kanser
Asalamualaikum.
Admin.. Tolong approve..
Saya maklum page Ni ada banyak readers.. Disini, Saya dengan rendah hati memohon agar semua pembaca iium confession untuk mendoakan kesihatan ibu Saya. Dia menghidap kanser.
Saya tak tahu kanser tahap berapa, atau seteruk macam mana. Ibu Saya tak pernah cakap apa² dengan kami anak².
Cuma ayah Saya yang beritahu Saya hari tu. Itu pun ayah Saya cakap.. Ibu tak mahu kami tahu. Sebab dia nak lawan kanser tu sendiri… Ibu cerita, ada seorang kawan yang ada kanser, tahap3. Dia sembuh dengan izin Allah. Makcik tu buat macam dia tak ada kanser. Dia figt sorang². Makan ubat & appointment doctor macam Biasa. Tapi, dia tak heboh² bagitahu orang lain dia ada kanser. Dia macam berlakon seolah² kanser tu tak dak.
Sebagai anak , Saya sedih Saya tak boleh hafap dia & nangis depan dia & cakap " ibu, I'm sorry you have cancer". Serius ibu memang kuat.. Tapi Saya tak kuat.
Saya mohon,. Tolong doakan kesembuhan ibu Saya.. Dan mohon kuatkan Saya..
Terima kasih
– wani