Kalau Dia Curang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kalau-dia-curang/).

Assalamualaikum, thank you admin kalau sudi siarkan confession kali ni.. Terima Kasih buat pembaca confession aku yang lepas. Kali ni aku nak kongsi apa yang jadi selepas suami aku kantoi curang.. Tip-tips extra nak detect orang curang ni banyak juga dah dikongsikan dalam ruangan komen oleh para pembaca. Thank you hehehe.

Sejujurnya aku jauh sangat dari “tabah” atau “kuat”. Masa aku kemurungan 2-3 minggu tu, aku banyak sangat suicidal thoughts. Malam tu masa berperang dengan suami lepas beliau kantoi, entah kenapa aku terus pergi dekat dapur dan ambik pisau nak kelar tangan sendiri. Berjam jam aku nangis sampai muka bengkak. Anak menangis panggil aku pun aku buat bodoh. Allahu, I was so lost. Dunia rasa totally gelap. Macam ni rasanya kena curang ya?

Aku MC keesokan hari. But the day after that, setiap hari aku ke rooftop office spend time there during lunch time, ada terfikir nak terjun bangunan la apa la. Masa tu baru aku terfikir, baru aku faham kenapa ramai orang bunuh diri disebabkan stress dan depression. Aku stress dan depressed sangat sangat atas apa yang berlaku. Aku nak share dekat kawan- kawan rapat pun tak boleh sebab diorang rajin jugak datang rumah aku atau aku juga rajin pergi rumah diorang. Mesti suami aku malu satu hari nanti bila beliau dapat tahu kalau aku share benda ni dekat kawan kawan aku. Aku buntu. Nak cerita kat family atau adik beradik pun rasa malu sangat. Malu sangat married life aku macam ni.

Last-last aku teringat sorang kawan baik aku masa university dulu. Dia ni banyak nasihat aku dari segi semua benda walaupun kami tak selalu lepak. Dan dia duduk jauh. Aku contact dia. Aku cakap aku nak bunuh diri, dia panic hahahhaa. Yelah, kalau aku, aku pun panic kalau member aku cakap camtu. Dia asyik tanya kenapa, aku cakap, maaf aku tak dapat cakap.. Dia tanya “laki kau buat hal ke??” Aku macam nak reply dan cerita A-Z dekat dia tapi aku tak mampu.. Tak mampu nak mengaibkan seorang insan yang masih bergelar suami aku. Aku dah cakap kat kawan aku yang aku rasa nak end hidup aku pun aku dah rasa tak patut. Hmm.

Alhamdulillah I am getting a lot better sejak dari aku start luahkan dekat kawan aku. Kawan aku banyak nasihat suruh ingat anak, yang anak perlukan aku, and that I need to be strong for my baby. Terima kasih, sahabat. Sudi menjadi “my shoulder to cry on” even hanya dalam whatsapp. Haha. Berjurai-jurai air mata aku dekat roof top tu selama 3 minggu. Dekat office duduk depan PC nangis, masuk tandas nangis. Tapi balik rumah aku tak nangis. Aku buat macam biasa, cuma aku dah kurang bercakap, kurang ceria, ada perasaan benci pun ada. Entah kenapa, mungkin aku tak nak tunjukkan kepada beliau yang aku lemah.

Screenshot whatsapp suami dengan that girl aku masih simpan masa tu. Kadang-kadang saja baca balik sebagai peringatan untuk diri yang beliau telah destroy semua kepercayaan aku pada beliau. Sengaja baca balik untuk tambah garam pada luka yang dah sedia ada. I had to feel all the excruciating pain in order to get through it. Aku tanya that girl everything, (walaupun aku tau dia tak bagitau semua), aku tanya apa yang suami aku beli untuk dia, apa yang suami aku cakap pada dia, siapa lagi ikut masa diorang keluar, pukul berapa suami selalu ambik dia pergi/ hantar balik kerja? Semua nya lah. Aku perlu tau semua details walaupun ianya sangat sangat menyakitkan. Selagi aku tak tau, selagi tu aku akan tertanya, dan selagi tu aku tak boleh move on.

Banyak juga aku google macam mana nak get through this.. hahahha, ya aku google.. Dan banyak juga lah article yang helpful. Alhamdulillah, after 6 month, aku decided not to prolong this sadness. Benda dah jadi pun, kalau aku teruskan sedih, can it be undone? Setelah membuat pengiraan, aku rasa aku yang lagi rugi sebab aku tak live my life to the fullest. Cukup-cukuplah aku dah bazirkan the 6month of my life on this. Pengalaman mengajar aku untuk jadi lebih matang kan? But I would rather just do the things that I love most instead of dwelling in sadness and things that had happened in the past. Lagi lagi pula, anak tengah membesar, aku tak nak terlepas semua “first” anak. Hehe..

Tentang suami, aku dah tak simpan apa2 marah langsung dah pada beliau tentang hal curang tu. Aku tak pernah doa yang buruk-buruk untuk beliau tapi beliau sudah pun mendapat balasan dari Allah atas apa yang beliau lakukan. Antara yang major ialah beliau kena terminate tampat kerja tersebut sebulan lepas kantoi dan kereta beliau accident 2 kali. Me on the other hand, I achieved a lot that year in my career dan Alhamdulillah aku dapat beli rumah pertama aku hanya guna nama aku seorang. Rezeki anak..

Kalau lah curang ni terjadi lagi sekali, aku pun dah tak kisah sangat sebab aku realise that apa yang beliau buat ni define who he is, not me. So why should I bother, and waste my time on that. Suami pun bukan budak2, if he chooses to curang again, so be it.. I can only remind him that he is still someone’s husband, and someone’s father. That’s all. Hehe. Sesiapa yang pernah dicurangi, be it man or woman, it’s ok to dwell on sadness, take your sweet time to get through it. But you also have to realise that there’s a lot more (chances and opportunities) out there waiting for you. Have the courage to forgive. InshaAllah you will see the brighter side of life.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *