Ke Syurga Hakiki

Assalamulaikum semua. mohon admin approve confession saya ni. in regards dgn pengakuan seorang hamba Allah yg bernama Angah ni, saya terpanggil la untuk berkongsi suka duka kenal jemaah ni selama lebih kurang 4 tahun saya bersama jemaah ini. actually saya merupakan pelajar uia juga tapi bukan kos aliran agama. nak dimulakan cerita kira2 lebih kurang 3 tahun yg lalu, saya dapat tawaran utk sambung belajar di uia. well, dengar nama uia pun saya dah gerun… sebab apa? mampukah aku? yela sebab aku dulu bukan skola agama bahkan sekolah aliran biasa je. yg aku sedih bila tahu result UPU, cikgu2 tanya la, kwn2 aku semua dpt masuk UA yg boleh dikatakan hebat2, cikgu pun puji, bila cikgu dengar aku dpt masuk uia, dorg pun macam "OK". tapi semua tu tidak patahkan semangat aku utk sambung degree kat uia ni.

sebab apa, korang tahu tak? sebab keluarga aku bukanlah hidup dlm biah yg boleh aku kata solehah lagipun. sebab tu aku yakin dengan rezeki dan juga "ujian" yg Allah bagi ini. ringkasnya cerita, mak ayah aku bercerai waktu aku skola menengah, keluarga berantakan, keluarga tak pentingkan solat, seriusly talk, aku tak pernah tgk ayah aku solat selama aku hidup ini dan beberapa lagi perkara yg tak sanggup aku ceritakan. senang cerita keluarga berantakan la. family aku xda la miskin atau kaya cuma biasa2 je.

back to kisah aku masuk uia tu, mula2 mmg aku ragu2 tapi once aku dpt kekuatan diri, akhirnya aku terima utk masuk uia. sebab aku bersangka baik dgn Allah. mungkin dgn aku masuk uia ni aku boleh ubah diri aku dan juga keluarga aku. aku tak tipu. serius. aku tak tahu la kalau "teori" aku ni betul tapi kan kalau kita hidup dlm family yg bermasalah, dlm family tu mesti ada seorang dua yg ok. yela, aku tak kata aku ni lah yg OK tu tapi aku rasa akan tanggungjawab tu utk membantu family aku sebab aku mahu masuk syurga bersama mereka.

masuk uia ni aku kirakan sgt bertuah kerana persekitarannya yg islamik (baca: terkawal) berbanding sesetengah UA yg lain. aku bersyukur sgt2. dan kat sini la juga aku kenal apa yg org panggil jemaah ni. boleh je aku nk bagi tahu nama2 jemaah yg ada kat uia ni samada yg bergerak bwh persatuan2 yg berdaftar atau tak di uia ni tapi mungkin korang boleh la kot cari sendiri. huhu. kat sini aku join 1 jemaah ni yg bagi aku satu perkara asing dlm hidup aku. yup, jemaah yg aku join ni juga bergerak atas nama society di uia ni.

bila mula2 aku masuk, sekadar join program je dulu (belum dftr jadi ahli), mcm2 dorg buat utk tarik aku jadi ahli. sampaikan ada dtg bilik, suka telefon, bagi hadiah etc. mula2 aku rasa pelik la dah kenapa dorg beria2 buat mcm tu kan. lama2 aku dlm ni aku tahu la sikit2 pasal sebab dorg nk rekrut ahli. sepanjang aku join ni, banyak kelebihan yg aku dapat. antaranya ialah:

1) aku berpeluang utk ubah diri aku kearah lebih baik dgn join usrah (baca: nak jadi baik tak semestinya join usrah)
2) byk wasilah2 yg aku dapat join jemaah ni macam mukhayam, rehlah, usrah dan sebagainya.
3) dapat pengalaman baru, kawan baru dan boleh dikatakan sesuatu yg aku tak pernah aku dapat dalam hidup aku.
4) dpat jaga pergaulan lelaki perempuan (ikhtilat)
5) banyak lagi sebenarnya kelebihan dia.

tapi yela aku tak nafikan kadang2 aku annoyed juga dgn cara pengurusan jemaah ni yg kadang2 bagi aku (baca: pendapat peribadi) kdg2 mengongkong kita. sebagai cth aku bagitahu:

"ok, esok kita ada program sekian2, antum semua DIWAJIBKAN HADIR"
"dah masuk jemaah ni, tak payah la join program2 lain kat uia ni, fokus awlawiyat jemaah tu"
" ana harap anta datang la walau apapun, klu tak anta dah kecewakan jemaah"

byk la lagi yg perkara2 yg aku annoyed sampaikan aku tgk2 bdk2 yg baru nak berjinak jinak dengan tarbiyah jemaah ni lari sebab tak tahan. tak tahulah sebab apa, syadid ke atau pengurusan yg bagi aku la TERLALU MEMAKSA. yg aku tgk setiap jemaah kat uia ni macam2 ragam dia yg dorg ada. tapi kan bagi aku setiap kelebihan tu mesti ada kekurangan. biasa lah tu dalam kehidupan ni. fuhh, punyalah panjang berjela aku tulis, yela mungkin korg pun pening (haha) mcm tak tersusun je tapi itulah dia…

apa dia??? aku berharap sangat walaupun mungkin suatu hari aku "terkeluar" daripada jemaah ni, usaha dakwah aku kat muka bumi ini, dekat family aku khusunya tidak terhenti. yup, family. sebut pasal family, kdg2 kala jemaah ni bagi aku la syadid sikit.. klu sebut pasal family, anyhow kena lebihkan tarbiyah dan jemaah. fuhh.. anyway moga2 aku kekal dan jalan dakwah ni dan yg paling penting aku berharap, semoga suatu hari nnti, aku dapat bersama2 keluarga aku ke SYURGA… sekian..

– Ingin Berubah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *