Kakakku girlfriendku

Assalamualaikum.
Disini saya ingin menyambung sedikit lg tentang post saya sblm ini. Nak cerita sikit tentang point pertama. Peranan ahli keluarga lelaki dalam menjaga wanita.

So basically ni semua dari pengalaman. Saya mempunyai byk adik beradik perempuan. Adik dan juga kakak. Saya masih belajar lagi. Belum kahwin. Jadi mungkin dari satu sudut shj mungkin saya faham. Iaitu sebagai adik dan abg lelaki. Harap ia bermanfaat utk semua, adam dan juga hawa.

1. (Based on ayah) Peranan seorang ayah memang tidak dinafikan adalah paling besar dalam menjaga anak perempuan. Sebab ayah merupakan hero, wira dan juga role model anak2 perempuan. Biasanya mereka akan rasa ayah merekalah yg paling teror, kuat dan hebat di dunia. Pelindung keamanan keluarga. Superhero of the family. Sebab ayah merupakan ketua keluarga.

Dan perkara paling penting sekali adalah didikan agama. Didikan harus diterap oleh ayah dari kecil lg. Sebagai mana kewajipan solat harus diajar pada umur 7 tahun… begitu juga kewajipan menutup aurat. Biasakan anak2 memakai tudung sejak kecil. Seterusnya mereka sendiri akan memakainya tanpa disuruh.

Seterusnya, seorang ayah perlu mengambil berat tentang anak. Berbual, tanya khabar selalu, bercerita, dan keluar buat aktiviti bersama. Ayah mesti menghadirkan diri dlm kehidupan mereka. Tunjukkan yg ayah care for you and will be there for you. Pesanan ringkas mestilah selalu diingatkan seperti "jgn balik lambat2", "jaga diri baik2" dan "ada masaalah jumpa ayah" pasti memberi kesan pada mereka. Saya pasti anak perempuan akan menghargainya.

Ayah juga mesti menjadi kawan kepada anak. Jgnlah anak terlebih takut dgn ayah. Ajarilah mereka hormat dlm keadaan mereka senang mendekatimu. Kebiasaannya… jikalau ayah melakukan tanggungjawab dgn betul, anak2 pasti menginginkan suami seperti ayah.

"Father is every daughter first love"

2. Peranan sebagai adik dan abang. Seperti tajuk… kakakku adalah girlfriendku dan aku adalah boyfriend kakakku. Saya mmg ada byk adik dan kakak perempuan. So kira saya ni sebenarnya byk girlfriend. Hihi. Tapi semua girlfriend saya adalah adik beradik sendiri.

Kami adik beradik sgt2 rapat. Apa2 masaalah berbalik pada kita2. So bila ada yg nak luah perasaan dan masaalah… saya jadi pendengarnya. Kenalah duduk melayan. Kadang2 kita yg dimarahnya. Aik! Kita pulak yg salah. Pastu nak kena pujuk. Passkan tisu. Beri nasihat. Bancuh air. Buat kelakar. Tukar tajuk. Cerita benda lain. Alih2… dah lupa dan terus happy. Biasalah perempuan. Tapi saya suka sbb lebih baik mereka meluahkan kepada saya daripada org xtahu mana.

Kami pun selalu dating sebab kakak semua xde boyfriend. Terpaksa bwk mereka ke hulu hilir. Nak jalan ke, nak makan ini dan itu, nak shopping ke, saya lah jadi teman aka bodyguard. Kadang2 jalan tu smpai bawak 3-4 perempuan. Jangan jealous. Hehe.. Saya suka sebab nnt kakak belanja.

Kadang2 jalan kakak nak pegang tangan. Saya pon layan je. Dah mcm couple pulak. Tapi kakak kata yg saya seorang je yg laki yg dia boleh buat mcm tu selain ayah. Walaupun byk mata yg memandang serong. Kita buat dek je. Kt UIA pon pernah berlaku. Ni cerita masa zaman UIA masih separate tempat makan brothers and sisters. (Please jadikan seperti dulu, skrg sakit mata melihat)

Saya duduk teman kakak makan. Kita makan berdua. Mulalah byk mata melihat kami. Ingat kami tgh dating. Kami rasa x sedap. So kakak plan supaya kami pegang tangan. Saje nk kenakan org. Nak tgk reaksi mereka. Kami pegang tangan atas meja. Lagi ramai orang pandang x betul. Hahaha… kita ketawa. Lagi ramai tgk. Kita buat dunno sambil senyum.

Satu lagi kisah, semasa saya belajar luar negara. Saya sering call rumah. Tetapi salah satu kakak sedang belajar di asrama. Jadi mmg x dpt cakap dgn dia. Satu hari tergerak nak call kakak yg kt asrama. Saya call hp dia dan kawan kakak angkat. Dia tanya siapa. Saya katalah ni adik dia. Dia kata kakak tgh solat. Saya kata xpe, nnt mungkin saya call balik. Sejam selepas tu saya call balik. Belum sempat berdering telefon sudah diangkat. Suara kakak sgt kuat. Boleh rasa kegembiraan dia. Tetapi dlm suaranya saya kesan suara sedih. Saya tanya kenapa? Dia kata yg dia sedang menagis. Dia pon cerita. Sebenarnya masa saya call tadi yg kawan dia angkat tu… dia sedang solat tapi masih boleh dengar semua perbualan. Dia dgr yg saya yg call. Dia kata terus solat x khusuk. Dia cepat2 nak habiskan solat sbb nak cakap dgn saya. Tapi x sempat. Lps tu kakak menangis atas katil sambil menunggu sejam sebelum saya call balik. Kawan2 sebilik dia ketawakan dia sbb nangis x dpt cakap dgn adik. Kakak2… herm

Ok setakat ini dulu. Saya nak cerita point2 saya x pandai. Jadi saya hanya cerita dari pengalaman. Itulah serba sedikit. Skrg tgh exam, xde masa nak tulis panjang2.

