kakak nak mama abah – 10:08 AM

kakak nak mama abah – https://iiumc.com/forumv2/

Admin harap approve.
Ni pasal abah aku. Aku baru bangun dari tidur. Bangun tepat pukul 9, so bangun je dengar ayat ruqyah yang pasang kat speaker setiap pagi tu. Aku khilaf tak terbangun solat subuh. Mungkin punca aku letih sangat sebab semalam aku sewa kereta and balik rumah aku untuk hantar ambik barang berat. perjalanan dalam 1 jam setengah tapi aku sesat sampai tol Awan Besar. So kena pusing jauh.

Bila aku sampai rumah, mak aku dengan adik aku je ada kat rumah. Abah aku keluar sebab ada hal. Tapi aku balik kejap ni nak hantar ambik barang and nak cium tangan mama abah aku. Lepas kemas barang nak bawak balik uia, aku makan masakan mama and bungkus sikit bawak balik. Aku cium tangan mama aku. Tetiba rasa sedih tengok mama urut lutut dia. Mama kata nak lipat kaki susah sebab sakit. Aku legakan perasaan sendiri bila tengok mama aku pegang satu ubat ni sapu kat lutut dia.

Tapi aku ada satu perasaan tak sedap hati sebab tak jumpa abah, tak tengok muka abah, tak dengar suara, tak borak ngan abah. Selalu aku contact mintak duit je. Tanya khabar tu kadang2 sebab every week aku mesti balik lapor diri, bukan sebab mama abah suruh, tapi sebab aku nak tengok muka mama abah , nak bagitahu perkembangan aku kat uia , spend time la kiranya. Tapi hari ni masuk 2 minggu tak balik sebab kelas aku sem ni ada yang hari sabtu, lepas kelas je kena settle assigment lepas tu tak sempatlah nak balik rumah. Aku rasa tak sedap hati. Mama abah aku pulak sebenarnya jenis tak kisah aku nak balik bila. Tapi aku kisah.

Malam tu sebelum masuk tidur, aku baca2 confession pasal hantu kat sini, then aku pon tertidur dengan sendirinya. Aku mimpi abah. Aku ingat dari awal sampai akhir ceritanya. Dari malam aku tidur sampai pagi ni aku bangun, aku hanya mimpi abah. Macam sebuah episod hanya untuk menceritakan masa depan aku and keluarga tanpa abah. Aku ni jenis suka mimpi benda yg aku akan buat sebelum tido, means kalo aku baca cerita hantu, aku akan mimpi yang aku kena kejar hantu. Tapi malam tadi tak camtu.

Dalam mimpi tu aku dapat tahu yang abah dah takda, aku tak tengok jenazah abah sebab pihak uia tak bagi balik. Pelik kan? nama pun mimpi. Lepas tu, aku macam okay je takda rasa apa2. Aku tak sedih sangat bila ayah aku dah takda. Tapi rasa sebak tu datang 2 hari kemudian. Ni aku masih dalam mimpi eh. Ayah aku meninggal hari khamis malam, pihak uia benarkan balik hari ahad(merepek sikit). So aku lupa nak bagitahu kawan2 ke sapa2 ke yang ayah aku dah takda. Aku balik rumah tengok mama muka tenang mcm redha dengan apa yg jadi. Aku tanya apa punca abah pergi. Mama aku cerita yang ada orang nak sihir nenek aku, tapi sihir tu kena tepis and terkena kat abah aku. Mama kata sebelum ni time aku tak balik rumah 2 minggu abah aku demam2 and sakit belakang sebab benda tu. Tapi abah taknak anak2 risau. Waarghhh aku rasa nak nangis kenapa aku tak balik time tu(realiti dah becampur dengan mimpi).
Lepas tu aku buat tahlil, time tu baru aku nangis gila2 sebab aku rasa aku banyak buat salah kat abah, tak sempat jumpa abah, tak sempat mintak maaf kat abah. Bila abah takda, mama masak pun sikit2 untuk jimat duit pakai duit yang abah tinggalkan. Aku waktu tu rasa yang aku seorang kakak sulung yang tak berguna sebab aku tak ada kerja, belajar tak habis lagi, aku tak dapat tolong keluarga aku. Lepas tahlil tu, aku ada terserempak dengan budak2 style macam budak raver duduk2 tepi longkang mintak duit. Aku ajak dorang makan, and aku tanya dorang ada mak bapak tak? Dorang kata ada. Aku cakap pergi balik jumpa mak bapak korang, mintak kat akak buat apa akak takda bapak. Keluarga akak miskin.

Lepas tu aku terbangun, ya Allah syukur aku hanya bermimpi. Tapi pertama kali aku rasa mimpi ni berbentuk peringatan macam ni. Sangat berkesan kat hati aku. Aku rasa sedih nak cepat2 balik rumah tengok mama abah, nak peluk, nak nangis kat dorang. Kalo abah pergi, kakak yang masih bergantung kat abah ni mesti rasa lemah tanpa abah. Korang, sapa2 yang rasa dah lama tak contact mak ayah tu, cuba contact dorang, tanya kabar. Selama dia masih ada, berbaktilah. Sebab syurga kita ada dengan mereka. Kalo mereka tak ada?

– Anis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *