Assalamualaikum. Di sini aku nak share skit story pasal kawan karib merangkap housemate aku. Nama dia Rahmat. Aku panggil 'mat'. Dia ni anak tunggal. Orangnye peramah, suke berseloroh. Kami berkawan sejak zaman persekolahan lagi. Aku tengok hubungan dia dengan parents pun sangat rapat. Tiap kali parents dia mintak tolong sesuatu mesti dia akan tunaikan. Dia sedar yg keluarga dia bukan daripada golongan org kaya.
Selepas tamat pengajian SPM, dia mula bekerja untuk sara keluarga. Siang, malam tak penat untuk mencari rezeki. Tiap hujung bulan, dia mesti balik ke kg halaman menziarahi parents dia. Dulu hidup dia susah. Makan pun telur ngan kicap tiap2 hari. Tapi sekarang atas usaha yg dilakukan, dia dah semakin senang. Dia ajak aku pergi beli kereta nak hadiahkan untuk parents dia. Tak lama lepas tu dia dapat berita tentang parents dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Lepas kematian parentsnya hidup dia mula berubah 360 darjah. Dia sering ke tempat2 maksiat. Balik lewat malam, mabuk sana sini. Aku dah bnyk kali nasihat tapi apakan daya kata-kata nasihat aku tu bagai mencurah air di daun keladi. Pemergian parents dia effect sgt sampai dia snggup buat perbuatan terkutuk. Sampai satu hari aku dapat berita dari salah sorang housemate aku yg lain bahawa dia dah meninggal akibat overdose. Luluh jantung ni hanya Allah je yg taw. Hilang sorang kawan yang dianggap sehidup semati. Semoga tenang kau di sana.
Pada rakan2 sekalian, janganlah disebabkan pemergian orang yg disayangi kita hilang arah tujuan hidup. Redhakan lah sahaja kerana setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya. Sekian sahaja daripada aku. Terima Kasih.
– Amir Lee