Kawan Sekerja

Assalamualaikum semua. Aku punya entry maybe tak panjang sebab lebih kepada nak tanya pendapat semua. Aku umur 30-an, perempuan dan bekerja dalam bidang professional.

Aku tak tahu nak start dari mana, yang penting sekarang ni aku tertekan. Kadang2 aku rasa macam dah tahap depression. Tapi itu yang orang suka tengok.

Aku rasa sekarang aku ibarat macam dah dipulaukan oleh rakan sendiri. Rakan sekerja. Betul cakap orang, rakan sekerja ni ditempat kerja sahaja. Jangan bawak masuk sampai ke dapur and bilik tidur. Maksudnya jangan terlalu rapat.

Dulu, kami ramai dan satu geng. Pergi makan, lepak, gossip sama2. Tahun demi tahun ramai yang dah berhenti di kalangan kami. Dan akhirnya tinggallah aku berdua bersama sorang ni yang aku namakan dia A. Antaranya yang berhenti tu adalah Bff aku. Sebab mereka berhenti, rasanya tak perlu aku cerita.

Pada mulanya semua okey seperti biasa dan normal. Tapi semuanya berubah selepas ada staff baru iaitu si B, C, D, E. Si A ni seperti biasa yang aku perasan dia memang suka menyendeng dekat orang untuk rapat.

Baguslah sebab pandai bina relationship. Tapi jadi tak bagus dia berpaling dengan aku macam tu je selepas kewujudan staff baru. Macam kami ni tak pernah rapat, tak pernah makan sama2, tak pernah tidur rumah masing2. Semuanya dah jadi asing. Aku tak sangka dia berubah semudah lalang.

Aku tak kisah untuk berkawan. Betul berkawanlah dengan ramai orang, tapi yang lama jangan dilupakan. Maybe aku tak ada kepentingan atau useless. Tak bawa manfaat. Aku tak tahulah.

Bila jadi macam ni, aku teringat time ramai2 dulu. Semuanya okey dan harmoni walaupun ada sedikit percakaran antara mereka tapi semua tu kenangan.

Aku sekarang dah demotivated untuk bekerja. Aku dah takda mood nak duduk office. Aku fikir aku nak berhenti dan bekerja ditempat lain. Apa sahaja aktiviti oleh si A and kawan2, aku akan dikecualikan. Banyak perubahan yang aku tak boleh story sebab nanti dia tahu aku yang post.

Yang aku paling terasa hati, sebelum2 ni biasa time birthday aku akan terima present dari si A sebab kebiasaannya aku pun memang akan bagi tiap tahun. Walaupun benda tak mahal mana.

Tapi kali ini tak. Tapi celebrate birthday untuk si C boleh. Sampai aku menangis kesorangan terasa hati. Aku tak tahulah aku cepat sentap ke atau apa. Tapi perkara tu sangat obvious. Kali pertama ia berlaku dan sangat kekok.

Takpelah, aku pun slow2 dah cari kerja lain untuk mulakan hidup baru. Buat apa aku hadap orang yang dah tak hargai kita. Aku sampai stress sebab pergi kerja tak ada orang yang aku boleh percayai untuk share sesuatu. Tak macam dulu.

Sekarang aku cuma ada husband dan family kecik aku untuk aku luahkan. Mereka pun suggest aku berhenti dan pelan2 kayuh cari kerja lain. Sebab maybe nampak aku depress teruk sangat. Tapi bila dalam office aku act like a normal. Entahlah.

Boleh tak bagi aku kata2 semangat dan nasihat supaya aku kuat. And doakan aku dapat tempat kerja yang positive environment.

– Si Hati Merah Jambu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *