Dengar tajuk pun rare kan? Biasa "kawan makan kawan". Ini kawan santau kawan. Air yang tenang, jangan disangka tak ada santau! Geram pula aku nak cerita. Tapi bila fikir biar semua yang baca ni dapat pengajaran. Aku cuba kawal emosi aku. InshaAllah.
Aku ini student tak duduk hostel. Kira duduk rumah sewa lah. Aku duduk dengan 5 orang kawan aku. Kiranya semua total 6 orang. Dan setiap bilik duduk 2 orang. Aku duduk dengan kawan aku yang aku kenal since sekolah menengah lagi. Yang selebihnya itu aku kenal masa belajar dekat universiti ini. Rasanya patut mention bukan UIA tapi universiti aku ini pun tittle 'islamik' juga.
Aku rasa kena kenalkan nama kawan aku (of course bukan nama sebenar). Biar korang tak keliru. Dan aku pun senang nak cerita. Kalau tak faham. Baca berkali-kali sampai faham. Hadam! Baik, kawan-kawan aku adalah Didi, Mama, Sasau, Fafa, Haha.
Antara kami berenam ini Didi agak unik sikit. Dia boleh nampak makhluk halus. Setiap masa dia boleh nampak atau rasa kehadiran benda itu. Tak semestinya bila dia duduk sorang-sorang. Nak dijadikan cerita, Didi ini sakit teruk sebab masalah makhluk halus ini. Family dia ada masalah saka, masalah kena santau dengan jiran. Itu yang dia cakap lah. Kitorang iya kan saja. Dan Didi ini satu bilik dengan Sasau.
Satu hari itu, Didi ngadu sakit teruk. Dia balik kampung nak pergi berubat katanya. Jadi kitorang pun relax saja. Hal family dia. Tak nak kacau. Nak dijadikan cerita, diam-diam Didi ada call Haha. Dia cakap yang dia kena santau dengan housemate dia! Terkejut aku. Macam tak logik gila. Padahal kitorang selama ini happy-happy je. Makan berjemaah. Kadang share masalah sesama. Dah macam family kot. Tapi, kenapa? Apa masalahnya?
Didi cakap kitorang semua kena pergi berubat sebab kitorang dah termakan 'benda asing'. Makanan kitorang selama ini telah disantau. Dan selama beberapa minggu ini hanya seorang je yang sentiasa ada masa untuk masak buat kitorang iaitu Sasau. Didi cakap selama ini dia ada nampak makhluk itu dalam rumah. Cuma dia tak hiraukan sebab nampak macam tak kacau.
Aku sentap kot. Sampai hati Didi rahsiakan. Well, mungkin dia tak nak bagi kitorang risau. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa. Ini pun kami dah berhempas pulas cari. Bila dah jumpa, ujian sebegini pula. Bila ingat balik, kesian Mama kena usik ketuk-ketuk pintu tandas. Fuh! aku selamat tak ada kena usik. Kalau kena pun bukannya aku rasa. Deria rasa ke-7 aku ni kurang. hahaha. Didi bagitahu lagi yang semuanya angkara Sasau. Sasau berniat untuk tuju pada Didi. Ya, roomate sendiri yang buat.
Kitorang curious macam mana Didi boleh tahu semua ini? Didi terangkan yang ada malam itu dia pergi berubat dengan orang alim. Makhluk itu masuk ke dalam salah seorang saudara dia. Makhluk itu cakap yang dia benci dekat Didi. Dia santau Didi sebab Didi ini selalu solat, baca quran, belajar pandai, orang ramai minat dan beberapa sebab keduniaan (aku dah tak berapa ingat). Orang alim cakap yang orang yang buat itu dekat dengan Didi. Orang itu bawa makhluk itu sekali masa tumpang Didi dari kampung balik kampus. Plus, dia siap ada letak serbuk apa entah dalam kereta Didi termasuk dalam makanan. Semata-mata nak tengok Didi sengsara. Dia juga bersekongkol dengan tuan rumah sebab katanya tuan rumah berkenan dengan Didi. Nak ngorat tak dapat, guna cara halus. Siap bagi air putih dengan perfume limau nipis. Konon untuk pedinding padahal entah apa ada dalam itu. Aku pun dah terlanjur minum. Percaya punya fasal.
Patutlah malam yang sama itu dalam rumah ini Sasau dah macam apa dah. Cacing kena panggang kot. Aku tengok dah macam nazak. Tarik nafas tak cukup. Dada berombak-ombak. Ajar syahadah tak nak ikut. Bila temberang Sasau dah pecah. Aku akui kitorang lain sikit dah tak makan dekat rumah berjemaah. Elak dengan masakan dia. Jangan cakap kitorang ini pemalas. Tak nak masak. Sebenarnya selama ini kitorang bergilir masak cuma dia suka lead. Bukannya biar dia terkontang-kanting dekat dapur sesorang. Kitorang ada setiap kali dia masak tapi tak perasan bila dia masukkan. Kalau tak mesti lah dah tanya letak apa dalam makanan itu. Kadang aku geram je nak tanya direct dekat dia. Tapi bila ingat Didi masih dalam sakit dan takut dia makin buat dekat Didi. Aku sabarkan saja.
Bukti lagi kuat mengatakan Sasau memang dalangnya bila Mama nampak Sasau berdialog seorang diri di depan pintu. Seperti cakap dengan 'sesuatu' lepas itu siap hulurkan tangan macam ambil benda atau salam. Bila ditanya dia buat apa, dia cakap ambil penawar dari nenek dia. Gila! Bukannya nenek kau dah arwah ke? Senyap je lah. Buat-buat macam tak faham.
Aku kesian sangat dekat Didi. Sakit yang dia tanggung sampai banyak kali ponteng kelas. Dekat beribu dah duit habis pergi berubat. (kes buatan orang lain juga). Yang paling aku tak dapat terima bila Didi cerita dia hampir jatuh dari tingkat 2. Kisahnya bila dia tengah dalam kelas. Dia dengar macam ada orang panggil dia. So dia keluar nak tengok siapa yang panggil. Dia nampak tuan rumah dekat groundfloor. Dia kata tuan rumah melambai panggil dia sampai dia hampir nak jatuh sebab nak pergi dekat tuan rumah. Nasib ada yang tegur dia. Jadi dia sedar balik.
Kitorang pernah test Sasau untuk lafaz syahadah. (Ini pun dari suggestion Didi). Dia boleh sebut "asyhadu an la ilaha illah" tapi next dia berdalih untuk lengkapkan. Means dia tak mampu lafaz "wa asyhadu anna muhammadan rasulullah". Lafaz syahadah dia tak lengkap! Terjemahan bahasa melayu pun dia tak dapat lengkapkan. Innalillah. Takut aku mati dalam munafik. Wa iyyazubillah.
Sejak hari itu kitorang pantau dia. Tak bagi dia duduk sendirian. Kalau masuk waktu solat mesti ada yang duduk pastikan dia selesaikan solat. Apa yang dibacanya itu lain cerita. Kalau berpura-pura pun moga sedar. Bila dah selalu buat. InshaAllah, terbit rasa insaf. Mudah-mudahan. Doakan lah ya. Bila kata geram memang geram tapi tak ada guna kalau hasad dibalas hasad. Buat sahabat, moga kau temui makna kehidupan untuk pengakhiran yang baik. Buat mereka yang tengah sibuk menyantau. Ingat! Kematian bagaimana engkau idamkan? Dalam kau sibuk nak mematikan orang. Agak-agak kau tahu bila kau akan mati? Please lah, kembali pada Allah. Jangan bersekongkol dalam kesyirikkan. Aku cakap sebab aku sayang korang. Memang aku tak rasa hidup dengan makhluk (yang mungkin kau tak nak pada mulanya) tapi cukup lah aku kongsi rasa bila jadi mereka yang disantau. Walau nampak sikit tapi serius hilang nikmat ketenangan. Diselubungi kegelisahan tanpa sebab. Kadang bunyi-bunyi. Badan pun lesu. Mental weh. Nak lagi asyik ponteng kelas. Terpaksa drop. Extend sem. Lambat grad. Itu belum cerita bab pressure family lagi.
So. Minta-minta bertaubat.
– Mangsa santau
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Baik hati hangpa…kalau aku,maybe dah kena belasah ramai2.
Mohamad Amirul santau ni org caya ka kalau nak belasah ramai2
The symptoms is there.dah kena kacau apa semua..tak pecaya jugak tak tau la nak kata apa.
Lepas kena blasah, dia hantar santau lagi kuat, smpai mati2.
Betul aku ada tgok cerita thai pasal santau ni org terdkt pun terkena gila la
May Allah SWT bless and save all of you. Amin.
Semoga selamat
wujud ehh bende gini..ishkkk jahat
Ya mmg wujud pon awk… Mak sy pla ada saka dr tok moyang… Benda2 mcm ni mmg wujud cuma rmai yg x percaya sbb zmn dh moden kn
oooo takot plak rase..minta jauh lah bende mcm ni..ni mesti kes dengki knn
Pastu jumpa polis kenapa pukul dia, sebab dia santau saya? Ah? Sure si confessor ni kena balik tak pun buat2 cakap ada suara berbisik suruh belasah dia hahaha.
Ashwani UnpredictablêLiyanaa Talibb
Kepada cik confessor harab bnyak bersabar eh…teringin nk tlong kawan awk Didi tu..sian dia
hasad dengki melayu .. hebat ohh ..aku kene santau sebab peniagaan aku maju ..sakit .. lesu …mase tu mcm org mati laki je gayenya .. nak buat keje taboleh .. badan lengoh .bila na niaga mulalah sakit la ape la .. hmm .tp berikthiar berubat … alhamdulillah .allah kembalikan kesihatan aku .. untuk penyantau aku .aku doakan agar allah balas berlipat ganda dr apa yg ko buat kat aku ..
3 tahun lepas x silap jadi dkt ayah sbb perniagaan maju jugak.Sakit dkt satu2 tempat pastu sakit tu boleh pindah2 dkt tngn,kaki.Sakit dia jngn ckp la sentuh sikit je suara 3 rumah boleh dengar.Alhamdulillah jumpa la dngn sorang ustaz ni dan bomoh(bukan bomoh yg pakai syaitan tapi yg pakai ayat Al-quran) baru la beransur sihat.Lepas sihat tu ayah selalu pakai cincin pendinding diri.Dkt setahun jugak stop niaga.Alhamdulillah smpi sekarang ayah masih sihat.
Perghhh.. kalau nk berubat leh contact kwn sy.. ustaz Daus Yg Bezz
Nak kene tumbuk perot ke haha
Salam ustaz ade kes santau ni.. kesian die kawan sndiri pulak tu yg buat.. ish3… ustaz mlm ni sy dgr ustaz g mengubat kat shah alam… bgsla dunia ni perlu ramai lg org mcm ustaz ????
Siot joi haha
Terima kasih jugak ustaz sbb prnh tlg sahabat2 sy Apis Kiut Aslam Suhaimi Amirul Izzat Fiqri Zailani Kameel Razali Shaffiq Shaffry dan Alif Fazally Omar
Bc. N
tsy. .bc..c
Ustaz Daus Yg Bezz tolong settlekan
Moga tabah dan sabar dalam tlg kwn awk tu.. kisah sy berbeza sikit..bkn kne sautau..tp saka..mse stdy dlu..rumate ade saka..ble masuk waktu azan..xkirela..dlm pd waktu kelas tgh hari..ble dgr azan..automatik die rasa nak mengamuk..uhuhu..nafas akan turn naik mcm nk marah..mle2 tu mmg takut..( penakutla katekan..walaupun makhluk halus selalu gak nampk..)huhuhu..lma2 da terbiasa..akn tenangkan die..suruh die ngucap..istigfar bnyk2..uhuhu..kdg time die jmpe sorg bdk junior llki..(ada saka gak) mmg xkamceng..msti nk gdh..syla jd mangsanya tukang tenangkan….uhuhu..ade 2 org rumate sy cm didi tu..blh nampak..yg sorg blh ckp dgn bnda tu.. kebanyakan yg sy knl..most of them..ada saka..da nasib dpt kwn2 semua blh nmpk..uhuhu..dgn sy2 sekali kdg nmpk..uhuhu..
Uhuhu je
Mohla berjemaah..uhuhuhu..
RiNa , Hidayah bace weh
Art Seriwalis
Ahmad Syukri Maliki
Dahsyat betul kawan santau kawan. Berdosa bersar mensyirikkan Allah ni
confession cmni la yg aku nanti2kn.. Cik Shikin Bulat Munyi..sanggup kawan santau kawan sendiri..dunia mmg da nazak :'(
Saya NabiLa
Seram nya… ????
Yasmin Mka
takutnya. org camni pun ada ke. hrmm
Kan. Kesian kawan2 dia.
Orang Israel Yahudi dah sampai bulan orang Islam masih buat begini.
Kepada cik confessor dan semua rakan, sy seru untuk amalkan zikir pagi petang. Boleh didapati dalam buku hisnul muslim (perisai muslim). Zikir dan doa pendinding diri tu semua diambil dari hadith yg saheh dan hasan..juga ayat2 quran.. boleh download kat play store (English version). Kalau nak beli kat dakwah corner di ampang park, pj n bangi ada jual..bm n bi.. rm5 je
Amalkanlah..saya dulu masa sekitar tahun 2010 selalu kena ganggu di rumah.. hampir setiap malam
Sy nak tidur pasang surah albaqarah but somehow still kena ganggu
Lama2 sy fed up. Teringat pesanan ustaz fadhil utk amalkan zikir pagi petang tu.. so sy start baca pagi lepas solat subuh dan petang lepas solat asar. Time period pun sy baca. Alhamdulillah sampai sekarang xde dah kena ganggu.. sy tak baca semua pun zikir/doa tu..sy pilih a few yg sy boleh hafal dan istiqomah..
Amalkan lah.. hisnul muslim.. nabi salallahu alaihiwassalam dah ajar apa doa nak di baca.. yakin dan amalkan lah. Gerenti selamat. Sy dah cuba..anda bila lagi..
Mathurat ke?
+ amalkan ayat2 ruqyah jugak. baca lps solat, baca sblm tido…baca bila2 teringat.
Dhiya Wathiq Siti Naasuraq Sayuti Nurin Safwah Afiqah Imran
Aqilah Syahirah
Azura Abdul Jalil Muhaimin Mohamad Farrah Azhar
amalkan zikir mcm Adrin Abdul Wahab.. amalan bkn biase2 ni.. kikiki
Deria rasa ke 7 wowww
kann.. adrin pun bru ke-6.. kena berguru dgn org ni tek.. untunglaa la dari membakul dan membasikal skg..
Farhanis Sufian
Safwan Fauzi
Normahani Darus
Sheila Mohamad
Syukriah Yusof Nurul Huda Hanafi Kauthar Pakrudin Maftuhah Abdul Halim
Nur Khalilah bukan.. hisnul muslim.. al mathurat tu ada sebahagiannya campur dengan doa/zikir yang yg tidak thabit dari nabi salallahu alaihiwassalam. Better baca doa/zikir yg memang thabit dari nabi sebab fadhilat dia confirm terjamin 100%. Download je sis.. sy sampai sekarang amalkan.. alhamdulillah selamat :)
Ada siapa2 nak ke hisnul muslim ni? Sy boleh tolong belikan.. rm5.. sy tak ambil apa2 charge..kalau nak boleh bagitau.. nak bm or bi.. boleh wassap sy 013 222 9586.. nur Nur Khalilah.. kalau yg dah kena sihir/santau tu sy suggest ruqyah diri sendiri..pun ada doa2 dia.. boleh beli buku “”doa ruqyah: utk org sakit mengubati guna2 dan sihir”. Yg ni terbitan pustaka ibnu umar.. saiz poket tu rm5.50 tak silap. Mak sy pernah sakit. Jumpa doc pakar tapi doc ckp mak sy sihat. Dia mengadu dgn sy..dah pergi berubat tapi tak sembuh2. Sy pun cuba ruqyah mak sy.. sy ambil daun bidara, sy tumbuk halus dan bacakan ayat2 quran yg dinyatakan. Sy bg mak minum n buat mandi. Sy juga suruh dia baca hisnul muslim tu hari2..alhamdulillah sampai sekarang dia x sakit macam tu lagi..
Yg penting solat tu jgn tinggal.. cubalah awal waktu.. baca quran.. dan baca zikir pagi petang tu.. doa sabar dan yakin pd Allah..
Kalau tidak kena ganggu pun amalkan lah zikir pagi petang tu.. untuk keselamatan dunia akhirat.. dalam hisnul muslim tu sebenarnya banyak doa2/zikir2 untuk kehidupan harian.. lengkap.. bukan hanya zikir pagi petang.. amalkanlah..
HheerD
Kak confessor,,, hrp akak dpt pm sye skejap..
Anas Syafiq..
Sy lagi dahsyat..sepupu sndiri.. Pas tu pndai brlakon carikan kitaorg pndai merawat sihir..padahal nak mnambahkn lg sihir bersubahat dngan perawat tu..
Rsyidah Ramle
Dh viral cerita ni
Suhadah Nazri
Nurul Izzah Ishak
Zulaifa Zainal Nur Afini Izati
boleh minta ustad Norazri Medzlan untuk rawatkan. Dia dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Kalau jin cakap kita tak boleh percaya 100 peratus. Sbb jin ni dia antara kafir atau Islam. Boleh jadi jin tu sengaja cakap mcm tu utk memporak perandakan hubungan sesama sahabat awk dlm rumah. Al-Quran kata kita sesama org yg beriman ni kena bersangka baik…itulah yg lebih baik. Buat orang yg ade kelebihan melihat alam ghaib sebenarnya itu satu penyakit…Boleh cuba ubat hospital kut..kalau pesakit skizofernia, org tu boleh dengar alam ghaib. Samada boleh dengar, nampak atau rasa sentuhan alam ghaib…antara tiga tu digelar sbg skizofernia…boleh cuba makan ubat hospital utk kurangkan simptom berhubung dgn alam ghaib