Assalammualaikum wbt .
Aku langsung bukan orang alim .
Tujuan aku menulis diruangan ini untuk aku meluahkan rasa yang sudah lama aku pendam.
ya . diakhir zaman yang penuh cabaran ini, aku memilih untuk memakai sehelai kain itu; purdah / niqab. Aku dari keluarga yang biasa² saja. rupa ?? biasa je. ada la jugak comelnya tu :p
Aku menuntut disebuah universiti terkemuka di malaysia ini . Di usia remaja ini aku juga sama seperti kalian . Ingin berseronok ingin bergembira ingin enjoy sana sini . tapi alhamdulillah aku tahu batas² aku sebagai seorang muslimah. Cuma aku sangat sangat kecewa apabila orang pandang aku seolah sempurna .
Ya. Mungkin aku menjaga diri aku , aku menjaga auratku daripada dilihat orang . Tapi dengan berpakaian sebegini, tidak pantas kamu menghukum aku. Kadang hanya kerana kesilapan kecil aku lakukan, terus aku diperli hanya kerana pakaianku sebegini .
Allah…
Terkadang aku terbabas juga ..
usahlah kamu menganggap aku sempurna ,
Bebas dari cacat cela.
Aku masih berusaha .
Aku masih bertatih…
Kami sama seperti kalian .. kami bukan malaikat. Apakah wajar dengan sehelai kain nipis yang menutup muka kami itu kami dianggap tidak akan membuat kesilapan langsung hatta sebesar zarah ??
apakah kamu tahu,
Sukarnya memilih jalan ini.
Sukarnya ingin istiqomah jika kamu terus menerus menilai kami.
Aku punya ramai sahabat yang memiliki akhlak yang baik, solehah, rajin, bijak dan baik hati. Ada juga yang tidak berminat dengan media sosial. Guna bila perlu je . dan mereka juga memilih untuk memakai sehelai kain itu.
Mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik tetapi terkadang tersasar juga. Andai akhlak kami yang salah, maka tegur lah akhlak kami, bukan pakaian kami :'(
Jangan menghina pakaian kami andai akhlak kami teruk.
Dan semoga dengan pilihan ini diakhir zaman ini,
Aku mendapat pahala setiap kali memakainya.
Kerana kita tidak tahu,
Dengan amalan apa yang membuatkan kita keSyurgaNya.
Apa kamu tahu,
Ada yang bangun malam bertahajud untuk mencari kekuatan diri,
Ada yang menangis merayu kepada Allah supaya tabah dan kuat untuk meneruskan jalan ini,
Ada yang punya kisah silam yang teruk cuba untuk membaiki dirinya tetapi kecundang,
Kerana kata2 manusia .
Sukarnya saat manusia sering menilai diri kami :'(
Aku gembira melihat mereka bergembira dan berhias mengikut syariat. Doakanlah yang baik-baik untuk semua orang.
Dalam keadaan dunia mencabar hari ini, aku hormat pada sesiapa berjaya menjaga perintah Allah. ..
Semua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun..kita doakan yang baik-baik buat semua..
Janganlah memurkai kesalahan dan kebaikan orang lain seolah-olah kita tak pernah buat salah. Kita tidak tahu keikhlasan hati seseorang . Sebelum menilai hati orang, nilailah hati kita dahulu.
Kita semua belum tahu nasib kita nanti.
1/10 kejahatan dari kebaikan .
Lihatlah yang 9 kebaikan itu .
Jangan hanya sekali kejahatan , semua kebaikan dia hilang macam tu je .
jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Jangan mudah menghukum :’)
-GadisLesungPipit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit