Kalaula abang long dapat baca….

Saya anak perempuan ke-2 bongsu dan belum berkahwib…saya ada seorang adik perempuan (tp da kawin)…adik beradik saya 8 orang dan yg sulung lelaki…. ayah saya da lama meninggal sewaktu sy masih kecil lg…jd saya xde kenangan sangat dgn arwah ayah….tp menurut cerita mak saya..ayah saya baik orgnya. Mak saya pun sudah meninggal dunia pada tahun 2015 yg lalu…. Beberapa hari yg lalu…abang long saya tiba2 menzahirkan perasaan tidak puas hatinya terhadap keadaan keluarga kami yg semakin renggang sejak ibu saya meninggal dunia…menurutnya masing2 buat hal sendiri dan menyalahkan kami adik beradik…katanya adik beradik isterinya yg saling berhubungan dan sgt rapat antara satu sama lain tdk serupa keluarga kami…ugutnya jgn sampai dia tidak mempedulikan keluarga kami lg…tambahnya hidupnya sudah cukup bahagia hanya dengan keluarganya dan keluarga sebelah isterinya, tanpa keluarga kami dia tak terasa kerugian apa2 pun .
Abang long….. kalaula saya ni tidak ada perasaan hormat pada abang long sudah tentu saya akan membalas balik kata-katanya itu…abg long…dah lama saya sedar kepincangan keluarga kita…. seingat saya… sejak dia berkahwin dgn kakak ipar tak pernah sekalipun dia sekeluarga menyambut hari raya pertama bersama arwah ibu saya……padahal jarak perjalanan hanya 20km sahaja . Kalaupun hari raya tidak mampu datang… sekurang2nya datangla sehari sebelum untuk meneman ibu membeli persiapan membuat juadah raya. Masih saya ingat waktu itu sy, adik dan abang yg ke-3 masih belajar… kakak2 yg sudah berkahwin pula terpaksa berhari raya dirumah mertua masing2.. Kami bersusah payah meneman ibu menaiki bas ke pekan.. dan senget bahu kami membimbit barang persiapan raya..padahal abang long berkereta besar. Sepatutnya anak lelaki lebih2 lagi anak yang sulong…. ibulah patut jd keutamaan… abang long ingat hanya sekadar menelifon ibu sudah cukupkah? Anak2 abg long juga tak betah untuk berlama-lama dirumah ibu …yelah rumah mertua abg long lebih besar dan mewah mana nak sama dengan rumah kecil peninggalan arwah ayah. Tak pernah sekalipun abg long mengambil inisiatif utk membawa anak2 dan keluarga abg long tidur di rumah ibu..alasan sempit dan anak yg bongsu tdk tahan panas. . . saya tahu ibu kecil hati…tp dia pendam sahaja sbb xmahu abg long jd anak derhaka..
Jika abg long sekeluarga bercuti…pernahkah abg berbasa basi mengajak ibu turut serta?? X pernah bukan? Ibu mertua kesayangan abg long lah yg selalu abg bawa kemana2….Sampaila ibu mertua abg long meninggal… barulah ibu kandung sendiri boleh turut serta…. masih igt…berulang kali ibu menyebut betapa seronok dia ke cameron highland bersama abg long… padahal sudah berkali2 dia ke sana bersama saya dan kakak… sewaktu ibu sakit…berulang kali dia menanyakan abg long, tdk singgahkah abg long hari ini? ada x panggilan dari abg long hari ni? perit rasanya memberi alasan bg pihak abg long…. tp air mata gugur jua bila akhirnya ibu kata…. jgn saya salahkan abg long… salah didikan ibu sebenarnya menyebabkan abg long begitu…
Abg long, untuk adik beradik kita erat semula..jgn abg long hanya salahkan kami…abg sebagai anak sulung haruslah jd contoh kpd kami… mak dan ayah sudah tiada…tentunya abg long lah rujukan kami adik beradik..teganya abg long membandingkan kami dgn ipar abg long…sanggupnya abg long mengugut untuk melupakan keluarga yg bersusah payah bersama abg long dulu… sama-samalah kita adik beradik muhasabah diri…jgnlah kita asyik menuding jari menyalahkan satu sama lain…. Salam aidilfitri abg long…maaf zahir & batin

– miss XOXO

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

24 Comments

  1. Confessorr.. dgn meluah kt sini x selesai masalah… g terus terang ngan abg long.. biarlah nk brmasam muka sekalipun, at least abg long awak tahu duduk tmpt dia… and if awak dh brckp dgn dia and dia still mcm tu, mmg redha aje la dn truskn hidup dgn adik beradik yg lain…

    • yg sulung susah ditegur.. tambah confessor kedua bongsu mungkin jarak usia adalah jauh membuatkan si confessor tidak berani bersuara tambah lagi jikalau confessor adalah perempuan.. biasa yg sulung nie selalu acah betol, bila ditegur melenting.. semoga confessor dapat cari jalan penyelesaian. mungkin blh cerita segala dlm wsp personal atau grup wsp family

  2. Ada sebab dia tk ckp maybe . Kita tk duduk kt tmpt confessorr . . . Abg long dia mybe jnis yg pns baran. Rasa nya confessor takot dgn along dia. Takot bila ckp nnti dilempang tk pon di cop kuang ajo

  3. saya ada pengalaman lebih kurang mcm ni..saya faham…nak cakap direct..takut bertambah keruh…. kata2 ni sekali lepas takkan dpt ditarik lg….

  4. Kadang2 yang pahit tu pun. Kena ckp jugak. Kalau xmampu nk ckp. Bg je coretan ni kat abg long. Msg dia. Tambah ayat mntk maaf awal2. Ckp adik pun rindu suasana tu semua. Biar dia sedar. Kadang2 lelaki ni. Kita hint depa xfaham. Kena bagi je sedokek ataih dahi dia.

  5. aku tahu ini semua x adil.. aku tahu ini sudah terjadi.. mahu bilang apa aku pon x sggup.. air mata pun x lgi menitik.. alasan kau sering kli ku dgr.. alasan nya sering kli kau ucap.. kau dgn nye seakan ku xtahu.. sandiwara apa yg kau telah lakukan.. jujur lah abg aku x mngapa biar semua jelas x berbeda jika nnti aku yg hrus pergi.. ku terima walau sakit hati..

  6. hai semua, tuari saya ada baca post pasal beza confessor dan confessant… sila gunakan terma dgn betul yer hihi (thanks pd confessant post tersebut sbb kongsi ilmu dia)

  7. Kdg2 kite ni kene jd mulut puaka sikit. Ckp jujur tu sakit tp time tu la baru die ingat sikit yg die tu abg sulung. Tanggungjwb die utk menyatukn adik beradik. Kalau die rasa tu tangungjwb die, die akn ambik positif dgn ape yg kite luahkan. Tp kalau die terus ego sampai sudah la die akn masam muka. Tp sampainye hati ckp tanpa keluarga dia tak rase kerugian apa2. Bertabah la sis.

  8. Abg long sya ditakdirkn begitu juga. Tp mak sgt syg pd dia. Seblum ningal mak pesan supaya jaga abg elok2 mcm sya jga dia, jgn sekali2 layan abg buruk. Ditakdirkn lps mak ninggal, abg jatuh sakit, n lbih malang isterinya bkn prm baik. Mrk tiada anak, tp ank tiri yg ditatang mcm myak pnuh sjk kcil juga tdk peduli pd dia mcm isterinya juga. Sya yg sdg cuti pjg msa tu mhabiskn msa mjaga abg, wp isterinya maki hamun n mhalau sya drp mjaga abg. Akhirnya tbongkar juga abg sya disihir isteri supaya tduk pdnya n melupakn ibu n adik beradiknya hya sb duit rgit. Sya tunaikn amanat ibu mjaga abg hga abg sya ninggal dlm pelukan sya. Kpd confessor, seburuk2 daging dibasuh2 dimakan jga. Jgn hdupkn sifat ego n keakuan dlm diri kita. Tdk kira ibubapa msih hdup @ sdh tiada, pliharalah hub kshsyg dg saudara kita hga akhir hayat. Maafkn mna yg tsilap, tgur mna yg tdk kna. Jika bdendam dlm diam, awak akn hlg nilai kshsyg dlm diri spai bila2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *