Assalamualaikum semua.
Sejujurnya, apabila baca byk confession mengatakan mereka sudah terlanjur saya memang rasa sedih habis, sampai menangis, hampa, kecewa, marah etc.
Disini sebagai seorang lelaki ingin berkongsi sedikit nasihat utk kaum hawa. Kenapa mesti perempuan je x lelaki? Sebab kebiasaannya perempuanlah yg akan menaggung kesan yg besar akibatnya.
Pandangan masyarakat skrg, perempuan dianggap kotor apabila sudah terlanjur, lelaki seperti tidak bersalah, padahal lelaki yg mengotorkan merek lebih jijik dan kotor. Geeerammm!!
Jadi disini saya nak beri sedikit nasihat dari pandangan hidup saya. Mudah2an berguna utk semua.
1. Perempuan perlukan lelaki dlm hidup mereka. Bukan kata lelaki tidak perlu perempuan.. cuma perempuan perlu mendapat kasih sayang dari kecil smpai lah besar. Dan peranan itu terletak di atas bahu ahli keluarga lelaki. Terutamanya ayah, datuk dan abang. Mereka perlu dilindungi sehinggalah diserahkn tanggunjwb itu kpd suami.
Apabila lelaki tidak memainkan peranan.. maka tidak hairanlah jika perempuan mencari kasih di tempat lain. Tabiat mereka ingin disayangi dan dicintai. Ingin dilindungi dan dibelai.
Itu sedikit yg saya lihat. Peranan keluarga dalam menjaga wanita2 mereka. Maka rapatkanlah diri dgn ayah dan abg.
2. Aurat. Saya rasa ramai yg masih tidak faham konsep aurat itu sendiri. Utk perempuan, menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan adalah wajib. Itu semua faham rasanya.
Yg salah fahamnya iaitu selepas menutup aurat… sudah boleh buat sesuka hati. Bukan begitu. Aurat itu hanya satu batasan atau ukuran yg ditetapkan syara'. Tujuannya adalah utk menjaga wanita dan juga utk tidak dilihat dan menjadi perhatian.
Malangnya harini aurat tertutup tapi terlupa memahami tujuannya. Itulah jadinya perempuan yg menutup aurat tapi masih mengiurkan lelaki. Maksud utama tidak tercapai kerana dek salah pemahaman.
Berkanan aurat ni,saya nak cerita sikit. Satu ketika saya dgn kwn2 sedang lepak kt bilik. Sebahagian sedang menonton drama melayu di laptop. Tiba2… salah seorang kawan saya dari jauh pergi ke laptop dan pause kn drama. Dia mula rewind sedikit sebelum pausekn skali lg. Jari dia menunjuk di salah satu sudut screen sambil berkata: Waaaa…. dah nampak betis dia!!
Rupanya pelakon perempuan itu terkenal dgn menjaga aurat. Kononnya lah. Dlm drama tu dia pakai kain batik. Ketika nak naik tangga… kain ternaik sikit smpai ternmpk betis.
Yg sebenarnya nak saya sampaikan adalah bahawa lelaki memang akan tertarik dgn perempuan. Bukan kata betis… muka atau just mata perempuan shj pon sudah cukup utk menaikkan syahwat lelaki. Bukan tu shj… suara pon cukup. X pon hanya tulisan yg dihantar x kira surat atau msg sudah boleh menghayalkan lelaki. Itulah lelaki.
Maka kaum wanita, jagalah diri kamu. Jgn kasi peluang langsung bagi lelaki yg HANYA ingin berkenalan dgnmu.
3. Pergaulan. Dah memang menjadi naluri manusia ingin berkawan dan bermesra dgn lain jantina. Lelaki nak kawan perempuan dan perempuan nak kawan dgn lelaki.
Ketahuilah bahawa syariat tidak membenarkan. Ya… syariat melarang. Mungkin ada kat sini yg akan mintak dalil dan sebagainya atau akan kata dia ni syadid/ keras dan sebagainya. Disini bukan lah tempatnya. Anda ingin dalil dan kefahaman ini… pergi duduk belajar dgn berguru.
Girls, please jgn layan mana2 lelaki. Mereka memberi salam pon anda sepatutnya tidak perlu jawab. Jgn biarkan diri anda diminati atau menonjol dihadapan. Jgn bercakap pon dgn lelaki. Jgn ada no hp mereka, fb dan sebagainya. Biarlah org nak panggil apa… sombong, step baik solehah bagai, asalkan diri anda terjaga.
Jgn layan msg dari mereka… apatah lagi call. Jgn angkat. Bukan jual mahal… tapi jangan jual terus. Rasa diri anda ini seperti puteri raja. Jika dia benar2 inginkan anda, dia akan usahakn dgn cara yg betul. Bayangkan kalau dia sang lelaki sudah menggunakan cara yg salah dlm mengenalimu.. apakah kamu rasa dia layak untuk menjadi imammu?? Sungguh tidak
Ok. Disini shj rasanya. Byk nak tulis tapi x pandai mengarang. Ayat2 kt sini pon tunggang terbalik. Harap boleh faham tulisan saya.
– Jejaka prihatin
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Terima kasih confessor ats ingtn bsama ni
1.Rapatkan diri dengan Allah….kaum lelaki (adik abg ayah datuk dan sebagainya akan dtg kemudian dan sentiasa dilindungi Allah)…
2. Betul…
3.org bagi salam kene jawab….dalam hati…jangan x jawab….
Hihi
Terima kasih atas ingatan & nasihat..
Shyra Ripot
Aslinda Sammang Fahrisa Abdul Meus Azmah Jana
Diana Mohd
Deep sangat. Thank you confessor
Bukan ko je prihatin…aku pun prihatin…tp xde gunanya klau empunya badan x prihatin…
Sarah
JAGALAH SOLAT LIMA WAKTU BERMULA DARI WUDHUK SEHINGGA TEPAT SOLAT DLM WAKTU ..SEPERTI MENATANG AIR YG PENUH…IN SHAA ALLAH ..ALLAH AKAN MEMELIHARAMU DPD KEJAHATAN DUNIA DAN AKHIRAT….JADIKAN AL QURAN SAHABAT TERBAIK…PASTI TIADA YG BERANI MENGANGGUMU…YAKINILAH ALLAH SENTIASA MELIHAT …
Nak baca cerita hantuuuu
up!
Semuanya berbalik kepada instituisi keluarga adik. Pentingnya peranan seorang ayah. Kasih sayang yg diterapkan. Dalam kebanyakan kes mereka kekurangan kasih sayang. Pergaulan dengan rakan. Siapa rakan kita 3perlu juga diteliti. Namun begitu x semua org bernasib baik (dalam erti kata lahiriah), dari sudut lain mungkin mereka bernasib baik kerana diuji seawal usia (bagi mereka yg bertaubat). Wallahualam.
sy sentiasa jual mahal. sombong dgn lelaki. kwn lelaki mmg xde. tp kesudahan nye smpai skang tak jmpa jodoh lg
Comment plg win ;p
Huda Chan ? hakikat sbnar sis.
tusebab jodoh belum sampai bukan sbb sombong dgn lelaki
Samalah dengan adik saya.kesian dia.
I feel u sis! ???
Tapi my cousin pernah cakap anggaplah sebenarnya Allah nak pelihara kita…?
Hahahaha sama la dgn sye….smpai skrg mcm tu ja
Aku dgn bdk2 uia kgv lain bukan kawan lelaki ko ke dol? Haha…
suh la mak ko carik
I feel you
???????? kenapa kita sama??berhuhuhu la kita sis. Bkn stkt jual mahal, x jual langsung dah ni.
Lgbsdeh huwaaaa ……
Hahahaahaa bengongg
Jual mahal sampai tak ada nak beli ?. Bukan begitu sis, mungkin jodoh belum tiba lagi sebab bukan masa sesuai. Kalau betul ada lelaki inginkan kita, dia akan usaha jumpa parents kita. :)
sis..spatutnye..sis yg kene cari imam yg bole membimbing sis dan keluarga kelak..bole lihat sejarah saidatina khadijah yg melamar rasulullah SAW…
saya pn dlu,punye xsuke dgn gangguan laki gatai ni,blagak jd ganas tomboy kasar,trus xdak org kacau,tp jdoh awl,hbs tgkatan 5 kawin,sbb suami saya ni pdai wat kelakar,saya xblh stay serius
Ye betullllll
Kelam kabut
Ayat cliche , lelaki memang fitrahnya suka pada perempuan, bernafsu pada perempuan. Jadi perempuan kenalah jaga itu ini bla bla bla. Hmmm i think, ada lebih baiknya kalau lelaki dahulu yang jaga mata, hati, kawal segalanya. Lelaki ada 9 akal, 1 nafsu. So why dont you use that 9 akal untuk kawal 1 nafsu. Jangan lah hanya tuding jari pada perempuan, perempuan kena jaga itu ini, lelaki pun samalah. Jangan jadikan alasan fitrah lelaki itu bernafsu untuk anda yg lelaki kurang menjaga mata, atau mengawal nafsu. Btw good advice confessor. Appreciate it .
Cank Challyn
tepat sekali.. wahai kaum hawa.. berhati2 dgn sang lelaki.. jadilah kamu spt mawar berduri.. yakinlah dgn jnji allah.. “perempuan yg baik utk llaki yg baik” begitulah sebaliknya..
Amy Nabila ini bagus
Laki ke pmpn tetap kena jaga diri. Jaga mata, jaga hati & jaga iman. :p
It’s good tho to make girls aware of men, but i just dont have some of the characteristics of which u said itulah lelaki. and i hope im still a man.
Aiman Zulkafli
yap ini ape yg akak katakan sblm ni…
Yuoon Toyooi
Depa tak tau yg kita sy kat depa ni. ~ iklan dulu2.
Yg part last tu, berkawan xde masalah pun aih.
Huh.. akhirnya dpt jugak baca points yg bernas bab isu terlanjur ni. Congrats penulis. Senang nak faham apa yg awak cuba sampaikan tanpa perlu extremely salahkan 1 pihak je.
IrdinaHani AbdRashid
Siti Khansa
Karimah Khalid
No 2 tu seremmmm
Kau akan disayangi oleh makhluk yg dilangit.
Kesadaran diri dlm kalangan wanita tu yg paling pnting.
Kita harus memahami waqie’ masyarakat Malaysia dalam isu ikhtilat. Tidak semua memiliki peluang untuk mendapat suasana tarbiah seperti UIA. Kita juga perlu memikirkan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam persatuan dakwah, terutamanya dalam kalangan saf pimpinan.
Islam tidak memenjarakan silaturahim sesama insan yang berlainan jantina, tetapi menggariskan beberapa had sebagai batasan yang mampan.
Saya bersetuju penuh bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi ‘kawan rapat’.
Cuma, manusia tidak boleh lari daripada sifat kasih sayang dan godaan syaitan yang menghembus debu-debu kemaksiatan.
-HSBM
Fitnah dan manusia berpisah tiada.
Adakalanya hati kita teruji dengan sifat kasih kepada insan yang kita sayangi. Penyelesaiannya ialah buat biasa dan tak over sebab tiada istilah kawan terhadap orang yg kita suka.
Kita kena bergerak dalam usrah, baru kita terpelihara sedikit, in case ada apa2 yg terjadi.
Sahabat ialah insan yang menasihati, bukan yang tulis ‘so sweet’ sahaja.
Semoga Allah pelihara kita dalam soal hati.
FarahDhabitah Amri