Kawan Aku Curang Dengan Lelaki Muda Dari Aku

Assalamualaikum, Hai semua nama aku Julia berumur 24 tahun.

Aku nak ceritakan tentang masalah aku dengan kawan aku namanya Syaza (bukan nama sebenar).

Syaza dan aku dah berkawan selama 2 tahun. Perkenalan kami bermula ketika aku mula bekerja. Dari apa yang aku nampak, hidup Syaza mewah. 

Selalu setiap petang di tempat kerja akan pesan makanan dan minuman di food panda dan grab. Selalu belanja aku kalau aku takde duit nak makan. Emas tiap tiap bulan beli. Kadang cincin kadang gelang.

Syaza ni merupakan seorang perempuan yang aku boleh dikategorikan dalam kalangan cantik dan manis dipandang. Ramai laki dekat tempat kerja minat dengan dia. 

Namun apa yang tak cantik adalah perangai dia. Apa yang aku maksudkan adalah perangai cakap lepas dan senang melenting dia. Pantang orang cakap mesti dia bidas kaw kaw punya.

Kadang kadang orang tak cari pasal pun dia yang mula mengata orang. Ramai juga yang bergaduh dengan dia sebab mulut dia sendiri. Tapi tu bukan cerita utama kisah ni..

Okay masa aku kenal Syaza ni dia dah bertunang dengan seorang lelaki 5 tahun tua dari dia. 6 bulan kemudian mereka melangsungkan perkahwinan mereka. Maka tahun ni umur Syaza 26 dan husbandnya 31. 

Pada awal perkahwinan Syaza selalu bercerita tentang suami dia sweet baik bertanggungjawab, macam husband of the year lah. So aku assume macam dia takde problem yang serious lah dengan husband dia.

Sampai once dia bukak cerita dekat aku mengadu husband dia selalu balik kampung tinggal dia kat rumah. Jangan salah faham ya kenapa dia tak ikut adalah kerana dia juga seorang wanita bekerja.

Jadi suami dia selalu balik kampung pada hari jumaat malam sebab cuti pada sabtu tapi Syaza tak ikut kerana kerja pada hari sabtu tu. 

Kemudian dia ceritakan juga yang suami dia sangat berkira tentang duit dengan dia.

Entahlah pada ceritanya aku dengar seperti suami dia cuma mahu berjimat, tapi tak tahulah. Aku tak berdiri di kaki dia. Bila aku tanya dia okay tak dia cuma senyum dan angguk sahaja.

Maka perkara ni diborak dan berlanjutan sampai aku dah tak dengar perkara ni dari dia. Penat kot bercerita benda sama.

Pada suatu hari tu Syaza ni nampak happy sangat dan aku perasan mata dia asyik mengerling ke department sebelah. Aku korek korek tanya siapa yang dia tengok.

Kami mula bergurau sampai lah satu nama yang sangat asing keluar dari mulut dia. Fahmi (bukan nama sebenar).

“Eh tu bukan budak baru tu ke” aku tanya ke Syaza yang sedang melihat telefonnya.

“Haah weh comel doh dia” Syaza tersenyum sambil tangan menaip di telefon. 

Aku syak dia sedang chat dengan si Fahmi tu.

“Kau jangan macam macam Za” aku melarang Syaza.

“Takdelah, aku dengan dia macam adik dengan kakak je”.

Perkara ni berlanjutan selama beberapa bulan. Mereka berdua ni sangat rapat sampaikan timbul gossip mereka berdua bercinta tapi bila ditanya jawapannya sama. “Adik dan kakak sahaja”.

Aku pilih untuk percaya Syaza sampailah satu hari tu aku tanpa sengaja ternampak chat Syaza dengan Fahmi di whatsapp. Terkejut. 

Meremang bulu tengkuk aku baca isi chat itu dan pada masa yang sama nak baling telefon tersebut. Tapi tak terbuat sebab aku miskin dan itu iphone 12. Antara isi chatnya adalah seperti:

Syaza : B dah makan ke?

Fahmi : Dah sayang. Sayang B rindu sangat dekat sayang.

Syaza : Awh, Sayang pun rindu B.

Aku tak percaya. Tapi alang alang dia tiada di situ aku mula membaca lagi perbualan mereka. Ada gambar juga. Sah! Mereka bercinta. Siap rancang nak kahwin hujung tahun ni.

Tapi aku buntu apa yang aku perlu buat. Nak tegur, kawan. Sumpah aku tak berani tegur dia. Lagi aku dah selongkar privasi dia.

Aku pun cerita hal ini dekat kawan yang aku betul betul percaya. Aku minta pendapat dia. Tapi dia pun buntu sebab dia pun tak tau apa nak buat.

Aku rasa perkara yang aku fail nak buat adalah tegur kawan sendiri. Sebab aku takut terasa hati. Tapi nak biar pun tak sanggup. Maka kawan aku pilih untuk tegur tapi konon seperti tak tau perkara sebenar.

“Kau jangan rapat sangat dengan laki tu. Kau isteri orang. Nanti ada fitnah susah tau”

Tapi teguran pun tak lut. Aku buat benda sama juga dengan menegur Syaza untuk jaga ikhtilat sebab aku ternampak dia bertepuk tampar dengan Fahmi. Pun tidak berubah Syaza tu.

Maka kami pun buntu. Nak share dengan orang lain, tak berani. Jadi apa yang kami nak buat?

Tolong bagi pendapat. Minta maaf andai terkasar bahasa.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *