Kami Wujud (reply to isu hantaran mahal) – 1:20 AM

Kami Wujud (reply to isu hantaran mahal)

Terbaca confession sebelum ni pasal nenek dia pandai jaga atuk dia. Then dia kata hantaran perempuan sekarang mahal.

Ok mari sini nak bagi tau. Memang betul hantaran sekarang mahal mencecah 20k. Tapi tengok jugak jenis perempuan macam mana yg kau berkenan tu. Dah kalau muka dia putih flawless, kurus, gigi rata, ada lulusan diploma / ijazah / master memang la hantaran sampai 20k. What do you expect? Kau ingat kau sorang je ke yg datang melamar dia tu? May the best man win bro. Dah kau minat perempuan yg cantik2 dan educated mesti la kau kena work hard sikit. Apa kau fikir mak bapak dia hantar belajar universiti tu free2 je ke? Bayar pakai air liur? Apa kau ingat perempuan cantik ni tak perlu maintenance? Tanya pada diri. Kalau kau suka perempuan cantik, kau kena usaha la. Pasal bab urus rumah tangga memang tak dapat dinafikan kebanyakan (tak semua) perempuan yg cantik ni pemalas. Tapi kau sebagai suami kena la bimbing dia. Isteri akan patuh kalau suami bagi contoh yg baik. Kau sendiri yg pilih pasangan kau, jadi kau sendiri la yg kena corakkan pasangan kau. Tapi bila kau dah bagi hantaran 20k, kau dah didik isteri kau, tapi tetap isteri kau tak nak berubah perangai ha time tu baru betul kalau kau nak marah.

Sebenarnya wujud je golongan yg educated pandai uruskan rumahtangga tapi tak letak hantaran tinggi2 sampai 20k. Wujud je weh cumanya kitorang ni tak cantik di mata lelaki. Tak pandai tempek bedak 5 inchi, pakai lawa2, kulip gelap, gigi tak rata, muka tak licin, gemuk, berlemak, etc. First thing yg lelaki akan tengok ialah rupa. Second baru akhlak, agama etc. Benda ni aku dah discuss sebulat suara dgn kawan2 lelaki aku. Semua cakap dorang tengok rupa berbanding benda lain. Walaupun rupa dorang sendiri tak handsome mana, boroi, pendek, hitam dan sebagainya. Memang la tak semua lelaki pandang rupa tapi "tak semua" tu adalah golongan minoriti. Lelaki yg tak pandang rupa mmg aku respect. Syabas bro

– Anna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *