Kakak oh Kakak

Assalammualaikum gais and thank you admin sebab approvedkan cerita saya ini yeay !

Saya seorang yang periang dan ceria dalam keluarga . Jarang sekali untuk saya bermasam muka dan marah marah orang lain . Tetapi jika sekali saya marah , orang terus dah boleh benci saya . Sampai begitu sekali tahapnya. Saya tidak maki ,dan juga tidak mengeluarkan kata kata yang kesat yang boleh menimbulkan kemarahan orang . Saya cuma berterus terang dan jujur saja tentang apa yang saya rasa .

Saya mempunyai dua orang kakak yang boleh dikatakan rapat dengan saya . Kami jarang bergaduh . Jika bergaduh sekalipun , taklama ambil masa untuk berbaik semula. Tetapi kali ini , agak teruk juga pergaduhan antara kami . Punca yang sama , mereka mengatakan ayat saya terlalu menyakitkan hati . Ambil masa yang lama untuk berbaik semula. Sehinggakan apa saja benda yang buruk berlaku , mereka pasti menuding jari kepada saya. Seolah olah saya adalah puncanya . Sekarang ini kami bagaikan orang asing dalam rumah . Tidak bertegur antara satu sama lain . Bulan ramadhan ini bulan yang mengajar saya erti kesabaran yang amat tinggi . Bersahur , sendiri di dalam bilik . Berbuka puasa juga begitu .

Bukan tidak mahu ikut serta dengan keluarga yang lain . Bayangkan , jika saya datang dapur untuk menolong . Mereka berdua terus lari ke tempat lain . Jika saya makan di atas meja bersama mereka , mereka lari makan di tempat lain . Rasa tidak sedap lah jika ahli keluarga yang lain pandang begitu .

Sedihnya , saya betul betul bagaikan orang asing walaupun dengan keluarga sendiri. Apa yang perlu saya buat?

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Air yang di cincang takkan putus. Berikan hadiah untuk rapatkan silaturrahim walau dengan kakak sendiri. Nabi suka orang yang saling bertukar hadiah. Jadi, berikan hadiah sebagai tanda maaf. Doa juga sebelum berbuka supaya hati mereka lembut untuk maafkan Anne.

  2. Minta maaf dn cuba untuk kwl setiap apa yg klua dri mulut..marahnya kakak tkkn lama…sy kakak sulung…tk smpi hati nk mrh adik lama2…syg tu tk terhitung nk dibandingkan dgn kecik hti yg sedikit tu:’)

    • my mum cukup marah adik beradik bergaduh tak bercakap. kami memang takut dgn mak. kami akan buat2 bercakap jugak sampai akhir nya bersembang. lagi satu masuk dapur dan makan mesti semua orang ada. jangan sapa nak mengada ngada. kalau hilang pun dari dapur masa masak tu bukan pasai bergaduh tapi pasai nak pi main.

  3. Satu. Jangan rasa diri sendiri bagus. Bila org tego tu pk balik. Kalau bende baik org takkan nak tego bgtau. Improve diri.

    Dua. Masing2 ada ego. Klo kakak ko xnk beralah, ko la yg kene beralah.

    Tiga. Mak ayah ko mmg xamik port pasal ank2 gaduh ke? Haihh kesian.

    Kalau ko seorang adik yg baik, tkdeny kakak2 ko boikot ko. N mebi mak ayah ko sndiri pun ad terasa ngn ap ko ckp. Kot la kot.

  4. Kakak ni pon ade ego nya.. mesti ade bende yg awk ckp kecikkan hati derang.. kene selidik and mintk maaf… insyaAllah hati mereka akan lembut… mcm sy… selalu kecik hati dgn adik sy… perangai awk mcm adik sy pon ade… heheheh just respect mereka sebagai kakak… kalau x sependapat jgn trus bash kene berhikmah sket… hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *