Kawan ke tu?

Aku harap aku xjd kawan mcm sesetengah org yg dalam confession ni. Aku x faham org yg simply sebut "kawan" ni tapi burukkan mereka.

Kalau setakat ceritakan masalah kawan dan tanya pendapat mcmn nk nasihat kawan dia tu tak apalah.

Ini bukan main tulis dengan ayat kasar atau semua buruk tulis. Siap ada yg cakap aku ni memang kasar kalau buat lembut macam anjali nnt kena ketawa dgn Rahul. Dah kenapa?

Kalau betul kawan tu ada perangai buruk tak elok. Pergilah tegur dia depan2 elok2. Janganlah memandang keburukan kawan tu macam diri sendiri takde keburukan.

Harini dia diuji dengan perangai tak patut. Esok2 mungkin kamu pula. Hidup ni mcm roda. Kejap diatas kejap dibawah.

Ini pengalaman aku sendiri. Mungkin Allah nak mengajar aku. Aku pernah mengutuk seseorg kerana perangainya. Akhirnya Allah uji aku dengan bnd yg sama apa yg aku kata dia dulu. Ternyata aku buat bnd yg sama dia buat dan melebihi lagi.

Jangan kamu samakan diri dan ujian kamu dengan kawan kamu. Siap ada yang cakap "aku pun dulu ni jugak tp xde mcmni.." janganlah riak.

Kalau betul kawan…janganlah poyo sgt dengan segala confession yg seolah2 buruknya kawan ko. Manusia semua buat silap. Ada buruk…ko pun ada buruknya yg mgkn kawan ko kutuk td bersabar…

"Rugilah orang yang tidak mencari sahabat. Lebih rugi orang yang sudah mendapat sahabat tetapi mensia-siakannya"

– Hinata

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *