Kalau jadi sungguh! Taubat kali ini..insyaAllah’ – 3:15 PM

Kalau jadi sungguh! Taubat kali ini..insyaAllah'

Assalamualaikum..

Admin ini respon saya kepada (BUNTU) – HAMBA ALLAH
mudah-mudahan serba sedikit membawa kebaikan..

Apa yang saya nak pesan ni, bukan nasihat lebih kepada kesedaran diri' yang semua orang ada ujian nafsu dan ia bergantung kepada insan bagaimana dia mengurusnya.

Berbalik kepada post confession'BUNTU' Hamba Allah’ semoga kita semua mendapat kasih sayang daripada Allah. Sebab orang yang Allah sayang DIA akan bagi ‘nikmat ketaatan..apapun,dalam mujahadah’ kita bukan setakat kena TAHU ‘SALAH dan BETUL’ tetapi, kita perlu ada KEMAHUAN (mujahadah) untuk berubah hingga MAMPU istiqomah.

Syaratnya, kita kena bersungguh-sungguh (jihad) dan focus (khusyuk). Inilah yang hilang saat kita tunaikan solat..itu punca kita sentiasa mungkir janji dengan Allah.

Ingat, taubat bukan sekadar ucapan istighfar ! Tetapi kena ada TINDAKAN ‘JANGAN ULANGI’ dan UBAH SUASANA / KEBIASAAN yang mendorong perlakuan dosa.

Kadangkala kita pun kurang bersungguh-sungguh atas' apa yang kita doa..mintalah pada ALLAH tunjuki jalan Hidayah NYA..biarlah kita benar-benar "Lepaskan Diri kepada ALLAH untuk diperbaiki"

Namun, jika berlaku juga sebaliknya..ada baiknya, teruskan solat dan ambil masa renung kembali perjalanan hidup kita yang hampir dengan kematian..

Kalau jadi sungguh! Taubat kali ini..insyaAllah' jutaan hikmah tersimpan dalam lipatan rahsia besar disisi Allah swt..

Wallahuaklam..

– NUUYRUL

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *