Keadaan Atau Harapan

Hai semua, penulisan ini tujuan pengajaran untuk semua, minta maaf ya jika cara olahan cerita agak terabur.

Pernah dengar kata kata ini “Kadang – kadang hadir nya sebuah ujian bukan hanya untuk seseorang itu (kita), tetapi untuk semua (sekeliling sekali).

Ceritanya bermula setelah aku menerima tawaran kerja di sebuah syarikat, mulanya aku dapat merasakan yang aku mungkin tak lama bekerja di sini. Tempat kerja aku ini lebih banyak lelaki dan kerja berpasukan..

Dekat semua ini so far agak ok, cuma out sikit bab kerja berpasukan..

Di pendek kan cerita aku dulu pernah mengalami masalah kemurungan dan kerisauan, dan di sebabkan tiada kerjasama dari rakan pasukan kerja membuatkan masalah kemurungan, kerisauan aku bertambah tambah.

Setiap hari aku hilang mood, lebih banyak diam dan hilang semangat, semua perkara yang aku suka buat adalah benda yang aku tak nak buat, perubahan diri berubah total 100%.

Mana tidak nya bebanan kerja yang sepatutnya di buat bersama -sama tetapi terkontang kanting buat dengan laju supaya kertas kerja siap pada hari tersebut (kertas kerja ini penting dan kena siapkan jika tak akan pending di sistem dan email).

Silap nya aku mudah kesian kan orang lain, tapi aku tak kesian kan diri sendiri.

Hasil kerja aku agak teruk sikit sebab ada yang salah, sebab terkejar -kejar nak siapkan kertas kerja dan aku juga ada mengambil cuti untuk rehatkan diri dan untuk urusan family (ikut kan aku ini dah macam kaki ponteng dah sebab rakan lain tak kerap cuti/EL.

Aku rasa untuk sebuah syarikat penilaian seorang pekerja yang baik tak semestinya tak ambik cuti/EL..

Jujur aku kata aku tergelak sambil nak nangis (sakitnya hati) bila jumpa video di tiktok ada orang komen “biar malas -malas di tempat kerja, jangan malas pergi kerja”, Allah ja tahu perasaan tu. Sepanjang tempoh aku berkerja di situ selama setahun +

Tu ada terfikir untuk menyuarakan isu ini tetapi aku takut berharap keadaan selepas itu sebab aku pernah mengusulkan pendapat tetapi di tolak..

Aku rasa tak berguna dan suara aku tak bernilai dekat situ. Aku berharap keadaan akan berubah tapi aku rasa sangat sedih dan kecewa sebab aku sentiasa bagi peluang dan masa, tetapi keadaan masih sama, ya aku kecewa dengan keadaan dan harapan aku.

As I hate aku untuk ketua dan bos di luar sana tolong lah jaga dan peduli dekat anak team. Jika tahu ada ketirisan dalam organisasi ambil lah tindakan dan lakukan terbaik untuk menyelesaikannya & rakan sekerja di luar sana berkerja lah dengan baik dan amanah.

Untuk mereka yang seperti aku “Semoga dipermudahkan segala urusan rezeki dan kehidupan kita, aamiin”. Dan tolong doa kan aku supaya dapat kerja baru ya & mampu berdamai dengan takdir .

Sebab aku telah mengambil tindakan dan bersedia dengan kemungkinan dengan berhenti kerja tanpa ada apa apa backup plan (hanya tawakal dan doa yang baik baik),

Korang kalau nak berhenti pastikan ada simpanan berapa bulan dan berhenti setelah dapat kerja dan selesa kerja dekat situ baru lah berhenti, sebab agak susah nak cari kerja kerana banyak saingan kerja & agak terhad.

Pengalaman yang aku dapat semasa di uji ini, menyedarkan aku untuk selalu bersyukur, jaga hubungan dengan Allah, baik sangka & ujian ini benar menguatkan serta turut melemahkan aku yang insan biasa.

Sekian..

– Claraaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *