Hi, nama aku Pening, sebab pening dengan banyak masalah yang ada dalam hidup aku…
Betul lah orang cakap, bercinta lama bagai nak rak sekalipun, selagi tak tidur sebantal, mandi sekali, tak tahu perangai sebenar. Hmm, gitulah…
Aku bercinta 5 tahun dengan suami. Masa bercinta, memang semua tip-top. Family dia okay, dia pun okay. End up, dah kahwin baru setahun, perangai sebenar keluar. Tapi suami aku ni masih dalam kategori green flag…
Awal-awal kahwin, ayah mertua dah suruh aku dengan suami buat loan beli rumah yang family suami duduk. Kisahnya, sebab rumah father-in-law tu nak dilelong. Jadi, kalau lelong, family-in-law tak ada tempat berteduh.
Mama, ayah, kakak, adik ipar—semua pujuk kami beli. Plan asal, kami beli, kemudian bulan-bulan ayah dan adik-beradik suami akan bayar. Tapi setakat 2-3 bulan saja. Lepas tu, terbiar sampai rumah tu bakal dilelong lagi.
Aku ni pula sejenis yang tak suka la nama rosak. Jadi, aku plan dengan suami, kita bayar sekian amount supaya rumah tu tak dilelong.
Masa tu, bank minta RM5K. Jadi, bayarlah RM5K, bulanan dapat murah sikit. Tapi lama-lama, kami pula yang ambil alih bayar setiap bulan. Patutnya, end up rumah tu jadi rumah kami la kan? Tapi tidak ye, hehehe…
Dah cantik bulanan dia, family-in-law cadang nak pindah duduk tempat lain sebab katanya rumah tu kecil, sempit, panas. Sewalah rumah besar, end lot ye, dua tingkat okay!
Masa tu, family baru berjinak-jinak buat bisnes, jadi rasa macam banyak duit la.
Dan masa tu aku baru tahu, rupanya family-in-law ni jenis suka meminjam duit—pinjam sana sini, wang berlesen, pinjam kawan, along… Nak pergi bercuti, pinjam duit. Nak raya, pinjam duit. Faham tak? Sampai satu masa, orang datang tagih hutang.
Tapi yang selesaikan hutang piutang family-in-law, sekali lagi kami laki bini yang bayarkan. Entahlah, suami aku sejenis yang tak boleh tengok mama ayah dia susah, muram, sedih. Jadi, keluarlah simpanan kami bayar. Ingatkan dah serik? Tapi tidak ye!
Oh, lupa… Berkaitan rumah ayah yang kami beli, kami sewakan. Awalnya bayaran cantik je. Tiba-tiba, satu hari aku dapat panggilan rumah tu nak kena lelong lagi! Rupanya, selama ni penyewa bagi duit cash, ayah mertua tak bayar ke bank!
Jadi, macam biasa, sebab tak nak kena lelong, kami bayarkan lagi amount yang bank minta, dan bulanan macam biasa balik. Tapi tetap, itu masih rumah mama dan ayah ye! Walaupun aku berkeras dengan suami, cakap rumah tu patutnya rumah kita, tapi suami tetaplah bela family dia!
Sebenarnya, adik-beradik suami pun dah tak larat nak marah. Sebab bila ayah berhutang sana sini, semua pakat share duit untuk bayarkan. Tapi yang paling banyak keluar duit, of course suami aku, sebab anak lelaki sulung.
Jadi, benda tu macam beban pula untuk keluarga kecil aku. Kadang makan bercatu, susu anak bercatu. Beras pernah 2 hari habis tapi tak ada duit nak beli!
Berbuih mulut aku pesan, kalau ayah buat perangai pinjam sana sini, tolonglah jangan bayarkan lagi. Sebab ayah ni fikir, “Oh, selagi ada masalah, anak-anak settlekan, so buat lagi.” Faham tak?
Sepatutnya awal-awal buat loan untuk family tu dah a big red flag, kan? Haha! Tapi tulah, termakan dengan kata-kata manis.
Kalau boleh undo masa, aku pilih tak nak kahwin! Hahahahahaha! Sebab suami bukannya jenis kasar/tak bagi nafkah ke apa, cuma dia lebihkan family dia je.
Tapi keperluan aku dan anak-anak tak pernah tak cukup. Cuma kadang dikurangkan/lambat je. Selain tu, suami tip-top! Mungkin iyalah, aku kena banyak berdoa supaya rezeki suami mengalir bak sungai!
Kalau nak diceritakan, memang banyak lagi masalah. Cukup setakat ni je aku share, sebab rasa macam terbeban sangat. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca.
– Pening (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Minta maaf, tp suami awk tu perlu diberi ‘ceramah’ oleh mne2 ustaz, yg kluarga dia sendiri; (isteri n ank2) perlu diutamakan.. walau pon ibu bapa itu pon perlu dibantu semampu dia, tapi bkn sampai di rumah pernah xada beras dsb.., nk tnya mse awk skluarga susah, ada ke kluarga dia yg lain tu dtg membantu.. itu yg org kata, “berbuat baik berpada2..”, maksudnya memadai la dgn yg ada, bkn kpd semua org, pd setiap msa, sampai diri sendiri dan kluarga plak yg jd ‘dhaif’, itu x kena.. sbg ketua kluarga n ank sulung, dia kna pandai merancang dan tegas, w/pon dgn kluarganya (ibu bapanya sendiri), kna bgitau diorang, klaw dah buat komitmen, atau membuat pinjaman, kna usahakn utk byr, klaw tidak jgn pinjam in the first place.., mcm rumah yg nk dilelong tu, dah dibyr, pandai plak diorang cari rumah sewa.. tunjukkn semua pembayaran yg telah dibuat dan minta parents dia tu tukar nma, or else, biar jela klaw nk kna ‘lelong’, tengok apa pandangan diorang.. awk skluarga pon kna cari aset jugak.. atau cari rumah utk dibeli n stop byr rumah yg sana.., klaw mereka sayang rumah tu mngkin mrk akn sambung byr, dan bkn harapkn suami awak shj.., mereka pon berniaga, dan lbh bnyak pengalaman hidup, sure diorang pandai dah nk handle mcmne.. wallahu a’lam bussawab