Kami Wujud II (sekuel utk post sebelum ni) – 4:39 PM

Kami Wujud II (sekuel utk post sebelum ni)

Ni mesti ramai yg tak perasan point aku yg kami wujud ni kan? Ya, kami memang wujud. Ok aku nak cerita. Aku ada 2 orang kawan perempuan. Dua2nya comel. Kalau bab2 memasak tu memang champion la. Sedap2 belaka. Bukan tu je, dorang rajin kemas rumah, jaga solat, pandai mengaji, pandai jaga budak, hormat orang tua dan pendek kata bagus lah. Tapi dorang seumur hidup tak pernah bercinta sebab tak ada lelaki pun yg nak inikan lagi masuk meminang. Nak tau kenapa? Sebab dorang gemuk. Ada lagi 2 orang kawan aku yg terima nasib yg sama. Dorang kurus, educated, tapi satu je lah. Kulit gelap. Mungkin ramai yg kata cantik itu subjektif. Tapi sedar atau tak ramai yg nilai cantik tu mesti putih dan kurus. Kan?

Utk pengetahuan korang, dorang semua ni sangat eksklusif dan tak pernah disentuh oleh mana2 lelaki. Kalau one day nak kahwin pun, dorang tak kan mintak hantaran sampai 20k. Macam tu jugak aku. Aku akan mintak 5k je. Tu pun aku akan beli emas bukan pakai utk shopping. Emas tu pun aku akan simpan utk kegunaan waktu emergency. Tapi kalau si lelaki tak mampu, aku akan mintak takat mana yg dia mampu. Mak ayah aku pun tak pernah bagi syarat letak hantaran tinggi2 semata2 sebab aku degree. Ayah kata yg paling penting lelaki tu kena jaga solat. Tak perlu majlis resepsi yg meriah.

Ada sorang lagi kawan aku ilmu agama dia sangat tinggi. Pakai tudung bidang 60, pandai mengaji, elok budi bahasa. Dalam banyak2, dia yg paling penyabar. Ayah dia pun cuma mintak 5k je. Tapi satu lah, dia tak pandai bergaya macam hijabster tu semua. Bukan dia je, golongan hafizah pun tak kan letak hantaran tinggi2 sebab dorang tau kehidupan selepas kahwin tu lagi penting.

Mana yg mengekek kata mak bapak jual anak tu teruskanlah mengekek. Tanya dulu selera kau, kau nak yg mana sebenarnya? Kalau kau sendiri pilih perempuan cantik ikut citarasa kau, lepas tu bila dengar hantaran 20k kau mengekek. Sangat releven la kalau 20k pun sebab dia jaga penampilan dia utk kau nanti, jaga pakai minum kau semuanya, lebihkan kau dari segala2nya termasuk family dia. Usaha bro usaha. Kalau 20k kau tak mampu, kau boleh bincang dgn bakal mertua kau. Kalau mertua kau sayang kau, tak kan nya tergamak dia nak biarkan kau susah. Sebenarnya ramai je perempuan yg tak letak hantaran tinggi2. Tapi kau nak ke?

– Anna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *