Kau yang memutuskan.
Hye geng, aku tak reti nak start macam mana, tapi aku nak share je la. nak baca, baca lah. taknak, scroll laju laju okay?
Harini kan.. aku tiba tiba terdetik untuk stalk balik ex aku. aku stalk dia kat insta. actually, dia dah bertunang. dia start bertunang lepas dia putus dengan aku. and bukan aku yang putuskan hubungan kami yang hampir selama 9 tahun itu. korang bayangkan, hubungan aku dengan dia, dah lama. ok cop. aku tau apa korang fikir. tapi tu bukan point aku. aku faham yang aku dengan dia completely dah tak ada jodoh. lama lama mana pun, laki bini pun boleh cerai ye dop? aku pasrah. aku redha dengan takdir Allah. hubungan kitorang putus pun kerana tiada lagi persefahaman. tapi kitorang pun banyak kali je gaduh sebenarnya dalam tempoh 9 tahun tu, kejap kejap"on off", tapi mungkin perpisahan kali ni , adalah perpisahan yang terakhir untuk aku dengan dia. And benda ni jadi masa tahun lepas. Kiranya aku dengan dia dah tak contact setahun lebih. Tapi kan.. aku amik masa yang sangat lama untuk get over and move on dari kisah silam aku. Dan sampai ke harini, aku masih cuba untuk completely get over dari fikir pasal dia. tapi dia? dia replaced aku dengan begitu mudah dan cepat je. dia bertunang dengan kawan sekolah teknik dia dulu. macam mana aku tau ? sebab aku tengok insta dia la. Yeah, benda tu memang menyakitkan. Sangat sangat gais. Sebab tu korang jangan ikut cara aku ni. Hihi. Hancur luluh hati korang nanti. Masa aku dah check insta, facebook, twitter segala bagai tu, bila aku tau dia dah bertunang dengan perempuan pilihan dia, aku pun apa lagi. Air mata tak segan silu dah nak mengalir. Aku nangis dalam diam. Korang tahu nangis yang tak berbunyi tu ? Yeah, tangisan tu la paling sakit. Tapi, cara Allah nak tunjuk, ada seorang yang aku gelar "kawan" selama ni , dia tau riak wajah aku berubah. Dari tawa terus berdiam diri. Dia tanya "kenapa ni? Cuba cerita?". Bila dah dengar soalan macam tu, korang agak agak aku boleh ke tahan ? Of course la tak. Aku pun cakap kat dia " awak, dia dah bertunang dengan orang lain. senang je dia gantikan saya wak". aku pun terus nangis. And dia pun nangis jugak. Tapi bukan kerana dia bersimpati dengan aku (aku rasa lah). Tapi sebab dia sedih aku masih belum move on lagi dari ex aku walhal dia sayang kat aku sangat sangat. Aku tau perasaan dia terhadap aku, tapi waktu tu aku cuma anggap dia sekadar 'kawan baik'. Sebenarnya, dari awal lagi dia start menaruh harapan pada aku even aku still dengan ex aku tu. Tapi aku, tak layan dia sangat. Cuma sekadar team badminton sama sama sahaja. Dan dia pun tak ada nak sailang ke apa. Dia hormat. Sebab tu aku hormat dia balik. Kami baik baik macam tu je.
Berbalik pada cerita ex aku tu, tahun ni dia akan kahwin. And aku tak rasa aku akan dijemput. Cuma la kan, yang buatkan aku nak menulis pepanjang macam ni sebab aku geram. Aku rasa geram yang macam nak baling batu besar kat kereta dia tu or nak calarkan kereta dia panjang panjang. Hihi. Yela , mana taknya. Baru baru ni hari jadi dia, so standard la orang wish birthday dia kat media semua tu kan. Dan yang aku pulak, yang sepatutnya nak swimming petang tadi tapi tak jadi dek kerana hujan lebat, aku pun terlebih free untuk usha insta2 orang. Dan fikiran aku pun terlintas untuk nak tau cerita terkini ex aku tu. Aku tengok dia pergi pantai dengan tunang dia. Siap upload video tanya pasal air pasang surut apa ntah. Sawittt sangat (mata keatas). tapi cop, bukan sebab aku jealous ke apa, tapi sebab aku pantang sikit dengan orang yang acah acah soleh solehah ni. Yela, time dia dengan aku dulu pun, dia sendiri kata taknak heboh2kan bila dah tunang kat orang and taknak share gambar kat insta la apa lah. Aku pun ye ye kan je lah. Masalahnya bila aku jaga, dia yang tak jaga. Krik krik disitu. And lepastu aku pun teruskan lagi pencarian update2 terkini, aku pun stalk la insta adik dia. Haa. Yang ni paling win sekali. Ada ke adik dia boleh tulis yang dia dah tak percaya abang dia dah nak kahwin and memang patut pun kahwin after "I KNOW ALL SHITS YOU HAVE BEEN THROUGH" ?? Aku pun terus macam "whaaaattttt??" . Kau kecik lagi dik, kau rasa kau betul2 tahu ke apa yang dah jadi antara aku dengan abang kau ? Istighfar panjang aku, terus pi solat lepastu. Oh ya, aku akan solat sunat everytime aku down. Dan actually, ex aku ni antara top weakness aku. Bukan sebab dia ada rupa yang elok ke, or berharta or whatsoever la ciri2 perempuan nak untuk buat laki. Tapi sebab perasaan aku sangat ikhlas sayangkan dia. Tapi, for now, aku dah tak sesakit dulu. Aku sering berdoa, aku cari kekuatan aku melalui Allah. Aku bangun solat malam, senang susah memang aku cerita je kat Allah. Tapi ada satu saat tu, aku minta pada Allah, untuk beri aku satu ketenangan dalam diri. Dan Dia hantarkan aku seorang kawan badminton yang aku cerita awal tadi tu la. Rupa rupanya Allah dah lama hantar dia dalam hidup aku, cuma aku je yang lambat sedar kehadiran dia. Syukur, Alhamdulillah. Percayalah, rencana Allah tu tersangat indah. Aku tak mencari sesiapa pun selepas aku putus cinta kecuali cinta Allah. Akhirnya, berteman juga dan bakal berkahwin pada hujung tahun ini InshaAllah. Jadi baik dulu gais, baru dapat yang baik. Itu janji Allah. Sekian.
-D-
– Gadis_Pianist