Kasih Yang Sementara

Assalamualaikum. Bila hari cuti ni, selalu berehat dekat rumah, mesti ada sahaja cerita yang akan terimbau dalam minda..

Dulu masih aku ingat, aku ada seorang abang yang jarak umurnya hanya 3 tahun dan merupakan salah satu abang aku yang sangat aku kasihi dan rapat dengannnya. Mak aku pun kadang cerita dulu aku dengan abang ni dah macam belangkas pergi mana pun berdua biarpun aku ni perempuan. Dalam album gambar pun penuh gambar kami berdua masa kecil dahulu.

Masih aku ingat, dulu masa aku sekolah rendah, ada seorang ni rakan sekelas aku yang selalu ganggu aku dalam kelas sampai satu hari itu, dia cuba nak bergurau dengan aku menggunakan sebatang penyapu dan akhirnya dia terpukul kepala aku. Aku ni budak perempuan mestila nangis, so aku dengan kawan aku pergi cari abang aku untuk mengadu sambil menangis teresak- esak. Abang aku tak cakap banyak terus cari budak tu dan marah budak tu sampai budak tu nangis. Sejak haritu budak tu dah tak ganggu aku. Haaa puas hati akuuuu!

Kalau petang2 balik dari kelas agama mesti aku dengan abang aku pergi minta duit dekat opah sebab nak pergi kedai runcit depan rumah. Pergi naik basikal, dia bawak aku sebab aku tak reti naik basikal..

Dulu dia la yang ajar aku naik basikal sampai la aku berhenti naik basikal guna roda.. Ibu aku busy kerja sebab ibu tunggal.. So apapun, abang aku la yang tolong aku..

Kalau hari cuti abang aku ajak main PS dan game kegemaran kami FIFA and WWE… Dari aku noob sampai la aku jadi jaguh hehe..

Semua kenangan yang mengusik jiwa sampaila satu hari tu ibu aku tiada dekat rumah, abang aku mengadu sakit dan dia kelihatan sangat terseksa.. Dan abang pesan untuk rahsiakan ibu sebab dia taknak ibu risau.. So, aku akur dengan kehendak dia.. Dan aku tolong papah abang untuk berehat dalam bilik..

Lama kelamaan abang kerap mengadu sakit dan banyak perubahan dan selalu muntah2 sampai hilang selera makan. Dan abang selalu kelihatan tidak bermaya. Dan dia masih berdegil taknak bagitahu ibu..

Sampaila satu hari tu abang pitam dan kebetulan ibu ada dan bawak abang pergi hospital.. Dan doktor cakap abang ada sakit buah pinggang tahap kronik tak boleh buat apa dah…

Masatu aku speechless sangat.. Aku rasa menyesal.. Semuanya salah aku kalau aku tak rahsiakan dari ibu mesti abang masih boleh dirawat..

Sejak tu abang, kerap2 pergi hospital dan aku lihat abang dah kurang bercakap.. Tapi ada satu malam tu abang aku ajak aku berbual bual so dia pesan supaya aku mula tutup aurat dengan memakai tudung memandangkan aku baligh awal dia cakap takpa slow2 nanti Allah sayang.. Dia menangis malam tu minta maaf sebab dah tak boleh jaga aku dan main dengan aku dan dia cakap yang dia sakit sangat dan nak balik.. Aku pelik la dia nak balik mana sebab memang dah duduk dekat rumah..

Esok tu, aku nak kejut abang aku solat subuh tapi dia dah tak bangun.. Aku cepat2 panggil ibu dan lepas ibu check terus ibu menangis.. Dan masatu aku faham yang abang dah pulang ke penciptanya..

Lepas pengebumian abang, aku banyak diamkan diri dan menangis.. Sampai ibu aku pujuk dan cakap janganla buat macamni nanti abang sedih dekat sana. Ibu cakap tak kesian ke dekat ibu.. Dan aku mula pujuk diri sendiri untuk redha dengan pemergian abang.

Bayangkan abang yang paling rapat dan aku sayang pergi selepas pemergian ayah aku. Dia la selalu hiburkan aku dan jaga aku macamana ayah aku selalu buat dekat aku.. Even masatu aku masih kanak2 tapi aku masih ingat semua kenangan itu. Tetap utuh biarpun sudah bertahun2..

Sampai sekarang aku masih rasa menyesal kerana telah berahsia tentang sakit abang daripada ibu andai masa boleh diputar pasti abang masih ada sampai hari ini..

Tetapi aku redha, dan aku sedar yang Allah hanya pinjamkan abang aku hanya sekejap agar aku dapat merasa bagaimana rasa kasih seorang abang. Kadang, aku ingin cepat pulang ke pencipta agar aku dapat bertemu dengan abang dek kerana tak tahan menanggung rindu..

Rindu? Ya rindu sangat2..

– Makhluk Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *