Ni sambungan cerita aku yang semalam.
Bila talian terputus, aku cuba buat panggilan balik tapi tak berjaya. Dah fed up, aku matikan phone dan letak atas meja study, lagipun battery pun tinggal berapa.
Selang beberapa minit lepas tu, mata ni dah mengantuk dah nak terlelap dah , phone berbunyi atas meja , ada mesej masuk. Hairan. Phone mati tapi kenapa mesej masuk boleh bunyi pulak kan ?
Aku anggap phone tu tadi tak sempat matikan, dengan pantas phone tu dicapai atas meja.
"+6017*******: Sarah, mana kau sarah ? Aku balik bilik apasal takde orang? Siapa nak teman aku tidur ni? Huuuhuu."
Weyh , berderau darah aku tahu tak? Boleh dia kata dia balik malam tu. Nak taknak memang taknak lah jawab mesej tu. Malam tu aku tak oleh tidur, dan memang tak akan tidur. Perasaan seram menyelubungi diri tahu tak? Malam tu aku mampu berdoa je.
*tok tokk tokk*
Pintu bilik diketuk. Siapa pulak lah memalam buta ni datang. Kawan aku yang lena tidur ni terbangun sebab ketukan tu kuat tapi skejap. Aku kata dekat dia , takde pape dan dia boleh sambung tidur. Sebelum dia nak tidur tu dia ada kata , kalau ada pape terjadi dekat aku , cepat cepat kejut dia.
Aku nak bagitahu tapi kesian tau sebab dia nampak letih malam tu.
Disebabkan aku pun terlalu penat , akhirnya aku pun lalu dibuai mimpi.
Keesokan pagi, lepas aku mandi semua tu , aku perasan atas katil aku ada satu nota kecil, tak tahu siapa letak. Mencurigakan , yang lagi mencurigakan lagi bila aku masuk bilik, katil roomate aku yg hilang tu tersusun rapi, ada bantal , ada beg semua.
"Sarah aku pergi kelas dulu tau , rindu kau. Maaf sebab tak bagitahu yang aku balik sebab ayah aku kemalangan
I know yang kau tak suka aku , tapi aku senang dapat roomate macam kau"
Pelik. Macam mana dia tahu aku tak suka dia , sedangkan aku tak pernah cakap dengan dia pun . Ayah dia kemalangan ? Okay tu aku tak pasti. Aku pun tak kisah pasal dia dah , nota tu aku sisipkan dekat buku sebab nak bagitau dekat kawan aku yang roomate aku dah balik.
Sampai dekat kelas,
"Weyh nora, semalam roomate aku balik"
"Gila apa kau ni?"
"Ye cuba kau tengok ni"
Sambil mencari nota tadi yg disisipkan dalam buku , tapi pelik , langsung tak jumpa.
"Hahahaha aku gurau je lah nora"
Aku sembunyikan hal ni. Pelik macam mana kertas tu boleh hilang.
Saru hari tu aku takda mood nak berbual. Sampai bilik , aku nampak roomate aku tengah baca suratkhabar atas katil. Aku cover sikit yang aku ni takut tapi aku buat cara memyampah.
"Sejak bila kau baca suratkhabar ni"
"Alah sikit sikit je. Lagipun ayah aku suruh baca"
Kejap tadi kata ayah dia kemalangan tapi hmm takpelah maybe ayah dia sakit dan terlantar dekat hospital rasanya.
"Ayah kau okay?"
"Alhamdulillah okay , ada dekat hospital lagi"
"Sarah sebenarnya aku…."
"Eh jap aku nak mandi dulu"
Aku capai tuala nak mandi , rimas badan , berpeluh. Sampai je tandas , aku nampak nora, nk cakap pasal aku tegur roomate aku tapi nanti dikata gila , so ambik keputusan , senyapkan diri je .
Balik bilik lepas mandi , time ni aku dah plan nak baca novel yg aku bawak dari rumah tu. Sampai je bilik , roomate aki takda dah , tapi dia tinggalkan surat khabar tu atas katil aku.
Bila di ingatkan balik , tadi dia macam nak kata sesuatu dekat aku tapi biarlah , lagipun dia dah takda ni. Keinginan aku nak baca surat khabar ni tetiba muncul. Aku selak satu persatu , menarik , dengan senario masyarakat yang makin kejam terpampang dalan sebuah kertas yang menarik perhatian ramai. Sampai dwkat muka surat 8 , aku terhenti , artikel ni tarik perhatian aku.
18 Disember 2014, 11:78 pm – Seorang pelajar daripada University sekian sekian telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari semalam atas punca ounca yang kurang dijelaskan oleh pihak University tersebut. Dikatakan , mangsa lari keluar dari kawasan hoste atas sebab gangguan emosi dalam diri dan berisiko untuk mangsa bunuh diri. Setengah jam sebelum mangsa lari keluar dari kaeasan hostel , mangsa dipercayai meracau seperti dirasuk oleh sesuatu sebelum beliau meninggalkan diri tanpa jejak.
Ehh tak mungkin dia , tapi cerita dia kenapa sama dengan apa yang nora cerita ni. Tak mungkin , aku tak nak percaya , karut benda ni.
Malam tu , aku tidur lagi bilik Nora sebab takit , disebabkan terlalu penat sehingga aku terlena , tak perasan ada satu mesej masuk dalam phone aku.
Pagi tu lepas mandi aku baru perasan ada mesej ,
+6017******* : Sarah , mesti kau dah baca kan suratkhabar yang aku tinggalkan atas katil kau tu. Jaga baik baik , ada dokumen penting aku dalam tu tau . Sayang kau
Aku campak phone dalam loker , serious meremang bulu roma , betul la apa yg nora cakap dia lari keluar dan kemalangan jalan raya . Aku tak sangka , orang yg selama ni aku benci , sbenarnya dia sayang sangat dekat aku , dia sebenarnya nak bagitau aku yang dia dah takda , tapi kenapa aku berdalih haa ? Ya Allah , kau selamatkanlah dia ya Allah.
Aku ambik keputusan nak bagitau Nora, selangkah sebelum keluar dari bilik aku terdengar ada orang berbisik,
"Sarahhhh terima kasih sebab sayangkan aku, aku sentiasa ada bersamamu"
[End]
Maaf kepada yang baca , sebenarnya cerita ni adalah rekaan semata mata , jangan percaya dengan hantu , tu cuma makhluk Allah jugak okay . jangan kecam cerita aku hahahahaah k selamat membaca
– Sarah Amirah