Alhamdulilah skrg kakak semua dah kawin. Tapi dari sudut lain, girlfriendku sudah diambil org. Sob2… apapun saya gembira utk mereka. Tinggallah saya keseorangan yg masih duduk bawak ketiak mak. Walaupun begitu, saya bangga sebab saya tahu yg saya sorang shj boyfriend mereka sebelum kawin. Sekian

– Jejaka adik kakak

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

79 Comments

  1. Baguih … adik yang baik .. Jaga adik beradik perempuan elok2 sebab memang itu amanahnya. Dan aku turun terkesan dgn kisah atas tuu sebab aku faham.perasaan kakak dia nie bila mana adik dia call. iya laa dok jauh dari family .. Semoga menjadi adik yg soleh dan di rahmati Ilahi . Barakah !

  2. awwwww confessor

    tau tak akak selalu harap anak sulung akak jaga adik dia mcm adij jaga ‘girlfriend2’ adik tu. nak si abang sentiasa mengasihi adik dia dan bonding kuat. kalau kami mati, tak risau dah. sbb tau depa akan jaga each other.

    tp tu lah kecik lagi abang pun baru 8 tahun harapan emak plak tinggi menggunung.

    aminn aminn doakan naaa..

    dan tahniah. mesti ayah adik pun awesome sbb tu adik pun awesome. kim salam mak ayah.

  3. Susah nak jumpa org mcm awak.. Huhu. Harap kekalkan sampai bila2.. Baca citer ni sedih gak la. Masa saya ada satu masalah ni pun sama. Abg tak ckp pape.. Dia dgr je kita nangis2, marah2.. lepas tu pujuk2.. Sangat bermakna. Lps dah ok, saya masak utk dia. Haha.. Yg plg best, dia backup kita. Org pun salu igt dia bf.. Tp skrg dia dah kawin. Bf ku di ambil org. Wife dia kdg2 jeles ngan sy. Comel je diorg tu.. Hihi.

  4. Adik lelaki saya mcm tu. Alhamdulillah. Beza kami hanya sethn tp dr kecik dia dh berlagak abg pd saya. Maybe badan sama besar dia yg reti bwk basikal dlu, motosikal and kereta dlu drpd saya. Dia jgk sgt protective especially pd adik2 prmpuan dia. Kalu dia x berkenan dgn pakaian kami ke mmg dia akan sound direct. :)

  5. Owh…. Saya pun kakak kpd adik2 sy, sorang pompuan, sorang laki yg bongsu… Yg pompuan tu sy xberapa nk ngam la, maybe sbb sama2 pompuan so mcm x masuk…. Tapi adik laki sy sangat manja dgn sy, tiap2 kali dia balik asrama, sy call je ade je bnde dia nak cite, lama plak tu smpai panas telinga ngan pipi sbb letak phone lama sgt…

  6. yes,betoi…ak ade adik lelaki ngn sorg kakak…ye mmg adik lelaki jd boyfrenz ak lama jgk…sebelum kawen kehulu kehilir ak bwk dye…smpai kawan2 aku pm tnya betoike ak ade bf…hehehe…btw muke adik ak xsm pon ngn aku..so dats y ramai yg x caye…hahaha…smpai satu tahap ade org siap kata ak ngn adik aku sepadan…..hahaha…mse ak ade bf pon dye stil ikot jgk…pyh toi nk clash kan…hahaha,apepon mase akad nikah adik aku nanges…huhuhu…mse tu ak pon sedih gak…nmpak x,tara camtu xmo lps gf dye..hahaha..apepon adik aku mmg best…tq Mohamad Afiq Iqbal being my brother

  7. Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

    TAK SEMPAT BUAT ASSIGNMENT?
    BUAT ASSIGNMENT LAST LAST MINUTE??? MAYDAY MAYDAY!!

    Mahukan assignment anda kelihatan sempurna?
    Mahukan segala galanya dibuat secara teliti?
    Dari halaman muka hadapan hingga ke akhir rujukan, kami menyediakan perkhidmatan membuat assigment.
    .
    HARGA BERPATUTAN DAN TERMURAH.

    Perkhidmatan kami sediakan:
    -assignments pelajar
    -fyp/thesis pelajar tahun akhir
    -research maklumat pelajar master degree
    -membuat slides/powerpoints/excell
    -membuat nota final exam
    – membuat proofreads untuk citation,ejaan,dan struktur assignments

    KUALITI TERJAMIN!!!!

    Berminat, sila pm kami.
    (Boleh berbincang untuk details dengan lebih lanjut)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *