Karier Kerja Yang Tiada Penghujung

Assalamualaikum readers. Aku Biru. Aku tergerak nak menulis dekat sini sekadar hanya untuk bercerita jalan cerita karier aku yang umpama tiada penghujung. Mana tahu confession ni boleh meredakan sikit hati pada siapa siapa yang mungkin sekarang ada dalam situasi yang sama dengan aku.

Kadang kadang aku sendiri macam tu. Bila dengar kisah orang lain aku akan cepat cepat bersyukur dengan apa aku ada. Sometimes aku reda dengan ujian ni sebab aku realise ramai lagi orang kat luar sana struggle. Malah lebih dahsyat dari yang aku bayangkan.

Okay tak nak buang masa. Maaf tau kalau aku tak pandai nak bercerita. Ada part part cerita aku memang terpaksa singkatkan sebab terlalu panjang and detail pulak kena explain. Cukup untuk pembaca faham. Sedikit pengenalan, aku berumur lewat 20an. Baru je berkahwin.

Alhamdulillah dikurniakan suami yang penyayang. Kisah karier aku bermula selepas aku intern. Alhamdulillah lepas je intern, majikan aku terus offer as permanent staff. Masa tu baru habis covid. Aku nampak ramai kawan kawan struggle nak cari 1st job. Tapi aku tak lalui zaman menganggur. Rehat seminggu terus mula kerja. Walaupun gaji tak banyak tapi aku syukur.

2 tahun juga aku bertahan kerja. Tempat kerja pertama aku ni aku boleh katakan paling seronok aku pernah bekerja. Boss memahami, kawan kawan baik, waktu kerja flexible, takde bebanan kerja. Seronok weh. Balik pun sharp. Sampai lah datang satu staff perempuan baru. Fresh graduate. Habis je budak tu probation, ada staff dekat situ bocorkan gaji.

Kantoi dapat tahu freshie ni boss hired dia dengan gaji almost 4k. Sedangkan ada staff yang paling lama dengan dia masih bertahan kerja dengan gaji 2k. Pernah je staff minta naik gaji tapi dia cakap company kurang collection. Tapi freshie boleh pulak hired dengan salary tinggi macam tu.

So masa tu aku nampak staff sorang sorang pergi. Selain dah bocor bab gaji tu ada lah hal hal yang jadi yang buat dorang nak resign tapi aku tak nak cerita kat sini. Sampai aku lah orang terakhir yang resign. Aku boleh je nak bertahan. Sebab rumah dekat dengan tempat kerja. Pasal gaji tu aku sakit hati gak tapi masa tu walau sikit boss ada jugak naikkan gaji.

Tapi at the end aku decide gak nak resign sebab budak baru ni slowly recommend bawak kawan kawan dia masuk. So environment dekat situ dah tak seronok. Makin bising, tak professional.

Sometimes aku pasan je dorang ada group ws sendiri tanpa aku dorang chat dekat whatsapp web each other lepas tu gelak gelak. Dah lah aku je tinggal staff paling lama kerja situ tapi last last aku pulak yang rasa terpulau tu. Aku dah rasa tak seronok nak kerja. So finally aku decide to step down and move on.

So kalini aku dapat kerja dekat dekat kawasan company 1st ni jugak. Bad newsnya sebab kali ni lebih teruk. Aku diberhentikan serta merta. Company yang ni lain dari jobscope aku pernah buat. Consider aku zero experience. Gaji pun lebih rendah dari company 1st.

Tapi aku terima sebab masa iv dia cakap dia willing nak ajar. Plus maybe desperate jugak sebab aku rasa susah betul even nak dapat IV masa tu. Another reasons sebab aku tak nak menggangur so offer mana yang masuk aku sambar je dulu.

So, bila aku dah masuk turn out takde siapa boleh ajar sebab ada satu je staff boleh ajar tapi dia work from home. So dia akan ajar aku through ws sahaja. Tah lah aku rasa macam sekelip mata je benda ni jadi. Tiba tiba boss panggil masuk marah marah kata aku take too much time untuk buat kerja tu. Padahal aku baru kerja 2 minggu.

Aku pun malas dah nak ingat tapi dia marah aku sampai orang kat luar dah pandang pandang. 1 jam lagi nak balik HR manager datang dekat aku cakap today last day. Masa ni lah start hidup aku makin teruk. Sebab aku takde peluang nak sambar mana mana job dulu. Terus kena berhenti macam tu je. 2 bulan aku duduk rumah.

Aku tawakal sangat masa ni. Aku teruskan misi pencarian kerja kali ni tanpa ada back up. Masa ni jangan cakaplah. Rasa macam dah kering air mata. Nak kirim mak ayah duit tak ada. Komitment kereta insurans semua tiap bulan kena bayar. Saving kering. Jatuh terduduk.

Hari hari berdoa sampai dah rasa putus asa. Kadang aku rasa aku diuji ni sebab dosa dosa aku kot. Tak baik kan cakap macam tu? Tapi aku rasa siapa diuji dia pun akan persoal benda ni betul tak?

Aku mula muhasabah diri. Masa ni memang aku guna masa ada aku ganti puasa aku. Aku mula buat solat solat sunat. Aku mula baca Al-Quran. Ya, selama sebelum diuji pun aku memang buat je semua tu tapi yela dengan beban kerja aku yang kadang kadang 11 malam baru balik so mana nak consistent.

Aku positif fikir mungkin masa ni lah Allah nak dekatkan aku semula dengan Dia. Aku dah makin jauh. Bila aku cerita dengan kawan kawan pun, dorang cakap mungkin ni pun salah satu ujian awal perkahwinan.

Ada orang awal awal kahwin kantoi dah suami curang. Ada yang mertua tak suka. Ada yang tak serasi suami isteri. Aku tak. Alhamdulillah semua okay. Tapi bab kerja ni betul betul bagi kesan dalam life aku.

Masa balik raya hari tu betul betul tak ada mood. Nak hulur kat mak ayah pun memang betul betul takde. Nampak adik beradik belikan macam macam untuk mak ayah. Kite mampu pandang je. Siapa pernah rasa je tahu feelings tu.

Oh ya, suami aku ni kerja biasa biasa je. So, memang suami aku sendiri minta aku untuk kerja memandangkan gaji dia sendiri memang cukup cukup untuk komitment dalam rumah. Aku sendiri pun memang nak bekerja sebab aku tak suka duduk rumah. And aku suka pegang duit aku sendiri.

Sambung balik kisah tadi. 2 month jugak aku hunt kerja. Pergi iv merata rata. Yang jauh yang dekat you name it semua aku pergi. Tak tahu mana silap nya rasa masa iv okay tapi seminggu dua minggu lepas tu senyap.

Ada dapat offer tapi bukan aku demand tapi gaji ditawarkan tu lebih rendah dari freshie. Aku rasa gaji cashier lagi tinggi. Dengan location jauh. So rasa tak worth nak accept even desperate mana pun.

Sampailah aku jumpa satu company ni. Company yang ni betul betul bagi pencerahan pada aku yang masa tu betul betul rasa putus asa. Aku masa tu rasa oh ni lah company yang terjawab doa doa aku masa aku tak kerja dua bulan aritu.

Company kali ni gaji tiptop. Location 30 minit je dari rumah. And jobscope kerja pun dari apa yang pernah aku buat. Aku baca review kat google pun ramai kata company ni okay. So aku accept. Sampai lah minggu ke 3 dekat situ. Ada staff dekat situ mula suarakan tak puas hati dengan aku. Dia akan sound direct apa je yang dia rasa tak kena dengan dia.

Rasa macam kelakar typing kat keyboard pun kena sound dia kata mengganggu orang lain hahaha. Paling kelakar dia bagitau aku sini limit solat 5 minit aje. Macam mana aku yang perempuan ni nak solat 5 minit je? Wuduk pun dah 5 minit. Dan macam macam lagi dia mula ganggu aku.

To be honest sebab aku dah banyak kali jump aku decide untuk go on je dengan company sekarang even toxic macam mana pun.

Tapi setelah 2 bulan aku hantar jugak surat resign sebab part yang aku solat lebih 5 minit tu dia dah start complaint kat boss besar. Sampai masa meeting boss perli perli aku. Siap update dalam group Whatsapp bagi reminder solat 5 minit je. Aku sampai nak je suruh dia duduk sebelah aku tengok cukup ke tak nak solat 5 minit tu. Aish…

So start situ aku give up. Sebab aku sedar aku tak kacau orang tapi orang memang sedaya upaya tunjuk yang dia memang tak nak aku ada dekat situ. So be it. Aku bagi apa yang dia nak. Sebab melampau sangat lagi aku tak melawan lagi dia perli perli depan depan aku. Even family aku marah aku resign lagi. Dia kata aku tak kental sebab aku tak melawan.

Tapi aku dah try. Kau takkan menang dengan orang camni percayalah. Aku sampai dah nak depression dah. Malam malam tidur asyik terjaga. Kadang duduk sorg sorg tak sedar air mata meleleh. Hari hari telan panadol sebab kepala ni macam nak pecah. Takpelah aku pergi demi mental health aku.

So hmmm sekarang ni aku tengah berehat seminggu sementara tunggu kerja baru yang aku akan start dua minggu lagi. Company kalini memang aku gali dalam dalam aku cari review kat glassdoor kat google sebab aku fobia sangat if jumpa toxic lagi.

Tapi aku tawakal jela aku tak tahu ujian apa aku bakal hadap untuk company yang kalini. Tapi aku hanya mampu berdoa. Sebab aku sangat sangat penat. Ada orang cakap dekat aku yang mungkin untuk aku kuat dalam industry ni Allah temukan aku dengan macam macam ujian sebelum dia jumpakan aku yang terbaik. Mungkin selepas ini if aku jumpa lagi masalah aku lebih kuat untuk tempuh.

Last week, aku saje share cerita dekat kawan aku sebab perasan story dia jump kerja lagi. Rupanya dia pun sama dah jump 6 company in 3 years. Dia kata dari yang toxic, racist, workload, kena pressure semua dia dah rasa. Sampai masa tengah mc pun bukak laptop.

So mana mana yang tengah hadap ujian macam aku ni bersabar lah. Kita tak keseorangan. Even aku dah dapat kerja lain ni pun aku masih teruskan lagi buat solat sunat. Aku cuba tingkatkan amalan aku dengan harapan ada lah doa doa aku yang makbul dan ditemukan noktah pencarian kerja aku yang entah sampai bila ni.

Nasihat aku lah if nak bercerita tolong lah cerita dengan orang yang betul. Sebab dari pengalaman aku lah bukan semua orang suka nak dengar cerita kau.

Aku pernah je cerita dekat salah sorang kawan aku. Boleh ke dia cakap weh tah tah kau kot yang toxic nya tu hahahaahah. Kawan weh kawan yang cakap macam tu. Even gurauan pun tapi kalau orang tengah ada masalah aku tak rasa patut untuk dengar benda tu sekali.

Ada masa tu memang aku mengelak nak jumpa kawan kawan. Kadang story dekat IG dekat Facebook pun aku avoid nak tengok. Sebab aku memang tengah dikelilingi kawan kawan yang tengah beli 1st house lah, upgrade kereta, baru bersalin, dapat jump kerja company besar. Aku happy sangat sangat untuk kawan aku.

Tapi kadang aku rasa lebih baik aku mengelak untuk tengok semua tu. Sebab aku takut sangat aku jadi tak bersyukur dengan rezeki yang ada depan mata sekarang.

Bila aku dah diuji macam ni actually aku dah tak pandang dah nak kerja company besar lah, nak gaji tinggi lah. Yang aku nak yang aku pentingkan sekarang cuma aku punya mental health tu cukuplah.

Aku doa semua yang struggle sekarang dipermudahkan urusan. Doakan aku ditemukan kerja yang sebaik baik pekerjaan di sisi Allah.

Haritu ada orang share dekat aku. Dia kata cuba amalkan bila doa minta pada Allah bab kerja tu minta dikurniakan kerja yang baik disisiku dan disisiMu jua. Macam aku cakap tadi yang bagus belum tentu terbaik untuk kita pun. And lastly semoga doa doa yang baik tu berbalik semula kat korang. Bye~

– Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ujian kita sama sis. Dari segi kerjaya. Masih mencari yang terbaik dan berkat. Betul, mental health tu lagi penting.

    Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat kerjaya yang baik disisi kita dan disisi-Nya aminn :)

  2. Kak, saya boleh relate. Skrg saya dh masuk company baru, saya suka working environment kat company lama, colleague ngan boss baik, woakload pun x bnyk tapi itulah takde career growth. Saya ni still consider as fresh grad la since baru 2 yrs experience, tpi itulah kadang demotivate sbb xde belajar benda baru, pastu bila dh masuk org baru, suasana tu dh x sama. So saya decide resign, tpi company baru yg sama masuk ni, industry yg berbeza. So mmg kena start dari zero balik la. Kadang rasa mcm blur je, sbb xde org guide, semua senior busy. 2 minggu awal saya kat sini, bnyk habiskan masa sendiri, buat self-learning..kdg rasa lonely je. Takde kawan nak borak dahlah kte org baru. Pandai-pandai bawak diri jelah. Doakan saya kuat kat tmpt kerja baru ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *