Assalamualaikum bro/sis.
Semoga confession ni di approve oleh admin. Sama sama kita jadikan sedekah sebagai amalan.
Saya reply kepada confession bro/sis yang nak tengok keajaiban bersedekah terutama di waktu kesempitan. Ini pengalaman saya lah eh. Hari pertama masuk sem ni, saya niat, apa pun yang saya buat hanya kerana Allah. Hanya kerana niat tu, alhamdulillah sepanjang satu sem ni semuanya lancar sangat. Tak ada hari yang saya terlalu stress (walaupun kerja betimbun), tak ada hari yang saya rasa macam nak cepat cepat habis sem. Alhamdulillah, semuanya berkat sedekah. Ganjaran sedekah tak dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit juga tapi Allah bagi ketenangan dan kemudahan dalam belajar, dapat kawan kawan yang tak lokek ilmu, roommates yang baik baik (tak ada yang psiko or meroyan or perangai pelik pelik) dan banyak lagi. Alhamdulillah tu yang saya dapat.
Tak lah besar mana pun sedekah saya. Saya cuma amalkan belanja kawan kawan makan, bak kata mak saya, tak jatuh miskin pun kalau belanja kawan makan setakat 3 4 ringgit sekali sekala. Saya amalkan dan "tak miskin" tu dah melekat dalam kepala, lagi ringan tangan untuk memberi. Terus terang saya bagitahu, masa cuti midsem tu dalam acc saya cuma ada RM420. Kalau nak ikutkan perangai boros saya RM420 memang tak cukup untuk tampung sampai habis sem sampai habis final tapi sebab berkat sedekah, saya tak fikir langsung pasal duit dan alhamdulillah RM420 yang saya bajet hanya mampu tampung untuk sebulan, rupanya bertahan sampai 2 bulan! Allah, indahnya ganjaran bersedekah. Saya tak ikat perut walaupun duit hanya tinggal RM420 dan bajet saya sehari untuk makan RM10 dan kadang kadang lebih (jangan tanya lah beli apa dah pesyen kuat makan). Hujung minggu terkadang self reward (harhar) alhamdulillah Allah bagi nikmat rasa cukup tu! (tak lah self reward setiap minggu kau ni pun!).
Berkat belanja kawan kawan makan jugak lah alhamdulillah saya dapat kawan kawan yang tak pernah berkira langsung bab ilmu. Ada kawan yang bila dia nampak saya diam, dia tanya "awak faham tak?" Saya cakap tak berapa faham and then dia explain kat saya dengan bagi contoh macam macam serius dalam hati saya dah menangis terharu. Semua kelas kawan kawan saya macam ni. Setiap kali quiz or midterm, selalu dorang cakap "quiz kali ni kita buat yang terbaik!". Allah rasa semangat nak belajar bila dapat kawan kawan macam ni.
Okay tu bab kawan kawan. Kat parents jangan lupa hehehehe. Pernah saya beli tudung (satu brand famous) kat mak saya dan dalam masa yg sama saya ada minta part time, dan alhamdulillah saya dapat part time tu. Nampak macam simple, part time je, tapi tu lah, kawan saya tak dapat. Itulah keberkatan sedekah yang saya nampak. Dapat gaji part time tu saya beli lagi something untuk mak saya sebab saya percaya orang yang paling afdal untuk bersedekah adalah parents, adik beradik dan barulah kawan kawan. Jangan tanya kenapa tak ada surprise kat ayah sebab kebanyakannya barang perempuan je kalau ada booth apa apa kat dalam ni huhu. And you guess what? Exam baru baru ni soalan banyak keluar dari final past past year. Allahu, satu lagi keberkatan sedekah. Allah permudahkan urusanku. Tapi jangan la korang suruh aku buat part 2 pulak untuk cerita pointer aku. Bukan aku nak stress kat exam tu, tapi insyaAllah kalau sedekah niat kerana Dia, Dia akan balas dalam keadaan yang awak tak jangka dan insyaAllah akan rasa kecukupan tu. Try dulu baru tahu!
p/s : semoga bermanfaat untuk semua and sorry kalau essay saya panjang berjela uhuks kalau boleh memang nak panjang lagi tapi nanti korang bosan pulak hewhewhew selamat tahun baru kbai gerak lu
– Hamba Allah