Assalamualaikum semua, aku Ratatouille. Anak kedua, perempuan tunggal dalam keluarga. Anak yang paling banyak memberontak dan melawan cakap tapi berdikari dan apa2 memang buat sendiri.
Kenapa macam tu? Pilih kasih dari mak? Entah la. Perasaan aku je agak nya. Tapi aku nak story sikit kenapa aku jadi keras hati.
Aku berasal dari utara tanah air. Berumur 30 an, bekerja sebagai penjawat awam gred diploma.
Sejak aku kecik, aku rasa sama je layanan mak abah terhadap aku. Lebih2 lagi abah. Abah memang manjakan aku. Apa aku mintak abah akan tunaikan. Mak aku pon okay.
Tapi….. entah kenapa dalam hati aku ada tersemat banyak memori hitam mak aku. Mak aku kadang2 suka cakap kasar dengan aku.
Kalau waktu exam, aku dapat 79% (sebab tak A) pun dia akan campak kertas tu dekat muka aku. Sama jugak kalau ada apa2 pencapaian yang membanggakan dia jarang ucap tahniah.
Yang paling ketara kalau aku cerita pasal kejayaan aku dekat sekolah dia akan bidas dengan kata2 yang menusuk hati aku, contoh : “kau jangan nak perasan lah”.
Lepas habis sekolah, adik beradik lelaki disponsor untuk amek lesen tapi tidak aku. Alasan mak ialah aku perempuan. Tapi aku nak jugak ada lesen sama macam adik beradik lain so aku pon pegi kerja.
Cukup sebulan dapat gaji aku berhenti dan pergi amek lesen motor. Alhamdulillah lulus sekali amek. Itu pun abah ada topup sikit sebab tak berapa cukup nak bayar. Elok dapat lesen motor aku pon dapat tawaran belajar matrikulasi.
Masa awal2 masuk matrikulasi aku ada isu homesick yang agak teruk. Hari2 aku nangis, sebab aku ni jenis lembik agak nya.
Mula2 mak ada pujuk2, tapi ada sekali tu mak kasi ayat yang aku tak kan lupa kot, “tu lah kau masuk matrik berlagak, nak tunjuk ko pandai” aku terus stop kol mak. Dan teruskan pengajian mcm biasa. Cukup final sem aku dapat 3.8 jugak.
Masuk sem 2 aku dapat tawaran belajar diploma under KKM. Mak aku brainwash aku supaya aku pergi. Dia kata kalau masuk u belum tentu ada kerja.
Aku yang masih mentah baru nak kenal dunia ni ikot je mak aku. Aku pon stop matrik dan join lah KKM. Kawan2 aku frust aku blah mcm tu je sebab result aku kira okey, lagi pun aku da happy duduk matrik.
Masa balik dari matrik tu drama jugak la sebenanya aku sedih sebab tinggal kan kawan2 dan pelajaran yang aku da mula minat.
Aku cakap dengan mak aku tak tahu keputusan aku ni betul atau tak, mak aku cakap “sekarang kau nak salahkan aku ke?!” . Walaupun da belas tahun tp ayat2 mak aku aku simpan ye dalam memori paling dalam. Aku ingat semua.
Dekat KKM aku perform jugak dpat la 3.7. Tapi tak d kata2 tahniah pun dari mak aku. Aku pon setiap kali exam tak pernah cerita aku dapat berapa. Aku celebrate sendiri je takut mak aku jadi joykiller.
Masuk je dunia pekerjaan dapat gaji pertama aku amik lesen kereta pulak. Dapat lesen kereta aku terus bawak kereta sendiri.
Aku tak belajar dengan sesiapa, aku buat pandai aku je sampai la aku da pandai drive. Aku improve je diri aku sendiri sebab tahu pandangan mak dkt aku mcm mana.
Tiba masa nak kawen aku kumpul duit sendiri, aku bagi mak simpan duit2 aku. Supaya mak bole tolong aku settlekan sikit2 yang aku tak sempat. Tapi sebenarnya aku buat sendiri banyak jugak. Mak nak sekalikan majlis bertandang abang aku dkt majlis aku.
Jadi abang aku tak keluar duit pun untuk majlis tu 100% duit aku ya. Aku yang perempuan ni. Sampai kan katil pengantin untuk abang aku pun mak beli pakai duit aku. Duit keruk 100% bagi mak aku.
Aku tak ungkit benda ni sebab aku da halal kan cuma aku mohon Allah balas dengan permudahkan urusan rezeki aku selepas menikah.
Sekarang aku da 30. Adik aku nak kawen, mak mintak aku duit untuk sponsor sikit. Aku cakap je dkt mak yang aku tak nak tolong. Sebab dulu aku kawen pun aku usaha sendiri. Tapi aku ada tanya adik kalau dia nak bantuan aku tp dia tak nak.
Adik aku ni rapat dengan aku. Mesti lah aku akan tolong, cuma kalau mak mintak, aku tak kan bagi.
Oh jangan risau bulan2 memang aku bagi mak duit macam biasa. Aku ada cerita dekat mak jugak aku ada simpanan (menyesal cerita) sudahnya mak kerap ungkit aku kedekut (nada gurau tapi ada maksud).
Masa mengandung anak kedua, mak banyak kali sakitkan hati aku. Sampai aku ni tak ada air mata nak nangis. Boleh bayang tak mak merajuk dengan aku sebab aku tak bagitahu nama bakal anak aku dekat dia?
Aku suka nama Mawar tapi mak aku cakap dia tak suka dan dia bising kenapa tak tanya dia dulu? For what?? Masa ni aku dah kepala batu. Apa mak cakap aku dah lawan.
Jujur lah kalau bukan sebab abah aku mmg aku tak ingin balik dah rumah parent aku. Benda mengarut pon nak merajuk. Aku da la pregnant makin menjadi2 emosi aku.
Sekarang anak kedua aku da 3 tahun. Aku cakap kosong je dengan mak yang aku nak tambah lagi sorang, mak aku cakap tak payah tambah, camni ayat dia “mak rasa tak perlu lagi kot”. Aku tak minta pendapat dia pun.
Selama ni anak aku dua orang tu aku tak pernah suruh dia jaga. Dua2 aku setel sendiri hantar taska bayar sendiri. Anak aku demam warded pun aku tak pernah cerita. Tiba2 mak nak jadi birthcontrol aku pulak.
Yang terbaru aku nak resign KKM. Mak aku cakap, “mak tak suka lah ko nak resign” See? Dia masih kontrol aku di usia aku da 30 ni. Dia nak aku jadi macam dia nak.
Aku just cakap stop kontrol aku. Aku da tua nak buat keputusan sendiri. Mak pon da mula merajuk, kali ni aku abaikan je sebab aku pon banyak lagi benda lain nak pikir.
Korang jangan pening lah lovehate relationship ni. Selalu nya banyak aku yang mengalah sebab nak jernihkan hubungan, tapi akan tetap jadi balik.
Nanti mesti ada komen, “bila mak da meninggal bla bla.. masa tu baru lah bla.. bla…” Hello, aku sayang je mak aku. Tapi cuba duduk tempat aku dulu la.
Pada yang komen murni terima kasih semoga murah rezeki. Doakan mak saya lembut hati lepas ni ya.. aamiinnnn…
– Ratatouille (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lovehate relationship antara mak & anak pompuan tu biasa..mcm aku dgn mak or mak dgn kakak aku..ada je benda nak selisih tp cuba kau tgk kalau mak dgn anak laki, kemain dia syg walau kdg perangai x semenggah..haha..skrg aku pn dh jd mak kpd anak remaja & benda yg sama la berulang dlm hidup aku cuma aku x agree utk membezakan & berkasar dgn anak²..aku lebih prefer buat anak mcm bff..and im still trying walau kdg ada gaduh² manja 😆
Mak awak jeles dgn awak sbenarnya tu. Sbb awak pandai, dapat belajar tinggi2, kerja bagus pulak tu. Dia x leh terima yg anak perempuan dia lagi lebih dari dia.
mgkin sebb cara dia mmg mcm tu… mgkin mak dia dlu pun layanan mcm tu ke dia… kdang2 personality org tu mmg nmpk kasar je bila bercakap, tpi hati dia syg… and sebb berkat follow nasihat mak awak pasla KKM tu pun berhasil, awak dpt kerja senang kan…. bersyukur la
Biasa je tu.. Kena hidup bersama bertahun² khususnya dah besar ni. Penjaga singa hari² tinggal bersama akhirnya boleh tapuk tampar singa.
Org tua kita, walau umur kita dah lanjut sekali pun, pada pandangan diaorg kita ni masih kecik lagi. Its okay, tetap lah hormat dan berbakti dekat diaorg. Tak lama, sekejap jer. Akak dh buat yg terbaik dah tu, Alhamdulillah. Berapa bnyak yg sanggup abaikan org tua dia kat luar sana. You have done so well akak. Semoga kita semua tidak mengabaikan org tua kita di usia akhir diaorg, aamiinn.