Kawan

Assalamualaikum, korang buat apa tu? Minggu minggu study week ni, kalau tak study, mereput lepastu bila exam esok, malam baru sentuh. ah sudah, student kenal sangat perangai haha.

Bukan nak cakap pasal tu, sudah terang lagi bersuluh tajuk itu pasal kawan. Korang rasa sakit hati tak kalau korang je yang kena jaga hati dan perasaan rakan rakan kita? Tapi hati kita? Sikit pun diorang tak jaga. Tapi, kita cam biasa ah chill, rilex, even terasa atau sakit hati pun tetap buat macam nothing happen.

Aku ada seorang kawan ni. Rapat lah jugak since kitorang memang satu rumah. Tapi aku perasaan lah sejak dua tiga hari ni, dia macam tak tegur aku. Selalu nya minah ni kepoh juga. Aku taktahu apa aku dah buat sampai macam tu. Atau ini hanya perasaan aku yg agak sensitive semasa study week ni? Iyelah macam macam emosi bercampur baur taktahu nak cakap macam mana eh. Lepastu kan, ada one day aku terhantar message yang aku anggap aku nak kongsi je. Tapi dia anggap macam aku nak menakutkan dia. Hanya tuhan yang tahu perasaan ku bila kawan sendiri expect aku nak menakutkan dia. Dia ni sensitive bab bab scary merry ni. Mana lah aku nak tahu, sebab tu just a story je. Hmm. Kalau korang, korang nak buat apa?

Itu pun kena sound sikit lah. Terasa lah aku as kawan dia kan. Tapi dia tak pernah nak jaga hati aku. Bagi aku, jaga barang barang kawan ni ibarat jaga hati juga lah. Aku jenis tak suka kalau barang barang aku rosak, tapi orang yang merosakkan tu tak bagitahu. At least, let me know lah. Kalau korang apa perasaan korang if kawan korang pecahkan barang korang tanpa pengetahuan korang? Sedih tau dapat tahu sendiri benda tu pecah. Tu pun tak silap lepas seminggu dua baru dapat tahu, haaa. Memang rasa geram ah, tapi takpe aku diam lek lek. Lepastu dapat tahu benda tu terjatuh lagi sekali, adalah beberapa bahagian yang pecah, tu pun dia diamkan juga tak bagitahu. Tapi aku still diam. Malas nak cakap, even benda tu murah tapi beli dgn duit juga. Payah lah orang macam ni. Apa yang patut dibuat kalau korang di tempat aku? kbye

– – sis yang sentiasa sabar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *