Keadaan Memaksa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/keadaan-yang-memaksa-2/).

Assalammualaikum semua. Parker here…

Big thanks admin sebab sudi publishkan confession aku sebelum ni.

Terima Kasih juga kepada jabatan netijen yang mendoakan, yang memotivasikan dan menyuntik semangat kepada aku untuk terus hidup dengan cara yang betul dan bersemangat.

Aku hargai nasihat korang semua. Selepas meluah kat sini barulah ada perasaan ringan sikit dengan bebanan yang dihadapi dan fikiran bertambah rasional untuk buat keputusan.

Sebab sebelum ni aku menulis dalam keadaan sedih, menangis, kesakitan. Sekarang ni dah okay sikit… kalau sebelum ni umpamanya 95% depression sekarang lebih kurang dalam 70%.

Kepada yang buat joke dan kecam confession aku. Semoga diri korang atau anak dan keluarga korang dijauhkan daripada manusia seperti aku. Dan diharapkan tidak ada keturunan korang yang akan jadi seperi kami (LGBT).

Okay. To the point…

Respond based on comment…

First, aku bukan lelaki lembut, dari segi penampilan dan luaran aku. Aku layaknya seperti lelaki sejati, aku menjalankan rutin harian seperti lelaki normal.

Aku bukan pretty boy. Aku tak selesa bergaul dengan lelaki lembut apatah lagi pondan. Aku juga tak selesa bergaul dengan lelaki yang penampilanya metrosexual.

Aku lebih selesa dengan bergaul dengan orang2 normal atau lelaki straight. Aktiviti aku juga adalah aktiviti lelaki yang normal.

Aku tidak bermake up. Kurang menjaga penampilan diri tapi asalkan kemas dan selesa. Kadang2 selekeh dengan penampilan. Aku memiliki rupa paras yang jambu. Selalu dikatakan cute. hihihi.

So, cadangan pembaca yang menyarankan aku agar berkawan dengan manusia2 normal adalah ralat. Tak berkesan langsung.

Dan mereka2 inilah antara orang yang sering membahan dan mengajukan soalan (selain family or relative) “bila nak kawen”…”jangan2 parker ni gay”. “awak ni gay ke”. Dan komentor yang menyarankan aku berkahwin dengan yang lesbian…

Tapi setahu aku. Lesbian tertarik dengan perempuan yang lembut bukanya yang kasar or ganas or maskulin. So this oppinion also ralat… melainkan aku adalah lelaki lembut. It maybe work on me.

Kengkawan aku yang normal selalunya bila aku lepak dengan diorang akan membincangkan masalah anak or keluarga diorang yang akan triger kepada soalan yang diajukan kepada aku,

“Eh. Ngko plak. Bila nak kawen…. Kawen lah… jangan lambat… umur dah pertengahan ni… anak kitorang dah nak besar ni… ko bila lagi” wtf….

Dan situasi ini akan mendorong aku untuk memulaukan diriku dan seterusnya menyebabkan aku rasa kesunyian dan depression akhirnya…

Aku pernah terfikir untuk tak nak berkawan dengan mereka tapi nak buat macam mana. Diorang ni je lah yang ada di sekeliling aku yang aku rapat dan biasa…

Nak cari kawan baru yang sekepala… tak akan mudah… tak akan senang… aku dah lalui benda ni. At the end aku akan berkawan dan melepak semula dengan diorang…

Melainkan aku dipindahkan ke suatu tempat kerja yang baru mungkin akan berada di zon selamat sekejap dan akan dihujani dengan soalan yang sama kemudian hari oleh orang sekeliling yang berbeza.

Tapi macam yang ramai sarankan. Aku akan belajar untuk pekak kan telinga dan kebalkan diri aku dengan soalan macam ni. Thank you all.

Kedua, benda ni tak akan berubah. Nafsu gay tak akan berubah. Nafsu lesbian juga tak akan berubah.

Ada komentor yang bercakap bahawa nafsu ini boleh dididik? Ye ke? Ini bukanlah pertama kali aku bercinta dengan lawan jenis. Sudah beberapa kali cuba untuk menyintai tapi akhirnya kandas.

Setakat ni rekod aku bertahan untuk bercinta dengan lawan jenis hanya 5 bulan. Dan 5 bulan itu adalah penuh penyiksaan untuk aku. Cinta yang penuh dusta.

Aku penat berpura2. Apatah lagi kalau nak hidup sehingga ke akhir hayat. Sesuatu yang mustahil dan mengerikan untuk orang seperti aku bukan?

Sepanjang 5 bulan tu aku tak sentuh langsung awek aku, dengan alasan bukan muhrim. Bila dating tak ada spark conversation. Bila aku cakap i love u, i miss u. Love u 3000 times. Aku rasa nak nangis sebab benda tu bukan dari dalam hati dan real feeling aku.

Balik rumah masa atas tilam aku nangis sebab aku rasa berdosa dengan awek aku masa tu dan bagi harapan palsu. At the same time aku sedih dan merana sebab kena hidup dengan orang yang aku tak ada perasaan malah geli untuk disentuh.

Sedangkan aku sangat faham perasaan yang dihadapi oleh awek aku kerana aku memiliki nilai empaty yang sangat tinggi. Huhu…

Ketiga, aku dah puas dengan supplement ke. Ubat ke. Aku dah try… tak berkesan… pendek kata… nak convert supaya nafsu songsang ni diluruskan adalah mustahil.

Kalau betul ada…aku rasa orang kaya yang bernafsu songsang ni dah lama buat untuk betulkan naluri diorang dan masalah LGBT ni bukan lagi masalah yang serius dalam komuniti dunia masa sekarang. LGBT BUKAN PILIHAN bagi aku.

Macam yang telah aku nyatakan sebelum ni, naluri ni memang dah ada kat dalam diri aku sejak kecil. Berpunca daripada apa?

Aku pun tak tahu…. Kadang2 aku dengar atau terbaca lelaki straight jadi gay pasal patah hati dengan perempuan… aku rasa manusia manusia ni adalah golongan bodoh nak mampus.

Bunga bukan sekuntum. Masih banyak pilihan… anda boleh memilih bunga yang lain selain jadi gay.

Oh ya sebelum lupa, aku kadang2 terasa pelik dan rasa sangat rugi dengn manusia2 normal yang tak memiliki masalah macam aku. Korang dah ada orang yang menyayangi diri korang dan disayangi oleh korang.

Tapi masih memilih untuk curang or jadi player. Aku geram weh dengan orang macam ni!!! Aku sampai terfikir, orang2 macam korang ni lah yang sepatutnya hadap masalah yang aku lalui ni. tak menghargai!

Keempat, sebenarnya aku dulu orang2 masjid, rajin ke masjid untuk solat berjemaah. Join usrah dan ceramah agama kat masjid. Tapi geng2 usrah, ustad ustazah ni lah menyebabkan aku malas dan takut ke masjid. Takut ditanya soalan bila nak kawen.

Siap nak kenalkan dan nak jodohkan aku dengan kawan or family diorang. Kadang2 jadi bahan gurauan diorang…jadi aku pilih solat kat rumah. Memulaukan diri.

Kalau dulu aku suka ke masjid sebab dapat tenangkan fikiran dan rasa seolah2 dapat lari dari masalah aku sekarang, tapi lama kelamaan tempat yang aku selesa dan aman akhirnya jadi tempat yang mengancam aku. sedih!

Kelima, berkaitan dengan awek aku sekarang. Insha Allah aku akan slowtalk dengan awek aku. Doakan aku dimudahkan urusan. Aku yakin dengan keputusan aku untuk tidak berkahwin.

Aku akan kuatkan diri aku untuk hadap semua gurauan tak berguna orang2 yang sering menyoal aku “bila nak berkahwin dan awak ni gay ke?”.

What the……. Please stop asking 30 years old man who didn’t married yet to be marry…. Please!! That question hurt me so much sometimes. Jangan push aku untuk berkawen. Please!! Please!! Please!!. Huhuhu.

Akhir sekali, aku selalu terfikir. Andai ada pilihan untuk hadapi masalah lain selain berhapan dengan nafsu songsang ni. Aku lebih rela. asalkan bukan nafsu songsang. Sebab benda ni bagi aku tak ada solutionya.

Andai kata aku cacat anggota badan. masih boleh ikhtiar dan suara hati kita masih boleh kita luahkan kepada orang yang kita sayang dan tak kesepian.

Andai kata aku mengidap penyakit (e.g:jantung berlubang) aku lebih rela sebab masih ada teknologi yang boleh perbaiki kita dan tak akan kesunyian.

Andai kata aku kematian ayah (nauzubillah min zalik, semoga ayah aku dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan. amin) kekosongan itu masih boleh dirawat dengan kehadiran orang yang kita cintai dijadikan pasangan hidup kelak.

Tapi kalau orang macam aku luahkan perasaan aku kat lelaki yang aku suka cuma ada dua kemungkinan. Pertama, aku mungkin makan batang penyapu dan dimalukan. kedua. akan menjalani kehidupan gay dan kembali berdosa.

So better to stay in silent love… bla bla bla… main pointnya. Aku lebih rela hadap masalah lain asalkan bukan nafsu songsang.

Sebab pahitnya kepura2an dan kesepian itu sangat tragis! Masalah yang tak berpenghujung hingga ke akhir hayat dan tak punya penyelesaian malah terpaksa ditanggung sorang sorang.

Apatah lagi tiada siapa tempat kita mengadu melainkan Allah SWT.

Bila ternampak orang yang aku suka, cinta atau bernafsu pada seseorang aku hanya mampu bercakap dalam hati dan berkata, “Ya Allah, inilah perasaan cinta. Hebatnya perasaan ini. Subhanallah, MasyaAllah, Allahualhbar”.

Apakan daya, cinta yang tak terluahkan kerana cinta yang terlarang.

Sakit sungguh sakit…

Pahit sungguh pahit…

Kalaulah ada ubat untuk rawat benda ni.

Ya Allah, kirimkanlah aku seseorang (bukan dari kalangan LGBT) yang memahami aku, mendengar isi hati ku, ikhlas berteman denganku, mengingatkan aku kepadaMu agar aku mudah untuk menjalani kehidupanku sehingga akhir hayatku. Aamiin…

“Sometimes im using my imagination just to make myself happy”

Insan tersakiti,

– Parker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Aku fhm perasaan kau parker. nak meluah pun x guna sbb org xkan fhm.. mcm aku, baik aku simpan je masalah ni sampai syurga. Insyallah.. aminn
    #sayangidiri
    #syukur
    #Doabyk2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *