Sindiket Sedekah

Assalamualaikum semua. Nama saya S. Saya harap admin akan siarkan luahan hari saya ni sebab penat saya taip panjang ni. Haha.

So dalam sehari dua ni viral tentang peminta sedekah untuk sekolah tahfiz tapi bila tanya solat asar berapa rakaat pun dia tak tau. Saya teringat juga kisah viral beberapa minggu lepas tentang anak muda jual jus nenas dengan pakcik minta sedekah depan bank tu. Siapa yang belum baca pasal tu, boleh la cari.

Tertarik saya dengan isu-isu sindiket sedekah ni. Banyak yang saya nampak komen, “kita sedekah je, apa dia nak buat tu urusan dia dengan Allah. Yang penting kita dapat pahala”. Tak kurang juga ada yang beranggapan “kita akan dapat 2 kali pahala. Pahala ditipu & pahala sedekah”

Please. Stop. These. Mindsets.

Saya yakin ramai je yang tahu pasal sindiket ni. Rakyat malaysia ni bijak-bijak belaka. Kalau tengok kanak-kanak sakit sama yang tapi hari ni mak dia orang lain, esoknya mak dia orang lain, confirm2 la sindiket.

Kalau tengok orang mintak sedekah anak elok je tido sehari suntuk (kita nak bagi anak diam kejap je masa makan kat kedai pun payah) sah2 la sindiket. Boleh google pasal ni. Most probably budak tu dah diberi ubat tidur. Dan macam2 lagi petanda sindiket ni. Saya yakin ramai yang tahu. Tapi masih dengan mindset macam kat atas tu.

Sedarkah kalian bahawa kalian lah yang enable sedekah sindiket ni?

Bila 1 tokey yang buat, dan untung banyak. Akan ada lg 1 tokey lain ikut modus operandi yang sama. Makin lama makin banyak & makin berkembang. Yang kaya sapa? Budak yang korang bagi sedekah tu entah2 makan nasi kosong dengan telur goreng je, yang kaya nya tokey dia.

Saya bila bagi sedekah ni, selain dari nak pahala, saya juga nak tengok sedekah saya tu sedikit sebanyak dapat menggembirakan atau merubah hidup orang yang saya sedekahkan tu. tak perlu la nilai yang banyak.

Ambil nilai RM1 je contohnya. Kalau disedekahkan kepada orang yang betul, boleh dia belanja anak dia makan aiskrim, mungkin anak dia dah lama minta dibelikan aiskrim tapi duit dia yang ada didahulukan untuk benda lain yang lebih penting.

Di sini saya nak bagi idea untuk bersedekah yang mudah2 je.

1. Bagi tips.

Bila beli makanan atau minuman, tak semestinya kedai mahal, warung tepi jalan pun ok, tinggalkan je tips atas meja untuk pekerja yang kemas meja. Mudah mudahan duit tambahan dari tips tu dia boleh belikan anak dia mainan baru.

2. Sedekah kepada kanak2.

Bila pergi pasar, atau beli goreng pisang dll, selalu saya nampak penjual tu bawak anak ke gerai. Mungkin sebab tak mampu nak hantar ke rumah pengasuh. Boleh hulur ikut suka kita pada budak tu. Cakap je untuk beli coklat. Ikutlah dia nak simpan ke, nak beli jajan ke. Pada saya asalkan budak tu happy pun dah ok.

3. Sedekah pada guard.

Guard melayu ke nepal ke bangladesh ke tak kisah lah. Bila kita beli nasi lemak untuk breakfast, boleh beli extra 2-3 bungkus & hulur kat pondok guard kat rumah/office kita. Sekurang kurangnya dah jimat sikit belanja makan dia hari tu.

4. Bayar lebih.

Ikut lah kat pasar ke kat mana2, saya bagi contoh beli sayur lah. Kalau sayur tu harga RM2, kita bayarlah RM5. RM3 tu kita sedekahkan. Margin jualan diorang tu bukan tinggi sangat. So dapatlah duit lebih sikit hari tu.

Tu sahaja yang saya teringat. Benda2 simple je. Yang ada di sekeliling kita. Tak payah pun nak pergi masjid ke bagi duit tabung masjid ke (kalau selalu pergi masjid boleh jugak sedekah pada tabung masjid).

Kalau ada lagi idea-idea yang lain, boleh lah share diruangan komen. Cuma saya harapkan rakyat malaysia yang bijaksana ni hentikanlah mengkayakan sindiket sedekah ni.

Banyak lagi orang lain yang betul2 perlukan duit. Tokey2 sindiket tu semua hanya ambil kesempatan & eksplotasi ke atas orang ramai. Selagi ada yang pegang mindset kat atas tu, selagi tu lah tokey sindiket ni akan kaya raya.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *