Kawan kat uni tak best – 3:07 AM

Kawan kat uni tak best

Salam. Hai. Aku taktahu nape, aku rasa kawan aku kat universiti ni tak best langsung. Serious skema ntah pape. Maksud aku, hidup diorg bosan gila. Sampai hidup aku pun bosan jugak. Kalau keluar je mesti nak pegi mall je, bapak bosan takde life. Tgk movie pastu makan lols. Nak beriadah kat taman ke apa mesti tanak sebab panaslah, malas jalan la. Bosan betul dapat kawan camni.

Sebab tu kalau buat pape aku lebih prefer buat sorg. Sebab diorg ni serious bosan sgt. Mereput je. Disebabkan aku ni bad girl dr sklh lagi, so aku prefer kawan kawan yg gila gila suka buat kerja gila. Maksud aku keluar jalan kaki rmai2 tengah malam panjat pagar ke apa ke barulah seronok sikit. Takdelah rasa lifeless sgt memalam hadap assignment je sampai aku rasa life kat u ni bosan gila nak mati.

Dulu time sklh, aku antara top student yg selalu kena panggil kat bilik disiplin. Wehh serious seronok life kat sekolah dulu. Nakal nakal aku pun spm aku boleh masuk u jugak. Setakat kena rotan and kena berdiri depan students lain tu dah macam aktiviti mingguan aku dlu. Kalau ingat balik, mesti aku tersenyum hehehe. Memories never die. Sebabtu aku nak cipta kenangan manis jugak dgn kwn kwn u aku ni. Tp sorg pun tak boleh harap. Semua membosankan. Nak cakap belajar tiap masa result sama je dgn aku. Jomlah kita cipta kenangan. Jangan tahu pergi balik kelas je. Kesian aku tengok. Aku pun kesiankan diri aku jugak sebab dapat kawan bosan hmm.

– Aspuri

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *