Kawan Aku

Hi thanks kalau confession ini di published kan. Aku nak ceritakan pasal kawan aku ni yang asal dia dari sabah. Aku kenal dia ni masa kat universiti. Awal-awal sem masa masal mula mula tu kitorang dah kenal.

Aku nak tanya la korang, korang yakin ke kawan yang korang kawan bertahun-tahun lamanya atau pun kawan yang korang anggap kwan rapat, korang dah kenal betul-betul?

Ok macam ni sedikit intro ye. Aku dan kawan aku ni aku gelar dia B la ye. Kitorang study kat ipta. Top 5 uni in malaysia. Masa mula-mula masuk u dulu aku kenal jumpa dengan dia ni. Dia jiran bilik aku je, kitorang juga satu kelas.

Apa yang aku nak cerita kat sini si B ni perwatakan dia lemah lembut. Tapi kadang-kadang ada juga la kasar dia yela sebab dia guna “kau” saya pula guna “awak” kadang kedengaran kasar sikit hahaha dan slang sabah dia juga cukup pekat ye kawan-kawan. Bunyi qalqalah sungguh.

Si B ni kalau tengok dari cara pemakaian dia semua biasa-biasa. Barang-barang dia biasa-biasa je. Maksud aku takde yang berjenama mahal-mahal gitu.

Tapi yang aku perasan la kasut dia mesti ada jenama la jarang dia pakai kasut yang tanpa jenama atau jenama entah pape. Contoh jenama kasut dia carlo rino ha gitu masa aku mula-mula nampak kasut dia aku terkejut sebab seingat aku kasut ni harga dia dalam 200 huhu.

Kitorang ada kawan aku gelar dia si C la ye. Si C ni roomate si B. Si B ni jenis yang tak banyak cakap tapi kalau dengan kitorang dia kadang banyak cakap la. Si C ni dia suka cerita pasal family dia ad itu ini. Sampai satu haritu kan aku ni gitau la yang aku ada beli baju kat butik ni si C ni pula kata, “haah wakkk kita pun ada beli kat sana smpai beratus wei”.

Si B ni senyum ja lepastu kata “mahalnya. Saya punya baju dalam loker tu bawah RM100 ja hahaha” dia ketawa la. Kitorang yang lain selalu cerita pasal family kitorang bawa jalan-jalan gi cameron, genting, kl semua tapi aku perasan si B jarang cerita dia kadang-kadang snym lepastu tanya pasal cerita kitorang lebih lanjut.

Lepastu si B juga jarang cerita pasal family dia. Yang kitorang tau mak dia berkerja. Hah tu je la kitorang tau sbb masa tu dia call dia tanya “ibu kerja ka” hah dari situ jela kitorang tau, kerja apa kitorang tak tau.

Kitorang berkawan 3 tahun dah. Dan tak pernah lagi si B cerita family dia, background dia apa semua. Tapi yang aku tau si B ni pandai dekan berturut-turut dah humble sungguh plus pemurah.

Dia selalu belikan makanan untuk kucing, bagi orang makanan. Padahal kan dia makan sekali sehari je. Haritu kitorang ada ajak makan kfc dah 2 kali dalam seminggu tu kitorang makan kfc hehehe. Dia kata tak apa la dia beli kat cafe. Dia kata dia nak jimat duit.

Sampai la satu haritu aku dengan kawan aku ni, which is kawan si B juga. Kitorang dua ni pergi sabah sebab ikut vacation uni. Masa ni tengah cuti sem sebelum pergi sabah tu aku ada gitau awal-awal si B yang aku akan g sabah then mungkin aku ni nak la melawat-melawat dia kan so dia bagi la alamat.

Tibalah harinya aku nak g rumah si B. Masa ni kitorang tengah diberi kelonggaran satu hari untuk jalan sendiri sekitar sabah. Apa yang aku nak cakap sabah lawaaaaaaaaaa ohhhhhhh. Maju beb dari aku bayang kan, hehe.

Lepas kitorang order grab aku ws la si B, ni harini aku nak pergi rumah dia kejap lagi sampai. Si B reply nanti dia nak masakkan fav food aku. Aku pun apa lagi aku cakap tak yah susah-susah kitorang ada bawa mcd ni.

Aku tak suruh dia masak fav food aku sebab fav food aku tu spaghetti bolognese huhu kesian dia nak masak benda tu. Dah la mahal barang dia. Kitorang belikan mcd sebab nak bantu la sikit2 dia. Ada juga alas perut dia dan family.

Masa dalam perjalanan tu kitorang masuk kawasan yang rumah2 naif sangat. Dalam hati aku oh ni la kawasan si B tinggal ye. Rasa sedih juga tengok keadaan sekeliling. Then tiba-tiba pakcik grab tu bawa keluar kawasan rumah tu. Kitorang dah kat jalan raya besar.

Aku macam “eh tu bukan kawasan rumah si B ke” lepastu kami menuju masuk ke kawasan rumah astagfirullah mengucap aku rumah banglo mewah bhaiiiiii. Then pakcik grab ni berhenti kat depan kawasan rumah banglo yang mashaallah rumah banglo yang biasa ko tengok kat drama-drama melayu yang lelaki dia super duper kaya tu haha.

Then pakcik tu kata “sampai sudah” kitorang bayar then masuk. Lepastu kitorang call B. Then tiba2 pagar terbuka sndri terkejut aku ahha aku nampak la si B ni tersenyum.

Dia datang kat kitorang cakap “ui susah2 kamu pergi sini, masuk la” malu-malu weh nak masuk rumah ya Allah besarnya mewah gila kereta dia ada 2 dua dua mewah. Masa masuk kitorang dijamukan spaghetti fav aku. Then mak si B tanya2 pasal kitorang apa semua.

Habis je kitorang makan kitorang nak pergi basuh pinggan la ni lepastu si B kata eh tak yah biar dia basuh. Then aku ni nak g dapur nak minum air aku terdengar la si B ni cakap dngn sorang pmpuan aku rasa tu bibik dia. Bibik dia kata dia nak basuk pinggan tu tapi si B kata tak yah dia suruh bibik tu rehat sebab tadi dah siram pokok.

Lepastu bibik ni lalu depan mak si B, dia nak ambil pinggan-pinggan kotor atas meja. Tapi mak si B kata tak payah buat. Rehat la sana jap nanti sambung kerja balik. Then mak si B yang ambil pinggan tu letak dapur. So aku tau sekarang si B ni telah dididik dan dibesarkan dengan baik oleh mak dia huhu mak dia pun baik sama.

Then kitorang rehat jap kat bilik si B sambil layan movie huhu nak menangis aku tengok bilik si B yang besar dia macam besar ruang tamu rumah taman teres aku huhu. Aku cakap la kat si B, yang aku ingat dia ni orang yang biasa2. Rupanya begini pula kehidupan sebenar dia.

Tau apa dia kata?

“Saya hidup biasa-biasa ja, lagipun saya tak suka menunjuk-nunjuk kat luar sana sebab tak semua ada apa yang kita ada. Saya tak nak buat orang lain rasa tidak bersyukur atau rendah diri. Masing-masing kita ada rezeki masing-masing.”

Ayat dia buat aku terciduk haha. Aku ada juga kadang2 tu nak menunjuk huhu si B ni juga pernah ke oversea wehh tapi dia tak tnjuk kat social media. Dia ada album sndiri siap album bertajuk, “korea” , “canada” , “taiwan” uh kagum gila aku.

Then masa kitorang nak balik ke hotel. Mak si B tolong hantarkan. Merasa la kejap ye naik vellfire. Huhu. Kat situ baru aku tau la si B ni adik beradik dia 3 orang, mak dia kerja jururawat plus ada business. Ayah dia pula ada business sendiri juga plus ayah dia engineer. Adik si B 2 orang tu masih sekolah.

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah kisah humble gila si B ni. Aku rasa kalau aku tak pergi rumah dia haritu aku tak tau ni si B yang sebenar haha mungkin sepanjang aku berkawan dengan dia ni la aku rasa kesian kat dia uhu padahal dia lagi kaya beratus kali dari kitorang.

Ada je yang kat kelas kitorang tu yang dapat zakat tapi suka berjimba tiap minggu then nak pakai baju mewahmewaj je uhu harap tak terasa. Aku salute gila dengan B ni.

Ok la tu saja. Byeee.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *