Kawan – 11:28 PM

Kawan

Aku ni jenis introvert jadi tak bergaul sangat dengan orang. Biasa memang buat something sorang2 sampai la aku start rapat dengan Milah (nama samaran) ni. Kitorang memang sekelas cuma tak berapa rapat sampai la sebilik tu pon kebetulan sebab main pilih je bilik. Bila dah rapat, aku perasan bila dia lepak dengan geng dia mesti start mengumpat padahal orang yang diorang mengumpat tu antara geng dia jugak. Aku just dengar je la malas masuk campur. Aku pon memang kenal geng2 dia sebab kitorang semua jadi kawan cuma tu la bila salah seorang xde dalam ‘perhimpunan’ tu mesti diorang mengumpat. Aku tak suka la sebab biasa duk sorang jadi terhindar la sikit benda2 macam ni. Diorang pon tahu aku jenis diam sebab tu diorang tak kisah duk mengumpat depan aku. Aku kesian je dengan persahabatan perempuan ni. Depan baik belakang duk kutuk. Biasa perempuan suka gossip tapi kalau takde tajuk nak borak pon jangan la kutuk kawan sendiri.

Benda aku takleh terima bila Milah selalu kutuk Lisa. Lisa ni bukan la geng rapat diorang cuma classmate je. Aku pernah la sekelas dengan Lisa 3 4 kali sebab kitorang lain major so aku memang kenal la Lisa jenis macam mana berbanding dengan Milah yang hanya sekali je sekelas dengan Lisa. Tapi ramai tak suka Lisa sebab best student setiap sem DL konon xlayan orang yang biasa2. Padahal dia ni ok je cuma kalau orang tak tegur memang la dia takkan cakap dengan orang tu. Ye la tak kan suka hati je nak friendly dengan semua orang. Dah jadi budak degree classmate selalu tukar2 so benda biasa la kan kalau xkenal semua classmate kita. Tapi memang Lisa ni kalau kita tegur dia, memang la dia sangat baik tak sombong dan suka bantu kawan yang lemah dalam pelajaran tapi manusia suka sangat menilai sebelum kenal. Macam Milah la, dia benci Lisa gara2 geng dia selalu cakap Lisa ni sombong padahal diorang xpernah nak cuba kenal Lisa just dengar orang cakap je.

Ada sekali tu lecturer puji Lisa, Milah pon terus cakap bajet je perempuan ni padahal dengan kawan sombong. Aku pon terus tanya dia dah pernah try ke kawan dengan Lisa? Setakat classmate tegur sekali dua bukan kita betul2 kenal lagi kan. Sampai Lisa bertunang tapi tak bagitahu Milah terus Milah cakap kawan jenis apa bertunang tak bagitahu. Aku pon macam eh2 pandai pulak mengaku kawan bila orang tu dah bertunang sebelum ni duk kutuk belakang kira kawan ke? Pening aku dengan perempuan ni. Boleh tak jangan busuk sangat hati. Kalau kutuk musuh ke takpe la jugak sebab aku pon kadang terkutuk jugak orang yang takde common sense (jangan tiru, berdosa) tapi kalau kutuk kawan sendiri ni susah la. Lagi satu tak payah bajet kawan kalau asyik mengutuk satu sama lain.

– Suraya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *