aku bukan student uia. aku ada kawan ni, dia selalu ngadu dia takde duit. takpelah, biasalah tu, pelajar universiti.
ada satu hari tu, aku ajak dia pergi makan, mula2 dia cakap dia takde duit, tapi dia nak ikut sebab stress study. So bila kat kedai, masa order makanan, aku terkejut tengok dia order makanan yang bagi aku agak mahal juga (kata takde duit..huhu). Bila masa makan pulak, dia dok cakap pasal makanan dia tu, kalau cakap pasal yang baik2, takpelah. Ni tak, asyik komplen tak sedap dan selalu nak bandingkan dengan masakan kat kampung dia (kalau macam tu,sampai bila pun kau takkan jumpa yang sedap, kalau asyik nak bandingkan). Waktu nak pergi bayar pulak, aku terkejut tengok dia makan dengan minum tak habis, (kata takde duit, tapi boleh membazir pulak) sepatutnya dia tahu menghargai setiap sen yang dia keluarkan tu. Aku tanya asal tak habis? “tak sedap”..camtu je? Aku pulak kenyang dah masa tu, kalau tak dah lama aku tolong habiskan.
bukan sekali je dia buat perangai, banyak kali. Kepada kau yang aku tau baca page ni, kau kata kau takde duit, tapi kau sampai hati nak membazir. Lain kali beli ikut kemampuan, bukan ikut nafsu kau. Aku pun selalu semput jugak, kadang tak kesah pun makan sekali sehari atau lauk kicap je. Aku tengok kau “bermewah lauk” tapi tak habis pun. Aku tau kau jugak bukan dari keluarga yang senang, tapi cuba bayangkan perasaan ibubapa kau bila dia tahu anak dia makan lauk sedap tapi tak habis. Ntah2 ibubapa kau pun terpaksa ikat perut semata-mata nak pastikan duit sampai kat kau. huhuhu.
kalau rasa kau betul2 takde duit, cakap jelah dengan aku, aku akan cuba sedaya yang boleh. tapi pastikan kau tak membazir, kang kesian mak ayah aku pulak.
– peah CREATE A POST