Kawan – 3:13 PM

Kawan

Assalamualaikum. Harap approve confession ni admin yang budiman..

Aku nak cite pasal kawan aku mase belajar kat skolah dulu. Aku budak Uia dan dulu aku budak skolah harian biasa je. Tapi takdir menentukan aku dapat masuk Uia ni tanpa sebarang subjek "agama"

Okay. Aku nak cite pasal member aku. Dulu time skolah, biasala nakal sikit sikit kan. Waktu nak membesar laa kate kan. Aku ni jenis minat karoke..haaa.. Sebut pasal ni, dah tentu tentu laa suare aku best sangat kan. Tu yang minat karok tu. Hahaha.. Gurau.
Okay. Walaupun aku tahu mende tu lagha, buang mase,buang suit bagai. Tapi tah laa. Bila dah minat ni. Susah nak tinggalkan. Tapi camane pon, aku tetap tak tinggal ibadat aku sebab kan karok. Aritu pernah sekali, dalam bilik karok tu, nset aku bunyi azan. Aku diam, bagi azan abis sekejap then sambung balik.. Teruk bile kan..hahaha.. Tapi alhamdulillah lepas abis, aku gi solat.

Isu aku kat sini, aku kawan sorang ni yang suke hukum orang lain ke neraka. Bila aku sembang member member pasal karok, lagu, dia wajib akan cakap mende tu maksiat! Masuk neraka. Alahai. Aku bukan lah nak bekap aktiviti ni cumanya, tang mane maksiatnya.. Aku pergi dengan lelaki sume. Nyanyi pon lagu spoon, wings, iklim. Aku tak nampak mane maksiat, kalau lagha, makruh mungkin laa.. Tu laa yang aku rase. Kalau ade dalil yang kate karaoke maksiat, tunjuk bukti mari. UAi pon ade cakap, nak berhibur boleh, tapi jangan sampai jadi najis. Disebabkan karaoke, aku gaduh dengan dia 3 hari. Haha

Okay. Kawan aku ni baik. Kuat ibadat. Dia selalu jadi imam, selalu jadi qari, baca doa time majlis. Suare pon mantop bila mengaji. Haritu juara azan Bebel. Tapi bab mulut dia yang tak tahan. Ade satu kisah lagi, kawan aku, terkantoi tengok porn dalam kelas. Kebetulan dia yang mengantoikan. Lantas, dia maki kaw kaw laa.. Depan orang ramai. Budak perempuan sume pandang kat budak yang kantoi. Malu tu tak usah kata lah kan.
Sekali lagi, aku bukan lah bekap budak tengok porn tu. Cumanya, cara dia tegur tu tak betol. Tu bukan tegur, tu mengaibkan. Dekat setengah jam aku berperang lidah dengan dia sebab porn. Orang nampak aku jugak yang jahat sebab bekap orang salah.hmm. nasib badan.

Setelah 2 tahun tak jumpa, aku dapat tahu yang dia sedang bercinta. Kahkahkah! Bercinta tak haram pulak ke hawau?! Ooo.. Lupa.. Dia kan imam, bercinta ala ala islamik laa ni. Love till jannah gitu.. Huuuu.Kononnya, bercinta sebab nak kahwin, padahal budak perempuan tu baru 17. Kahwin amendenye gitu. Ceh.

Okay. Baru puas sikit hati aku dapat taip panjang panjang ni. Gini laa manusia kan, time orang buat silap, terus hukum ke neraka, tapi bila sendiri buat silap.macam macam dalil kluar.

Aku harap kau berubah laa kawan, jangan kerana mulut, badan binasa. Okay, dahlah, babai sume.

Yang Benar,

Pecinta Karaoke.

– Pencinta Karaoke

CREATE A POST

2 Comments

  1. itulah hahah selalu yang bercakap tulah yang diuji yang paling hebbatt. aku pernah juga lalui lepas tu aku dah taubat dah,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *