapa. Tapi dia bagitau sekolah rendah).

Masuk2 bilik ada katil single tepi dinding, kami tukar baju dalam gelap2 tu, hampar toto, tido atas lantai. Kakak tido betul2 tepi katil tu. Nasib la katil jenis kotak. Jadi, tak payah nak fikir seram tengok2 bwh katil. Kwn kakak tido kat sbelah. Sepupu dia tido atas katil tu la kan.

Kakak ni plak jenis kalau tido tempat baru, memang xleh tido. Ngantuk camne pun memang susah nak lena. Sudahnye.. terlena jua. Kakak terjaga balik masa tu dh azan. Tgk kwn belah kanan lena je. Kakak kejut dia bgn subuh. Lepastu kakak pusing belah kiri. Aik. Bile masa pulak sepupu dia ni turun katil tido sebelah kakak? Budak ni kecik je. Rambut kerinting, lebat sampai paras pinggang. Dia membelakangkan kakak. Pelik jgk. Nak gi sekolah dah kul 6 lebih x bgn2 lagi. Sebab kakak xleh solat, dan sgtlah mengantuk, kakak pun sambung tido.

Kul 10 pagi terjaga. Kami bgn, siap2 wangi segar2 dah. Turun bawah nak makan sarapan. Memang heaven lah. Bgn2 semua dah tersedia. Kami x kemana pun haritu sebab dah janji dgn ayah suruh dtg amik petang. Dalam tgh hari tu sepupu dia balik sekolah.

Kami tak bersembang sangat sebab sepupu dia ni mcm malu2. Terus naik bilik. Kakak bgtau kwn. Cantik betul sepupu ko ni. Rambut stret mcm rebonding! Adik dia kerinting pulak?

Kwn kakak dah. Hah? Kerinting mana pulak? Sepupu aku tu bongsu kot. Mana ada adik lain!

Macam tu pulakk.. Kakak pun pandang dia semacam. Kakak cerita kat dia apa yang kakak nampak..

Hmm. Tak tahu lah sape yg kerinting tu kan.

Kisah beberapa bulan kemudian pulak. Family kakak dtg visit. Kami tido di rumah lama kami kat KL. Kakak tido dgn adik kakak pmpuan. Masa terjaga subuh, kakak perasan rambut dia gulung2 mcm lepas pegi kerinting. Ikal2 gitu. Kakak siap pegang rambut dia untuk test ketulenan ikal tu. Lepastu smbung tido.

Bila dh terjaga pagi tu.. kakak heran. X kerinting x ikal pun rambut adik.

Membuatkan kakak fikir 4 5 kali tentang kisah kat rumah Shah Alam tu. Takkan 'budak' ni follow kakak kot..

– Kakak (5 AM)

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *