Kakak Ipar – 10:49 AM

Kakak Ipar

Assalamualaikum admin..terima kasih admin..
Sambungan..cerita kakak ipar..
Kakak ipar yang disayang dihormati tidaklah seperti anggapan kami sekeluarga. Aku bukan harapkan dia sempurna serba serbi..cukuplah kalau kami boleh jadi seperti adik beradik. Istilah ipar tu tak ada.
Tapi, dia dah berkali-kali buat mak aku kecil hati. Aku pantang betul ada orang cuba buat mak aku sedih. Panas sampai otak rasanya.
Ceritanya kakak ipar aku ni sekarang macam selfish je. Macam semua orang nak ikut pe'el dia. Kita orang..terutamanya mak, seboleh-boleh nak jaga hati dia. Tak nak tunjuk sakit hati. Takut abang susah hati sebeb perangai dia. Makin.mak diam, makin dia buat perangai. Cakap dengan orang tua tak pandai. Cakap apa je yang dia rasa tak puas hati. Sampai orang tua terasa hati. Mertua dia tu orang tua kot. Kalau nak cakap apa-apa biar berlapik. Walhal mak aku tak pernah susahkan dia. Minta tolong pun boleh kira dengan jari. Sebab mak takut susahkan kakak Ipar. Yang sedihnya sekarang, kita orang nak minta tolong abang benda kecik pun dia merungut. Dia tak nak kita orang susahkan laki dia(abang). Depan abang jarang dia buat perangai..tapi bila dengan mak, dia sindir Macam-macam. Mak diam je tak mengadu pun kat abang. Takut dia gaduh laki bini. Makin mak aku diam,makin menjadi perangai dia. Baru ni je dia buat hal lagi. Mak aku sakit sekarang. Sebab mulut kakak ipar.Abang tak tahu. Entah apa pulak yang dia tak puas hati. Ntah la..mungkin sebab mak ada minta tolong dengan abang. Dia tak suka.
Kepada Kak ipar..
Kalau betul tak puas hati cakap depan-depan. Terus terang. Tak payah nak sindir-sindir kat mak aku. Mak aku tu mertua kakak..orang tua lagi..mak kepada laki kakak. Sepatutnya kakak sayang dan hormat mak aku sama macam mak sendiri. Dah banyak hal kakak buat, sampai abang pun sampai hati marah mak. Kakak buat abang jadi anak derhaka. Kakak, masa kakak kenal abang dah ada segalanya. Dah abis belajar..dah kerja elok. Dah hensem..tapi kami kenal abang sejak kecil..sejak sama-sama susah. Masa abang tak ada apa-apa. Tapi kenapa kakak kejam sangat sampai kami tak boleh dah nak rapat dengan abang. Tak layak nak minta tolong dengan abang. Kami adik beradik Kak!

Kak..kalau mak sedih sebab abang dengan kakak…jangan harap nak hidup tenang kak. Walaupun duit berkepuk. Allah bayar cash kalau derhaka pada mak. Sebab tu kakak dengan abang asyik gaduh je. Kakak makan hati je dengan abang. Sebab ada dosa dengan mak. Kakak tak nampak tu kan? Kalau betul mak ada salah cakap. Kita sama-sama betulkan. Bukan nak suruh ikut kepala kakak tanpa bincang. Benda boleh bawa berbincang kak..bang. cakap apa dosa mak..apa salah kita orang yang buat kakak tak puas hati.
Kita semua dah dewasa kak. Kita boleh bincang..bukan nak ajak bergaduh…masalah perlu diselesaikan bukan dibiarkan membarah hingga jejaskan hubungan kekeluargaan kita.

Tq admin kerana sudi share confession saya.

– Munah Bee

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *