Kawan di universiti – 7:28 PM

Kawan di universiti

Assalamualaiakum. Harap2 kak min approve ye post ni.

Saya pernah belajar di sebuah IPT malaysia. Nak cerita la, dulu masa belajar saya jadi mangsa buli emosi dan mangsa selfish kawan2 saya.

Buli emosi tu dari segi orang perli ketinggian saya, sampai budak2 lelaki duk pegang2 kepala. Dah marah, tapi dorang tak dengar. Saya jadi geram terus menangis. Ingat nak lempang hidup2 tapi takut nanti dicop sebagai eleh-padahal-kau-yang-terhegeh-hegeh-kan. Saya serius memang tak rapat dengan dorg, saya hanya menjadi bahan ejekan sebab ketinggian. Belajar engineering tapi jahil tak tahu beza benda haram dengan halal. Lepas marah buat lagi. Geram sangat sampai meroyan tulis kat Twitter terus depa sentap, reply "relax la sis. Kita kawan kan". Serius la dia boleh buat kat kawan perempuan lain. But sorry, saya bukan jenis perempuan tu.

Mangsa selfish kawan2. Ye. Masing2 sibuk nak kejar pointer. Kejar kaw2. Saya ni ada masalah kesihatan. Bila nak enjoy pergi jalan2 pinjam kereta, baru mengaku kawan. Bila saya dalam kesusahan (siap cerita kat dorang A sampai Z), dorang tak percaya dan buat bodoh. Dah la miss banyak kuliah mintak tolong sorang pun taknak tolong. Bila melibatkan assignment, tak sedar nama dikeluarkan, konon nak tolong, padahal dah janji lepas sihat nak cover balik. Dah siap cover balik dengan assignment lain. Dah minta maaf sebab tak dapat bagi komitmen kerana kesihatan. Beberapa bulan lepas exam, dapat tau saya dapat D untuk subjek tu. Check dengan lecturer dapat tau nama saya tak dimasukkan sekali. Terkejut beruk wey. Tak pernah2 dapat result macam tu. Menangis2 peluk mak.

Tambah lagi dugaan kena fitnah sebab saya suka menyendiri kan. Orang lain buat orang lain kena. Fitnah yang saya cerita buruk2 pasal sorang hamba Allah pada bebudak lelaki. Pelik la dorang ni takut sangat kat hamba Allah ni walhal 24/7 dorang mengumpat pasal dia. Plus bukti dorang cakap, saya tak suka hamba Allah ni. Haaa aah memang la saya tak suka perlakuan dan perbuatan dia. Tapi tak ade la nak cerita kat orang lain especially orang laki. Jadah la nak gedik2 bagai. Haihhh takut sangat dengan hamba Allah ni sampai orang lain jadi mangsa. Macam la saya baik sangat dengan budak2 laki. Yang gedik2 meroyan2 ada pakwe satu kelas tak kena pulak. Kebetulan masa tu saya suka menyendiri sebab banyak pergi appointment di hospital dan fikir kewangan saya yang banyak diguna untuk diri saya. Mungkin sebab dorang tak nampak saya buat apa, terus cakap saya yang buat. Fitnah tu buat saya dihina dan dicaci2 teruk. Allah, hancur luluh hati masa tu rasa tak sabar nak habis belajar dengan harapan taknak jumpa diorang lagi.

Dah sekarang rasa takut nak ada sekumpulan kawan baik lagi kan. Hmm sabar je la kan. Cuma lepas daripada tu, memang dah tekad la, jangan nak menaruh harapan walaupun dorang ngaku kawan baik. Malas nak involve apa2 dah dengan dorang dan terpaksa berpura2 baik depan dorang.

Hmm nak tau yang real kawan baik, tengoklah masa kita susah, apa yang diorang buat. Kalau diorang memilih untuk susah bersama, alhamdulillah. Kalau dorang pilih sebaliknya, la tahzan, innallah ma'ana ??

– Sis nur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *