Kawan dan kereta – 11:51 PM

Kawan dan kereta

Salam,

Kisah aku macam ni, aku dilahirkan dalam family yang agak senang. Sepanjang hidup aku duit tak pernah jadi masalah. Duit biasiswa ada, kalau tak cukup parent boleh top-upkan. And masa aku punye birthday beberapa tahun lepas parent aku hadiahkan aku kereta. Masa tu happy tak terkira, FREEDOM is mine! huhu.. Standard lah kan sekarang semua benda nak kena pakai kereta. Lagipun zaman sekarang ni jangan cakap budak U, budak sekolah pun drive sendiri je pegi sekolah. Parent aku lah yang bayar duit kereta every month sebab diorang kesian tengok aku nak pergi memana susah. Diorang pesan kat aku, kalau ada kengkawan nak tumpang tu, tumpangkan je lah, bab2 duit minyak jangan berkira sangat. So aku pun terima pesanan diorang.

Alkisahnya, aku tak tahan dengan sikap segelintir kawan2 aku kat kolej aku sekarang. Setiap kali nak keluar aku yang kena decide nak pergi mana, pukul berapa, buat apa, bla bla.. Mula2 aku tak kisah sangat, yelah, mungkin diorang segan dengan aku, sebab diorang menumpang. So biarlah aku yang decide everything. Sampai satu masa aku rasa annoyed pulak. Rasa macam mak yang nak bawak anak2 pergi keluar berjalan. Dahlah aku yang kena drive (kengkawan aku jenis yang reti drive walaupun ada lesen), pastu aku jugak yang kena fikir nak makan kat mana, pukul bape nak gerak, semua nak aku yang tentukan. Bapak la wei, aku pun penat jugak kalau asyik aku je yang fikir. Rasa macam orang gaji pun ada. Erti hidup dengan memberi tapi kalau asyik aku je yang nak bagi, kau je yang nak menerima pun susah jugak.

Paling aku tak berkenan, everytime cuti memasing akan balik kampung. Kebanyakan kengkawan aku kampung jejauh, so majoriti balik kampung naik flight. Disebabkan distance airport dgn fakulti kitorang yang agak dekat, aku OK je kalau setakat nak tolong hantar or ambil orang kat airport. Yang sedihnya, aku duk sibuk menghantar mengambil orang, tapi aku sendiri naik teksi je. Sekali jalan dalam RM20 (teksi kat sini mahal giler. standard) Pernah sekali aku isi duit minyak RM20 habis semata2 dok ambik and hantar orang gi airport tapi takde sorang pun yang nak hulur duit minyak kat aku. Duit and masa aku habis camtu je fikir pasal orang lain, tapi hal aku takde orang nak peduli.

Satu lagi aku ada jenis kawan beli tiket flight, timing flight tu tak fikir susah senang orang lain, fikir senang diri sendiri je. Selalu jugak aku kena datang ambik kat airport sampai pukul 12 malam, 1 pagi pun ada. Sedih kot, diorang suka hati je nak balik pagi2 buta tu pastu nak suruh aku datang ambil kat airport. Alasan naik teksi mahal, or takut nak naik teksi sorang2 pagi2 buta camtu. Aku every time beli tiket flight balik kampung seboleh-bolehnya tak nak balik malam, tak nak susahkan parent aku ambik malam2. Penat plus mengantok kot. Kadang tu, bila dah smpai tgh2 malam tu, ada yang delay pulak. Kena tunggu pulak lagi. T.T

Tu lah kan, walaupun aku tak minta duit miyak ke ape, kadang2 rasa sedih jugak kalau kita dah buat something untuk orang, sanggup berpenat spend duit bagai tapi takde yang nak appreciate. Memang kita senyum je kat orang, nak marah pun tak guna, sebab masing2 dah besar, dah boleh fikir. Bukan tak pernah aku tegur kalau boleh jangan beli sampai lewat malam, tak mampu aku nak ambil korang memalam buta, tapi apakan daya, alasan tiket paling murah jugak yang paling win. Student lah katakan.

Sebenarnya banyak lagi insiden2 aku dan manusia lain yang buat aku susah hati tapi aku pendam je dulu. Tahap kesabaran aku masih dalam range yang terkawal. Tapi bab kereta ni memang dah sampai threshold kemarahan aku and sekarang aku confess sebab aku dah tak tahan sangat. Benda ni dah lama aku pendam tapi aku tahu aku takkan meluahkan kat sape2 sebab nanti dia akan jadi like mengutuk or mengumpat orang. Sebab melibatkan perangai orang. So biarlah aku cerita dalam incognito mode.

Dilema aku sekarang ialah,

Adakah aku terlalu baik atau terlalu bodoh untuk bersusah payah tolong manusia lain tapi bila aku dalam kesusahan, takde siapa yang aku boleh harapkan or at least yang dapat melegakan hati aku.

Patutkah aku terus berkawan dengan orang yang hanya kenal senyuman dan gelak tawa aku, tapi tak pernah kenal kesedihan aku?

Pesanan aku ialah berusahalah untuk balas jasa orang yang dah banyak tolong kita. Tak perlukan duit or emas permata, cukuplah dengan senyuman. :)

Sincerely,
Aku.

– Aku

CREATE A POST

One comment

  1. aku pon lebih kurang macam kau laa jugakk..cuma aku bukan laa dari keluarga yang senang sgt.. duit minyak tu aku kena isi sendiri guna duit ptptn aku…soo aku akan rasa kecewa dan terkilan bila buat peangai macmm tu.. yang lagi aku geram bila diorng pinjam kereta aku tapi tak pandai isi minyak balik..aku pon ikat perut nak isi minyak kereta diorng boleh sesadap jee..u aku tuu mmng pendalaman sikit..kalau nak pegi bandar jauh la..tapi mentality diorng selalu fikir yg ada kereta je kaya ad bnyak duit,..tapi diorng tak tahu yg kreta kita guna utk kemudahan bila susah..soo cara yg aku buat utk menggelakkan hati aku sakit dan menggurangkan stress dengan kawan2 aku ni…aku buat muka tebal. senang je bila diorng kreta aku pesan aku nak diorng make sure meter minyak tu sama macm sebelum diorng guna..lantaklaa diorng nak fikir hati kering ke…yg penting aku takdelah laa sakit hati sensorang. Pastu kalau ada yg tolong ambik ke tolong hantar keee.. kalau aku tak busy aku tolong kalua takk mmeng minta maaf laa..dulu aku lembut sgt..aku rasa aku kena pijak je slalu asyik jadi kuli diorng jee..soo aku dah tak tahan aku terpaksa guna kuasa sikit.. ni semua atas nasihat housemate aku yg rasa annoyed dgn classmate aku..smpai dia pon x tahan tggok aku stress dgn diorng ni…Soo aku rasa kau buat je hati keringg hati gembira hidup pon bahagia hahahaa :B

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *