Saya Liza berusia 30an berasal dari selatan. Saya datang dari family broken dimana ibu saya meninggal dunia dan ayah saya kahwin lain.
Pepatah yang mengatakan biar mati bapak jangan mati mak memang benar ye.
Kami (7 adik beradik yang kecil umur 2 tahun) dapat ibu baru, pucuk muda darah panas,
Kami adik beradik selalu disuruh buat itu ini, dipukul sana sini, kami tak tahan tinggal dirumah dan kami adik beradik lari.. Tapi ada juga yang stay.
Saya lari dari rumah itu dan tinggal bersama arwah datuk saya (bapa kepada ayah saya). Selepas arwah datuk meninggal saya duduk dengan pakcik saya (adik ayah).
Hari pertama saya jejak kaki kerumah pakcik saya, pakcik saya dah cakap, ‘ingat rumah aku nie rumah kebajikan agaknya’, ada jer orang nak menumpang. Ayat itu saya ingat sehingga kini, bukan berdendam cuma tak boleh lupa.
Pakcik saya orang berduit masa tu sebab dia kerja singapore jadi memang ramai lah yang datang menempal dekat rumah dia, kira harapan keluargalah pakcik saya nie nak pinjam duit ke nak sponsor apa2 ke datang jer.. In shaa Allah dapat. .
Saya duduk rumah mereka ibarat saya adalah bibik. Tapi duduk rumah mereka tidak separah rasa duduk rumah sendiri.
Pakcik saya nie ada 9 anak 6 perempuan selebihnya lelaki. Anak2nya semuanya pemalas. Rumah tak berkemas pinggan tak bercuci berkecah pasir dekat lantai, kain baju bersih dengan kotor tak taw mana satu.
Rumah cantik besar tapi sayang tak berkemas. Kami nie yang menumpang nie berkemas. (Ada 2 3 orang lagi yang menumpang).
Kadang baru nak duduk sekejap dah panggil suh amik air lah, buat itu lah buat ini lah, kalau raya dah la kita yang paling sibuk mengalahkn tuan rumah.
Buat tak tahan duduk situ kadang diaorang perli2 bapak kau gitu bapak kau gini, bapak kau dapat abaikan lah, tak jalankan tanggungjawab la ada jer benda yang memang orang cakap, sampai tak fikir perasaan kitaorang nie.
Buruk macam manalah bapak dia. Dalam hati anak dia lain, tetap dia terasa bila orang kutuk bapak dia. Mesti dia rasa bapak dia juga baik yang terbaik.
Masa tu duduk dengan diaorang tak terfikir pun nak balik bapak, sebab ada rasa dendam marah dekat ayah mak baru.
Jadi masa tu fikir kena bertahan kumpul duit keluar dari daerah yang saya tinggal.
Masa tu saya memang dah tak sekolah ye. Takde orang nak bayar yuran, so saya berhenti, masa saya tinggal dengan mereka pun umur baru 13 tahun.
Bording family pakcik saya sangat baik. Boleh dikatakan erat rapat.
Dan baru baru nie tersentah berita peceraian pakcik dan makcik saya diusia mereka sudah lebih 60an dan menpunyai 3 orang cucu.
Keluarga mereka jadi pecah belah anak2 yang masih bersekolah saya tengok merempat seperti saya dulu.
Anak2 yang lain ada egonya sendiri, besar kepala tak boleh mengalah. Dan pakcik saya pun dah berkahwin baru dan mereka pun dapat mak baru.
Kadang hati nie jahat juga korang rasa lah apa yang kitaorang rasa dulu. Dulu dok kutuk2 hah kan dah kena batang hidung sendiri.
Tengok diorang sekarang rasa kesian sebab kalau balik kampung dah tak duduk dah rumah yang besar tu. Rasanya diaorang dah tak jejak kot rumah tu. Rumah yang tempat diaorang membesar.
Apa saya dapat simpulkan mungkin ini adalah karma dimana dulu mereka tidak menjaga bicara mereka, sehinggakan perkara yang berlaku keatas keluarga saya satu ketika dulu terpalih ke keluarga mereka malah lebih teruk kejadianya.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit