Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tujuan aku tulis confession ni untuk warga pembaca menjawab kekeliruan aku. Aku baru di awal 20-an. Masih belajar di tahun akhir diploma dalam bidang kejuruteraan. Alhamdulillah sudah selesai latihan industri di utara tanah air.
Aku keliru sebenarnya sama ada perlu ke aku sambung ijazah atau bekerja dahulu? Sejujurnya aku tak terlalu beriya untuk sambung ijazah. Aku biasa-biasa saja. Tak terlolong kalau tak dapat. Tak melonjak kalau diberi. Tapi aku tahu jauh di sudut orang tua aku , mereka fikir hanya belajar mampu memberi aku senang dunia bahkan mereka boleh berteduh dengan aku. Aku faham dan aku cakna.
Cumanya aku takut dengan momokkan ketandusan kerja dalam golongan penuntut ilmu walaupun sijil ijazah mahupun sarjana sudah berdebu pada dada rumah. Aku takut bila aku berlelah menuntut ijazah , nanti aku sekadar tanam anggur. Lagi satu , aku tak mampu dalam bidang aku. Aku rasa seksa dengan pengiraannya. Aku rasa sakit dengan rumusnya. Tapi mana ada belajar mudah. Aku tahu itu.
Kilang tempat aku berlatihan industri buat aku celik mata. Buat aku terfikir untuk sambung bekerja kerana mereka memang mengambil pelajar praktikal sebagai staff di sana. Ku fikir tak perlu aku bersusah untuk mencari sebab ini peluang dari Yang Esa. Untuk aku renung dalam-dalam. Moga tiap keputusan memuliakan diri ini.
Cukup setahun dua , aku dah ada pengalaman kerja. Bukan itu yang ditilik para interviewer? Maka , satu bonus untuk aku. Aku yakin lain orang lain takdirnya. Ada yang mencangkul untuk dapat duit, ada yang bermaster phd baru berjawatan tinggi. Aku tak tahu nasib aku.
Ataupun aku ada idea lain. Mungkin lebih bernas, atau sekadar cakap tak google dulu. Aku cadang aku mahu bekerja sambil ber-PJJ. PJJ? Yang sabtu ahadnya pergi mengaji di universiti. Maka, kalau ia terjadi , aku dapat dua bonus. Satu pengalaman kerja , dua segulung ijazah. Tapi aku dengar ada yang sesak kepalanya bila buat begitu. Kau pernah rasa? Wajar kau cerita kan pada aku, apa yang perlu ditempuhi semasa PJJ?
Aduh, ini bukan luahan puitis, ini luahan mencari saranan daripada kamu , pembaca celik yang meluang masa untuk aku. Cuba kau cerita pada aku , solusi apa yang aku harus ikut?
– BBNU Sejati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit