Kakak senior – 10:40 AM

Kakak senior

Aku sebenarnya perempuan tapi aku sendiri xfaham dengan perempuan ni. Kalau orang tu lebih tua dari dia mesti nak bahasakan 'akak'. Aku ni jenis xsuka panggil akak2 ni. Sebab tu aku xsuka bagitahu umur kalau x mesti dia panggil aku akak atau aku yang kena panggil dia akak. Memang dalam kelas majoriti tua dari aku sebab aku masuk gombak awal kira asasi setahun dan diorang biasa tua setahun dari aku ni untuk coursemate aku la kalau kelas lain tu ada 2 3 tahun tua dari aku tapi macam biasa aku xkan panggil akak melainkan dia tanya umur then bahasakan diri dia sebagai akak.

Bagi aku lebih selesa panggil nama dari 'akak' sebab rasa mudah mesra tapi kalau akak tu macam ada gap susah sikit nak bergurau bodoh macam bergurau dengan kawan sebaya kita. Bukan bermakna aku xrespect orang tu kalau xpanggil akak tapi macam lambat la sikit nak mesra. So korang yang suka bahasakan akak ni kenapa nak orang panggil akak eh? Sorry la sebab aku jenis prefer kawan macam sama umur even dia lebih tua dari aku. Jealous gak dengan laki umur berbeza pon guna kau aku xyah nak abang2 ni sebab tu aku tengok diroang ni mudah je mesra.

Lagipon bila yang muda layan kita macam kawan sebaya dia, rasa macam kita pon still muda macam dia jugak. Bukan perempuan suka ke bila orang anggap dia lebih muda berbanding umur sebenar? Aku rasa ramai cakap guna akak tanda respect tapi bagi aku xguna akak pon bukan kita xrespect just nak cepat mesra je so xde la rasa gap sangat nak bergaul dengan orang yang lebih tua/muda dari kita. So korang yang selalu bahasakan akan ni boleh x komen apa pandangan korang tentang panggilan akak ni kenapa umur beza setahun pon still nak guna akak? Bukan nak cari gaduh tapi aku betul2 nak tahu pandangan korang ye la lain orang lain cara dia kan?

– Guliver

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *