Kau dah kenapa ? – 12:46 PM

Kau dah kenapa ?

Hi. Haa tadi terbaca confess pasal kawan sekelas roommate yang dengki sebab kau jenis menyerlah kat kelas. Takpe lagi, at least kau tahu dia dengki sebab apa. Aku ni ingat lagi, dulu pernah kejap further study kat satu institusi kemahiran sebelum berhenti for some reason. Benda ni jadi time orientasi. Kau anggaplah nama aku betul betul Bunga, dan budak bilik depan aku pun nama dia Bunga (kes ni memang nama kitorang sama). One day, time beratur kat Dewan Makan, si Bunga depan bilik ni and the geng dia beratur belakang aku. Dalam geng tu, aku tak kenal sorang pun, even Bunga tu pun aku konfius yang mana. So diorang tak perasan pun aku kat depan diorang. Tetiba kawan si Bunga ni cakap '' eh bunga, aku nak panggil kau apa eh sebab nama kau kan sama dengan budak bilik depan kau. Tapi kau nak tahu, aku tak suka dia (refer pada aku lah tu) '' lalu si bunga and geng lain tu pun mengiyakan yang diorang tak suka aku. Nasib baik group orientasi tak de suku kaum diorang ni. And aku perasan je time orientasi diorang ni suka tenung aku, jeling tajam, buat muka. Wehh sampai aku berhenti aku still konfius, aku salah apa ? Even sampai sekarang nama budak-budak tu pun aku tak tahu apa kecuali si Bunga. Sebab nama aku sama dengan Bunga ke, sebab tu tak suka aku ? Aku bercakap pun tak pernah dengan dia. Nak kata berselisih aku buat sombong pun tak juga sebab baru seminggu takkan aku nak bimbo pergi kat semua orang then tanya macam macam. Setakat senyum, tanya nama, asal mana tu adalah. Sampai sekarang aku tak dapat detect. Hahahah aku just terkenang je ni.

– Bunga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *