KAU HENGAT KAU DIVA?!!

Assalamualaikum semua. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana approve confession aku. Minta maaf juga sbb guna perkataan "aku" sbb x biasa la nak formal-formal ni hehew.

Sebenarnya dari dulu lg mmg aku x berapa berkenan dgn abg aku. Tah la wei, pemalas jangan cakap la. Berapa kali aku bergaduh dgn dia sbb dia bising aku x basuh baju dia. Dia igt aku ni bibik ke?

Kerja malas lepas tu duduk rumah pun kemain mengalahkan duli yang maha mulia. Arah sana arah sini tapi dia habuk xda. Aku ni berkongsi bilik dgn dia and adik aku, kiranya satu bilik 3 orang. Abg aku ni jenis selalu biar sepah baju-baju yang dia dh guna. Tapi bila aku balik rumah *sebab aku study jauh, so jarang balik* aku bising sbb bilik sepah. Baju tu terang-terang dia punya. Dia boleh ckp adik aku malas mengemas. Menyirap aku.

Dia tu sbg abang kena jadi contoh sebenarnya. Tapi mcm aku pula yg jd abg. Kerja jangan ckp la. Jenis mmg x tolong, tahu je celik mata makanan dh siap.

Sekarang pun kitorang tgh buat persiapan raya tapi dia sibuk keluar dgn kawan-kawan dia. Korang rasa? Mau x menyirap? Aku penat la dapat abg mcm ni.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *