Kakakku – 1:32 AM

Kakakku

Benda ni realiti dan berlaku depan mata aku sendiri. Ceritanya pasal kakak aku. Serius kakak aku ni degil sangat, suka bantah cakap mak ayah aku. Tak tahulah apa yang lelaki tu bagi makan kat dia sampai dia sanggup belakangkan parents aku demi boyfriend dia. Parents aku kecewa gila dengan perangai kakak aku, dulu dia anak yang baik belajar pun pandai tapi sekarang bila dah belajar sampai universiti, duduk jauh dari family kakak aku totally changed! Mungkin sebab dia banyak lukakan hati parents aku, aku tengok hidup dia mcm susah. Aku pelik, family dah suruh kahwin dorang pulak yang taknak. Aku baru je lepas stalk lelaki tuh, aku nampak dia berkasih sayang dengan perempuan lain dah lah status dia public, aku pelik takkanlah kakak aku tak nampak semua tuh. Aku tahu kakak aku dah banyak kali kecewa, makan hati dengan mamat tuh tapi dia still terima jugak. Serius aku rasa kakak aku mcm orang bodoh yang diperbodohkan. Aku tengok kakak aku mcm depressed. Dia tak tenteram dengan hidup dia. Sikit sikit tukar kerja padahal gaji dah tinggi da. Aku sedih dengan keadaan dia. Apa yang dia nak dalam hidup sebenarnya? :(
Aku tak tahu nak nasihat dia macam mana. Tapi satu hal yang aku perasan dengan jelasnya. Kakak aku tak solat dan dia suka bantah apa kata parents aku. Memang Allah bayar cash, aku sendiri ngeri tengok hidup dia yang tak tenteram tu. Kakak aku mewah tapi entah duit dia mengalir pegi mana. Teruk sangat social life kakak aku. Mohon doakan Allah buka pintu hati dia, Allah beri dia hidayah. Amin. Aku taknak kakak aku mati dalam keadaan dia macam nie :(

– Adik yang sedih

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *