Kebahagiaan Yang Sebenar

Assalamualaikum sahabat semua.. Terima kasih admin jika sudi menyiarkan perkongsian aku ini..

Aku ingin berkongsi rahsia kebahagiaan dan ketenangan dalam diri yang aku miliki. Kenapa aku pilih tajuk ini? Nampak membosankan bukan? Kerana dari sudut pandang yang berbeza, konteks ini adalah tujuan utama yang paling penting dalam hidup kita.

Dalam hidup aku, aku punya prinsip. Aku punya mind set aku sendiri.

Pertama, nak bahagia, tak perlu jadi kaya. Maksudnya disini, bukan aku tidak menggalakkan diri aku untuk jadi kaya, kerana aku lihat ramai daripada kita yang menjadikan kekayaan itu sebagai kayu ukur/ syarat utama untuk bahagia.

Ramai yang beranggapan semua orang wajib jadi kaya, wajib punya kereta besar, rumah mewah, bisnes sendiri, dikenali ramai,untuk raih bahagia.

Pada aku, bukan begitu. Bahagia itu cukup bila kita punya gaji walaupun tidak besar tapi cukup untuk memenuhi keperluan hidup, punya rehat yang cukup, punya masa terluang untuk bersama keluarga tersayang, bangun pagi dan punya jadual aktiviti sendiri.

Ya, pada aku itulah ketenangan yang sebenar.

Kedua, aku sentiasa mengingati diriku agar sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah tetapkan kepada ku.

Misalnya, aku bersyukur kerana masih Islam, masih punya iman, masih boleh bernafas, masih boleh makan minum, masih berupaya buang air besar,

Punya pakaian dan tempat tinggal, punya kerja walaupun hanya kerja biasa, punya rakan kerja yang baik serta keluarga yang sentiasa ada bersama.

Tidak dinafikan, rata-rata ramai daripada kita tidak tahu menilai erti syukur. Terkadang, nikmat yang lihat samar-samar inilah yang sering kita perkecilkan.

Sahabat sekalian, cuba anda bayangkan jika salah satu nikmat di atas Allah tarik, adakah kita mampu untuk hadapinya? Pasti sukar bukan, maka bersyukurlah, hati kita akan tenang.

Ketiga, aku sentiasa berpegang teguh dengan ayat ini.. ” Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan sempadan” dan juga ayat “amar makruf, nahi mungkar”.Nampak macam klise kan?

Tapi inilah satu usaha kecil tapi beri impak yang besar dalam diri aku. Aku tahu bukan kata setiap hari, tetapi setiap saat, setiap detik sekalipun mata kita akan sentiasa terlihat posting, video atau apa jua perbuatan sama ada yang menyampaikan mesej yang baik atau yang buruk.

Negatif atau positif. Yang negatif, berterusan dikecam, yang positif, berterusan disanjung. Kita takkan mampu menghalang setiap dari apa jua perbuatan mahupun posting yang negatif atau positif orang sekeliling kita kerana itu adalah pilihan individu itu sendiri.

Nah, tambahan pula kita berada di zaman media sosial yang semakin ampuh. Makanya, pasti punya banyak input yang baik dan sebaliknya. Berbalik kepada diri kita, kita punya mata, telinga, lidah serta akal untuk membezakan sesuatu yang baik dan buruk.

Jadi mengapa kita perlu terikut ikut dengan perbuatan negatif orang lain sedangkan kita semua punya identiti kita sendiri bukan?

Tugas kita mendoakan yang terbaik untuk setiap sahabat serta orang sekeliling kita. Berhenti kecam dan berhenti menghina. Kita didik diri kita untuk jadi orang yang baik-baik walaupun kita asalnya bukanlah orang yang baik-baik.

Keempat, Hargai. Hargai dari segi apa? Hargai diri sendiri, hargai rumahtangga, hargai suami isteri, hargai anak-anak, hargai ibubapa, hargai apa jua perkara di sekeliling kita.

Kita pasti tahu, suatu hari ia hanya akan menjadi sebuah memori yang takkan mungkin kita mampu ulanginya lagi.

Tidak dinafikan, kita ni manusia pasti dalam hidup kita, kita akan suka banding kan diri kita, hidup kita apa jua yang kita miliki dengan orang lain. Jangan tipu, saya juga pernah begitu. Kita akan selalu tengok orang yang lebih atas dari kita.

Contohnya, dia cantik, kita tak cantik, orang tu kaya, kita tak kaya, suami dia bagus, suami kita tak bagus, suami orang tu mampu belikan isteri dia barang mewah, suami kita tak mampu, anak dia pandai, anak aku tak pandai dan berbagai lagilah perumpamaan yang sering kita momokkan.

Nampak macam perkara biasa bukan? Tanpa kita sedar, inilah yang sering kita lakukan. Kita.

Wahai sahabat yang dikasihi, berhenti banding kan kehidupan kita, diri kita serta keluarga kita dengan orang lain.

Kerana pertama, ia akan secara automatik menjadikan kita merasa tidak bersyukur, sentiasa rasa tidak cukup dan mungkin bisa membawa pertelingkahan dalam berumahtangga mahupun dalam kekeluargaan. Kerana apa?

Kerana hati dan jiwa kita sakit bila lihat orang yang jauh lebih baik dari kita dan kita paksa diri kita serta orang yang kita sayang untuk jadi macam orang yang kita mahukan, paksa untuk jadi seperti mana yang kita inginkan.

Cuba renung dan lihat kembali, adakah kita bahagia dengan berbuat sedemikian? Adakah hati kita akan tenang kerana perbuatan kita? Tepuk dada, tanya diri kita.

Itukah kebahagiaan yang kita cari? Percayalah, siapa jua diri kita, suami kita, anak-anak kita serta kehidupan kita, hargailah sebaiknya.

Kerana mungkin kita lihat perbandingan kehidupan kita dengan seseorang itu lebih baik dari kita, tetapi adakah kita tahu disebalik itu, betapa strugglenya seseorang itu bersama kehidupannya kerana kita bukan duduk sebumbung dengan mereka.

Kita hanya diperlihatkan hanya dengan media sosial semata. Percayalah, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah, hargai diri kita, kehidupan kita.

Setiap orang punya keunikan tersendiri, kelebihan dan kekurangan. Cuba fokus, dan meneliti setiap kelebihan yang ada pada diri. Kelebihan ,dihargai. Keburukan, kita perbaiki. Kita cuba.

Yang terakhir, Niat. Kenapa niat yang aku letakkan sebagai yang terakhir? Kerana untuk aku peringatkan inilah point yang sangat penting dalam hidup kita. Kerana sebelum memulakan apa jua, pasti kita akan dahului dengan niat.

Misalnya, kita beli makanan ,niat kita nak makan. Sebab apa nak makan, sebab kita lapar. Contoh lain, kita nak pergi kerja, kenapa kita nak pergi kerja? Kerana niat kita nak tolong keluarga, nak cari rezeki. Itulah yang dimaksudkan dengan niat.

Pendek kata, apa jua yang kita nak lakukan, pastikan kita betulkan niat kita dahulu.

Contoh, jika kita nak post sesuatu perkara baik, silakan. Hak masing-masing asalkan niat kita juga sejajar dengan perbuatan kita. Bukan kerana niat nak menyakiti hati sesama manusia, bukan kerana niat nak menunjuk-nunjuk.

Niat kerana ingin sampaikan mesej yang baik-baik sahaja. Jika sekiranya kita khuatir, dengan perbuatan mahupun apa jua posting yang kita ingin kongsikan, hanya mengundang jiwa serta pemikiran jahat hatta pemikiran negatif orang sekeliling kita.

Sila abaikan. Jika kita rasa tidak perlu kongsikan kehidupan kita dengan orang ramai pun dah boleh buat kita bahagia, teruskan..Kerana, kita tahu apa niat kita asalkan perkara yang kita cuba kongsikan itu tidaklah bercanggah dengan syariat agama ya.

Bukan semua hal perlu kita kongsikan sebenarnya kerana ada hal yang perlu kita tunjuk dan ada hal yang perlu kita sorok.

Hal yang perlu ditunjuk untuk sampaikan mesej positif manakala hal yang perlu disorok adalah hal sulit yang dikhuatiri mungkin akan menimbulkan fitnah sekeliling. Niat itu yang penting.

Setakat ini sahaja perkongsian aku kepada para pembaca yang baik dan dikasihi. Semoga ianya bermanfaat dan untuk kita semua praktikkan dalam kehidupan kita.

Saya undur diri, saya juga insan biasa yang punya cacat cela, hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk mengingati sesama sendiri di dunia yang tidak kekal lama. Masih belum terlewat untuk kita memperjuangkan hidup kita di jalanNya. InshaAllah…

Yang benar,

– Fatin Najihah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *