Kawan Yang Bukan Kawan

Hi semua. Aku Nani, ber umur awal 30 an dan masih belum berkahwin. Sekadar nak meluah perasaan, bukan hal jodoh, tapi hal kawan yang bukan kawan.

Sebenarnya aku pernah lah beberapa kali hantar dekat IIUM Confession ni minta pendapat, nasib baik banyak yang sudi bagi pandangan masing-masing.

Cuma hal berkawan ni, aku tak pernah hantar lagi, banyak kali aku taip aku padam, sampailah bertahun.

Hari ni bila dia muncul lagi aku rasa tak tenang dan terus hilang aura-aura positif aku yang penat kumpul.

Aku orangnya suka dengar motivasi dekat mana-mana media yang boleh jumpa, termasuk bahan bacaan.

Dulu waktu masing-masing kawan-kawan masih bujang, aku tempat luahan perasaan dorang, mungkin sebab aku tak bagi pendapat fake, tapi jawapan pun tak terlalu menyakitkan hati.

Aku lah pakar motivasi tak bertauliah, tapi tak lah aku lebih-lebih, akhir kata mesti aku akan cakap, ini pendapat aku, korang yang kena fikir masak-masak.

Kesahnya, tempat kerja yang aku dah bertahun bekerja ni boleh bantu ramai orang susah kena dengan jiwa aku, sebab tu bayaran tak berapa berbaloi pun aku masih bertahan.

Aku seronok bila dapat bantu ramai orang. Aku yang dulu innocent, barulah sedar yang bukan semua yang minta tolong tu betul-betul susah, kadang-kadang sekadar mencuba nasib.

Perkara ini lah yang menghantui aku, aku dah tolong orang yang salah ke?

Nak cerita satu-satu panjang, dipendekkan atas sikap simpati aku waktu tu, aku pun mencadangkan nama sipolan sekeluarga layak diberi bantuan,

Tak disangka mendapat perhatian atasan, so, banyak sangat bantuan yang dia dapat.

Tak aku faham waktu tu, sebenarnya mereka bukan susah sangat, cuma masalah keluarga yang tak bertanggungjawab, harta ada tapi tidak digunakan pada tempat yang sesuai.

Ada sebab kenapa begitu mudah keluarga ini ditolong, kawan yang aku kata bukan kawan ni lah (anak penerima bantuan) yang hari-hari datang ke tempat kerja ku yang mereka ingat kawan baikku. Aku namakan Shela.

Shela ni pelik. Walaupun dia kata dia kerja hari-hari dia datang tempat kerja aku, bila aku tanya dia kata kerja part time guru, jadi kadang-kadang je.

Waktu aku mula-mula kenal dia dia baru 18, jadi aku rasa normal umur macam tu masih belum stabil, boleh kerja main-main, hebat juga rasa kadang-kadang boleh jadi part time guru.

Aku juga waktu tu sunyi gila, sebab satu-satunya staff perempuan, pejabat pulak jauh terasing. Kadang-kadang ada staff lelaki datang mengganggu buatkan aku rasa senang dengan kehadiran Shela.

Waktu mula-mula kenal jugak, Shela bawak violin dekat belakang dia. Teringat dekat kawan baik aku waktu sekolah, anak orang ada-ada, main violin, piano.

Waktu tu masing-masing sibuk, itu yang lama tak kontak. Aku pun tegur Shela, dia pun kata yang dia main piano & violin. Mesti aku excited.

Aku yang kesunyian jumpa pulak orang yang sama minat macam kawan baik aku dulu. Aku memang welcome dia.

Tanpa aku bersangka buruk, dia mula banyak terlibat dengan aktiviti tempat kerja aku. Kata-kata yang terngiang dekat kepala aku, “Syela nak jadi bayang-bayang akak”.

Orang tempat kerja aku pun macam kasihan tengok aku satu-satunya perempuan, yang lain semua laki orang. Jadi dorang pun ok ada orang perempuan boleh bantu dan teman aku.

Syela waktu itu tidak pernah cerita hal buruk berkenaan keluarganya. Cuma hal yang sikit-sikit masalah dengan adik beradik, jadi aku rasa normal aja.

Syela juga orangnya peramah, tetamu-tetamu yang datang lagi gemar bercakap dengan Syela berbanding aku.

Cuma pada mula-mula tu aku agak terkejut yang Syela hafal nama pekerja tempat aku bekerja.

Disebabkan pejabat asing dan jarang-jarang jumpa, aku agak lambat nak menghafal. Lagi aku terkejut dia kenal orang-orang penting dekat situ dan mak-mak datin.

Aku sedikit mula rasa down, sebab aku rasa rendah diri, dan ada yang kata aku ni tak pandai macam Shela, aku sombong.

Lupa nak mention aku dengan Shela beza umur 10 tahun. Tapi disebabkan dia tinggi dan berbadan besar, orang ingat dia sebaya aku. Aku pun tinggi, tapi, dia tinggi lagi.

Sampailah suatu hari tu, keluarga Shela jatuh sakit, rupanya ahli keluarga dia dikenali dengan khidmat tenaga yang dia lakukan dekat kawasan tu.

Jadi orang tempat kerja aku rupanya ada yang kenalinya. Kami pun mengadakan lawatan.

Aku tergamam pertama kali datang kerumah Shela, aku bantu orang susah tapi tak pernah aku imagine dekat bandar ada rumah yang macam nak roboh dicelah-celah rumah besar ni.

Satu bahagian tak ada bumbung. Ada bahagian rumah pakai zink, sampah bersepah dari depan ke belakang. Ada perigi, dekat bandar ni? dalam rumah? tapi dah disumbat sampah.

Maaf cerita memang panjang, kalau berminat aku sambung lagi. Terima kasih. Sekadar nak meluah perasaan.

– Meloni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *