Salam everyone
People say that being gay and muslim at the same time are a paradox. Macam mana kamu boleh pilih untuk hidup macam ummat nabi lut dan masih nak mengaku islam kan? Tapi hakikatnya, aku dan orang orang macam aku ni wujud. Kami wujud.
Aku dah bergelut dgn naluri hina aku ni dah bertahun lama dan tahun lepas, aku tewas. Aku terlanjur. Dosa yg amat besar aku tahu. Bukan sekali pula tu. Aku menyesal tak sudah. Jadi taubat je lah kan? Senang bunyinya kan?
Tapi realitinya? Entah. Hati aku rasa keras. Ramadhan tahun ni aku dah amik peluang utk berubah. Tp entahlah aku tak rasa aku cukup kuat untuk melawan nafsu aku. Macam mana kalau aku jatuh lagi? Dengan keadaan jiwa aku yg jauh dgn tuhan sekarang. Solat pun tak cukup. Bila solat pun, aku rasa tak selesa, rasa kosong. Apa yg tak kena dgn aku?
Kepada semua yg bernafsu songsang. Aku nak nasihat satu je – jgn berani berani nak cuba. Selagi kau belum mula, jaga lah kehormatan kau. Benda ni addictive. Dulu aku yakin je yg aku takkan terjebak. Tp tgk lah aku sekarang. Kalau kau ada kawan kawan yg aktif dgn benda ni, nasihat aku, tinggalkan je la diorang. Macam tu lah aku terjebak dgn benda ni, terikut ikut kawan.
Aku tgh berusaha nak kembali ke jln lurus. Tp aku masih tak nampak solusi.. kalau utk org straight yg berzina, mereka boleh kawen tp utk org mcm kami ni mcm mana? Aku takut kalau aku kawen, aku akan menganiaya bakal isteri. Rmai sgt aku kenal lelaki gay yg dah kawen yg still berfoya dgn lelaki lain. Dan lagipun, kalau kau perempuan, sudi ke kau terima orang mcam aku?
Hidup aku sekarang rasa kucar kacir. Semua benda yg aku buat rasa tak kena. Aku malu dgn tuhan.Hinanya rasa diri ni.
Kepada semua yg membaca, tolong doakan aku kuat utk berubah. Dan kalau kau seorang gay atau kenal gay yg berjaya berubah, berkahwin apa semua. Mungkin boleh kongsi cerita mcm mana korang berubah.
Please, i need hope.
– Magikarp
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
moga Allah mudahkn perjalanan anda utk berubah menjadi manusia yg mulia di sisi Allah..
Mmg berat yg menanggung… Rasulluah sendiri pernah berkata jihad yg utama adalah memerangi nafsu sendiri… Pergilah mendalami agama… kenal al-quran & isinya… sirah para nabi… kenal Allah & nabi2…dan seterusnya… Semua manusia pasti diduga, cuma berlainan perjalanan hidup… Insyallah bila kita betul2 kenal Allah dan perngorbanan para nabi demi kita umatnya… kita akan rasa tersangatlahhh kecilnya dimata Allah… Lebih2 lagi bila memikirkan apa nak jwb nanti bila dihari kita semua dihisab… Perasaan syg dan takot pada Allah yg begitu dalam dengan sendirinya akan membantu kita atasi nafsu kita. Maknanya disini… demi mengingatkan diri sy juga bahawa… tiap dugaan itu adalah sebahagian teguran pd diri kita bahawa kita dihidupkan sebagai hambanya tidak lain adalah untuk menyembah Allah semata…Keluar dari kepompong dunia ‘gay’ dgn cari tau kesusahan dlm dugaan yg dihadapi oleh saudara2 kita di palestin, gaza, syria dan sebagainya… betapa susah hidup mereka utk rasa bahagia… hidup cukup makan pakai…kita jauh lebih baik bukan…. Tgk jugalah di youtube betapa mereka yg bukan lahir dlm islam… amat bersyukur dan kebanykanannye masuk islam sebabkan Al-Quran itu sendiri… maknanya bnyk dlm Al-Quran yg kita sendiri tak dalami hanya disebabkan kita dilahirkan islam… Wahai saudara…harapan dan doa sy yg bukan siapa2 yg bukan ulamak atau org yg alim ini…moga saudara bnyk kan muhasabah diri dgn mencari dan melihat akan kesusahan org lain dan keajiaban yg allah ciptakan pada insan2 yg dipilih utk mengenalnya dgn menyentuh hati mereka…. Mari kita sama2 tanya pada diri kita … adakah kita benar2 islam iaitu dgn betul2 mengikuti ajarannya… Berbalik pd agama sedalam-dalamnya.. moga cahaya kasih syg Allah dpt membantu saudara..
Keluar dari kitaran negatif itu dan pergilah pd kumpulan yg lbh baik..insyaAllah pengaruh yg xsihat tu blh diubah..bykkan aktiviti yg blh menyibukkan adik dan elakkan bersunyi sunyian..
Keluar dri kawan yg aktiv tu . Please dekat kn dgn kawan yg beragama . . Yg rajin bt amal soleh . Blok number . Mulakan hidup baru n jgn gtaw sesiapa kesah silam ko . Sentiasa zikir . Tu je yg bole ak tlg . Istikomah tu sakit . Biasa lah nafsu bila sensorang . Sentiasa ingt mati .
Join tabligh…skrg ramai yang berubah lepas follow mereka. Maklumlah sampai 40 hari keluar training & dalam kajian kalau 21 hari kita ulang sesuatu rutin insyaAllah ia akan jadi karakter kita…
Join tabligh..keluar mengembara dan beribadah 40 hari…atau dekati org2 baik..tidur rumah mereka..ikut mereka selama sebulan lebih…bagi diri tak sempat nak fikir benda2 tak elok…inshaAllah pelan2 boleh lupakan..
Silap haribulan org tabligh tu kena liwat
^???
Husnuzon.. mungkin dia ikut tabligh,dia berubah ke jalan Allah. Kita doakan je ye ..
Ye betul, keluar dari environmnt biasa. Pergi join tabligh. Percaya Allah tu sentiasa beri keampunan utk setiap hambanya. Moga confessor diberi kekuatan utk istiqamah utk berubah. Doalah pada Allah. Dia tau yg trbaik. In sha Allah
Betul tu, aq pernah join tabligh, cuma keluar tiga hari je. Tapi, aq mmg salute tabligh kalau dari segi persekitaran dia, mmg bila tgk diorang, masa diorang byk dihabiskan dgn majlis ilmu dan beribadah. Bila aq tgk diorang mcm tu, timbul rasa malu. Bukan tu saja, dgn aku2 sekali terikut-ikut amalan diorang buat
Btl. DMFK kata klu kita istiqamah buat bnda baik @ tinggalkn bnda buruk slma 40hr brturut2, dia akan jd habit. In sha Allah akn trus jd baik. So joinlah tabligh slama 40hr. Mudah2an tuan akn dpt kmbali ke jalanNya.
Sahabat… Kalo sudi nk share PM sy… Nnti kita duduk bincang…. In syaa Allah… Kalo ade btol niat nk berubah semua dipermudahkanNya
nasihat aku satu ja.. dah gay dah jadi bottom jangan dok jadi baik sangat p derma darah.. ang dah buat dosa ang ada hati nak bagi pahala derma darah.. x pasal orang lain dapat sakit darah ada virus dari seks yang tidak normal.. yang lain ang ngan tuhan ja la..
Tu dlu..skang dh bnyk kes pnyakit bjngkit melalui derma darah so darah2 yg di derma akan di kaji kebersihannya di pusat tabung darah negara..mana yg x bersih atau bpenyakit dorg akn buang darah tu..n akan tel pihak pnya darah tu bgi tahu darah dorg x bersih atau ada sel2 yg z sepatutnya..dh jadi kat 2 org kwn…sorg hepetatis b n sorg g hiv..pihak tabung negara tel dorg atau peg2 tmpt dorg bkerja
Prevention is better than cure. Lebih baik jangan derma darah. Test-test ni utk beberapa jenis penyakit je. Banyak lagi penyakit yg manusia tak kenal lagi.
Betul le apa Adam Rao Sumatera ckp tu. Kdg2 darah tercemar ni trlps juga walau dh tapis. Human error x mustahil. So elakkan derma darah.
Kau ingat Allah banyak2, bila aku kata kau kena ingat Allah, maknanya kau memang kena ingat Dia yg je kekal selama2nya dan dunia ni sementara je. Sebab tu Allah bagi kau ujian nafsu macam ni utk uji kau dan manusia lain. Dan kau kena ingat nafsu songsang kau pon sementara je di dunia ni, tapi dosa dia besar dan akibatnya akan berkekalan kat akhirat kalau kau tak bertaubat.
Maka kau kena bertaubat dan lawan nafsu sehabis mungkin. Tingkatkan iman dgn ibadat, baiki hubungan kau dgn manusia lain..jadi yg terbaik di mata Allah. Seek knowledge kerana Allah. Kau kena niatkan setiap perbuatan kau hanya kerana Allah. Jadi segala perbuatan maksiat akan terhalang.
Kau kena ingat dunia dan masa yg diberi Allah hanyalah ilusi. Nafsu dan ujian dan nikmat di dunia ni hanyalah ilusi dan bersifat sementara. Kalau kau baca Quran, Allah lagi banyak mention tentang akhirat dari kehidupan di dunia… itu bermakna akhirat adalah perkara yg paling penting utk difikirkan manusia. Kalau dalam minda kau fikir tentang dunia akhirat, memang takde mase lagi kita nak cari nikmat di dunia ni.
Lagilah hina kita nak fikir pasal nafsu songsang tu.. kita akan sibukkan diri kita utk buat kebaikan dan cari keadilan je kat dunia ni. Ada lagi masa selagi belum kiamat. Kau fikirlah panjang2. Good luck. Smoga Allah tunjuk jalan.
Semoga Allah memberi mu hidayah dan kuatkan hati mu
Jauhkn diri dari bkwn dgn org sama
keluar dari persekitaran awak. perlahan3. dan istiqamah
Bila Izrail~
Datang memanggil~
Jasad terbujur~
Di pembaringan~
Malaikat maut sentiasa datang jenguk kita, berapa kali 44 kali ek sehari?
Bila kita mati? Rahsia
Semoga bro cepat bertaubat. Sis doakan.
70kali sehari malaikat jenguk..
Ooo 70….44 tang mana ntah. Huhuhu
Sorry bro.tp sy difahamkan hadis ni hadis palsu.boleh google utk baca lebih detail ?
Ooo hadis palsu ek. Xpe abaikan.
Bagus la kamu ni. Kipidap.
Semoga Allah membantu Saudara ! Allah tak akan ubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubah sendiri,berhajatlah pada tarbiyyah,islam perlukan remaja sehebat dirimu wahai pemuda,kembalilah kepada Ajaran Islam yang sebenar,ambillah islam secara menyeluruh bukan sikit2,
Keep istiqamah and remain steadfast !
Allah with you,iman kena kuat dan sado bro !
InsyaAllah dipermudahkan urusan utk jd insan lebih baik
Awk smpt berubah.selagi xsakit berubah la.abaikan sapa yg hina awk 2.sy ad kwn.dia gay.tp syg dia berubah ble da kne hiv.tp xberubah sepenuhnye.apa pn xblh nk bt.kami cuma blh anggap dia xad sakit 2 je.layan mcm biasa je.tanpa rasa geli.sbb syg kn.
Moga Allah jaga hati kau beb.
Jaga solat
Aku nampak orang ajak kau join tabligh. Tabligh bukan solusinya, mungkin orang akan kecam aku sebab cakap macamni, tapi sebelum kau join sesebuah kumpulan tu, baik kau tahu tentang latar belakangnya.
Cuba dengar audio ni, https://www.salafisounds.com/do-not-cease-to-be-repentant-to-allah-by-abu-khadeejah/ .. Mungkin kau akan faham tentang taubat. Cuba tepis nafsu perlahan lahan. Sabar, tu penting. Kawan-kawan, tu lagi penting. Kau belajar dekat UIA? Kalau UIA, aku ada kawan yang kau boleh kenal. In sha Allāh.
Pintu hidayah tu LUAS, senang je ko cakap jalan itu, atau jalan ini BUKAN solusi…
Syafiq Sharif sebab memang terbukti. Awak pernah masuk tabligh?
Kita ni manusia hidup kan? Satu2nya syarat utk mati. Ko ingat la dik..dlm kubur nanti gelap pekat hitam. Langsung xde ruang antara tanah dgn kulit. Ko mampu ke hadapi? So, kuatkn semangat, lawan nafsu iblis tu. Lawan sekuat hati, selagi ko x berjaya, maknanya usaha ko belum cukup kuat.
Kembali kepada Dia. Walaupun hati kamu memberontak.. selagimana pintu taubat masih dibuke,kamu taubatlah walaupun kamu rasa taubatmu tak diterima.. nak ke arah baik bukan senang sebab tu Allah uji. Allah uji sebab sayang.. bila dah terdetik kat hati nak berubah,teruskan dan paksa diri kamu. Kadang kadang nak buat benda baik ni kena paksa sebab hasilnya tak diduga. Allah Maha Pengampun. Salah satu nak kawal nafsu ialah puasa. Amalkan puasa sunat.. solat tak tenang jugak?mungkin dalam solat ada yang tak kena. Belajarlah dengan ustaz.. berkawan dgn org soleh/solehah..join tabligh.. kamu sepatutnya bersyukur sebab rasa menyesal masa kamu hidup. Ramai lagi yg tak sempat taubat dah takde kat dunia
cuba buka blog hivadadalamdarahku. kat situ ada banyak perkongsian pasal gay ni. cmne seoarang gay tu berusaha untuk berubah. gay yang berkahwin..dan macam2 la..test la buka
Allah akan uji di titik kelemahan kita berulang-ulang lagi. Sesungguhnya ni ujian untuk kau. So, apa yang kau kena buat, come out dengan plan yang boleh buat kau avoid perkara yang tak senonoh. Surrounds yourself dengan orang orang alim, or orang orang yang mengingatkan kau kepada Allah. If you need to leave your friends sebab diorang yang mendorong, then you have to, for your own sake.
Try tanam diri dlm lubang 6 kaki dalam mengiring hadap kiblat baring situ 12 jam ke tanpa peneman insyaAllah boleh berhenti tabiat tu
Selamat mencuba
Ubatnya..puasa. Puasa lah..tahan nafsu.
carikla solusi ….. solat 5 waktu tu mesti cukupkan…kalo solat pun x cukup lg…x yah citer pasal nak berubahla….
Nak elakkn benda maksiat, nasihat dia sama je dengan org biasa. Elakkn berseorgn atau keluar berdua duaan. Jauhkn dri org yg bwk influence tu. Kalau tak boleh ubah naluri, jauhkn dri lakukn bnde maksiat. Banyakkn solat taubat. Busykn diri dgn something. Cari hoby. May Allah ease your way brother.
…, semoga berjaya bro…
Perbaiki solat,solat mencengah dari perkara yang mungkar..cari sahabat yang dekat dengan agama,macam komen² kat atas ni join tabligh..inshaaAllah moga dipermudah,istiqamah dalam jalan Allah..pintu taubat sentiasa terbuka.
aku respect mamat ni. kau beruntung sbb Allah bg rasa bersalah dlm diri tu. syukur sbb Allah masih sayang…mcm diorg ckp, trylah ikut mna2 jemah tabligh ke bayan ke, x pun join masthurath. insya Allah..yg ni kita ikhtihar.
Although gay, u r better than rapist and peadophilia yang merosakkn hidop pempuan dan kanak2..
Peado go to hell!!
Saya tidak menggalakkan pun tidak pulak layak mendakwahkan golongan ni. Tapi saya lebih selesa kawan dgn gay dari straight guys. Mereka jujur beri pendapat, teliti dan sgt ambil berat.ramai yg saya kenal tak tgl solat dan jaga keluarga.kdg2 usia dan masa buat dwg semula jadi fikir utk berubah. Bila dwg ckp nak stop itu ini…saya senyum dan bg sokongan. Lebihkan masa dgn keluarga dan kwn2 yg menyokong ke arah kebaikan. Kdg2 tk sedar manusia biasa pun tuhan boleh wakilkan utk sedarkan dan bimbing kita
Apa pun salah yang dibuat, solat jgn tinggal. Bila awak masih lagi ada rsa bersalah dan kucar kacir, itu makna Allah masih lg sygkn awak dan timbulkn kesedaran untuk awak berubah. Slow2 bljar jaga solat, slow2 bljar bgun smyg malam, msa tu ngadu la kt Allah apa msalah awak, Dia pasti akan tlg inshaAllah kalau awak ikhlas nk berubah. Psl jodoh awak tu..Allah dah tentukn. Allah Maha Mengetahui. Yang penting kita berusaha betuikan apa yang salah.
Join tabligh untuk menyampai agama. Kalau ilmu x mantap boleh jadi fitnah. Tabligh maksud menyampai bukan belajar. Baik kau cari mana2 pondok stay 3 bulan. Aku cadangkan kau cari ilmu tasawuf dan fiqh. Kalau nak tau lokasi yang sesuai pm je. Insyaa Allah
Kalau dah taubat tp terjatuh lg, tape bangun balik.. Allah tu MAHA PENGAMPUN.. kita cari Dia, Dia akan bantu kita..
Jgnkn gay bkn gay pn susah berubah..msih rmi da kawen “mkn luar” sm je cerita nya..lari dri Yang Esa..nikmati dunia sepuasnya..kdg kepuasan tu sgt sementara..esok lusa xpuas lg..buat lgi dosa sm ulang n ulang lg.. Satu je sy nk bgtaw. Jgn pnh putus asa berubah..not u but me too.. Selalu jatuh utk bgun..sbb tu perlu surrounding n berdamping mukmin..mukmin ye bkn muslim pd nm..org beriman.. Klu perlu tkr kerja tkarla .klu perlu pindah..pindahla..rini xsubuh?? Jpg zuhur ye..rini tipu org..japg jgn buat lg ye..rini buang smph merata? Jpg bc quran ye mintak ampun..jgn pts asa.. Setan xkn pnh berhenti bwk diri kita ke neraka.. Knapa kita perlu berhenti bawa diri sendiri ke syurga?? Solat…pahami ayat by ayat slow2..boleh menangis sujud klu tahu terjemah..Pujian bgi Die Yg Tertinggi dan Terpuji sdg kite kepala menyembam ke tnh..sume org boleh solat tpi blum tentu sume solat diterima..byk ruang perbaiki diri..hentikan alasan kuatkan usaha.. Bgunla umat Muhammad!
Setuju… Amiennn…
Jangan bgtau kat bakal isteri yang kau penah terlanjur or kau gay. There is no need to bgtau what you did in your past. Focus on your future. InsyaAllah brother. I’ll doa for you.
Kau perlu yakin untuk bertukar jadi Graydos yang sejati.
semoga Allah berikan yang terbaik utk anda :)
Awak bagus sebab sedar dan cuba berubah. Moga Allah bantu.
Takde dosa yg tak diampunkan Allah Swt selain syirik. Allah swt tu maha pengampun. Apa nak takut mintak maaf dgn Tuhan? Apa nak takut berusaha utk jadi insan fitrah?
pernah terbaca seorg gay cuba KD scents. Try tgk FB ust Shahida Said
Bertaubatlah..tiada dosa yg Allah tak ampun kecuali dosa syirik.. pas tu involved dalam aktiviti kebajikan.. sibukkan diri.. pas tu terus kawin..
Papehal evolve dulu jadi gyarados :)
Aku kenal dgn org mcm kau ni. Kenal dgn rapat. Dah kahwin. Beranak pinak. Tak pernah abaikan keperluan zahir anak bini. Semua perfect. Duit sentiasa cukup. Tapi satu je.. dia minat kaum sejenis. Tak gay. Tapi bernafsu dgn shemale. Still tak boleh kawen.. dia simpan bini dia utk nampak perfect kat mata org lain..utk longterm sbb dia tahu hubungan songsang tu tk kemana. Kesian bini diaaa..
Susah kan nak berubah. Sbb nafsu.
Tp satu jela aku nk ckp.. jgn aniaya bakal bini. Selagi kau rasa kau tak berubah.. jgn kawen sbb nak “berubah”..